Friday, March 28, 2014

Mangsa gam gajah :D

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Semalam saya telah menjadi mangsa kekejaman gam gajah super glue. Haha.. Nak tau kenapa? Macam ni ceritanya...

Saya nak lekatkan penyangkut kat dinding utk gantung jam dinding kat bilik saya ni. So saya gunalah gam gajah super ni glue ni. Ingatkan gam ni pekat, sekali saya picit je berderu cecair gam tu keluar. Kalut sekejap. Habis gam terkena jari-jemariku yang runcing ni. Ahaks..

Then saya pun cepat-cepat basuh kat sinki. Tapi malangnya gam tu tak nak hilang pulak. Masih melekat kat jari-jari. Dahla jenis waterproof, bila kenakan dengan air memang tak kena kulit la air tu. Tak tau pulak gam gajah ni begitu rupanya. Haha.. So terpaksala tunggu housemate balik bawakan thinner.

Sementara nak tunggu housemate balik tu saya pun mandi. Nak solat isyak pun tak boleh juga sebab tangan tak kena air, tak sah pulak wudhuk. Lepas siap mandi tiba-tiba terasa kulit muka seakan melecet dan pedih. Baru teringat masa mandi tadi saya basuh muka dengan tangan yang kasar dengan gam. Patutla muka saya melecet.

Jadi tanpa berlengah lagi saya pun buatla masker vitamin E dengan ESP. Sapu seluruh muka dan biar selama sejam. Sementara menunggu tu housemate saya pun balik. Tapi thinner tak ada pulak. Adui.. Macam mana ni.

Last-last saya gunakan minyak motor dia. Dapatla bersihkan sikit-sikit.

Lepas tu baru saya cuci muka yang penuh dengan masker ni. Wow, terasa lembut & lembap je kulit muka ni. Rasa sakit akibat melecet tadi dah tiada.

I love Shaklee.. ♥♥♥


FB: Suraya Abdul Rasat
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
Email: sueriezababykids@gmail.com
SID no.: 1067703

COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Thursday, March 27, 2014

Simpul Mengkarung

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Pernah dengar ‘simpul mengkarung’? Ada sesetengah orang panggil ‘simpul biawak’, termasuklah saya. Tapi mengkarung ke biawak ke tak kisahla, yang penting ianya menyakitkan. Adus….

Simpul biawak ni terjadi disebabkan oleh penguncupan otot dan ia biasanya berlaku ketika keadaan sejuk dan selalu terjadi di bahagian betis atau tapak kaki. Penguncupan atau kekejangan otot ini mudah berlaku bagi mereka yang kurang mendapat kalsium yang secukupnya dalam badan.


Jadi tidak hairanlah jika ia sering berlaku kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Kenapa? Kerana zat-zat kalsium dalam badan si ibu telah diserap oleh bayi dalam kandungannya. Jadi sebab itulah ibu-ibu yang mengandung sangat-sangat digalakkan untuk mengambil sumber kalsium yang mencukupi bukan saja untuk dirinya tapi juga untuk bayi dalam kandungannya itu.


Tips dan cara untuk melegakan/mengelak daripada terjadinya simpul biawak



§
 Tekan bahagian tengah tapak kaki dan urut perlahan-lahan

§ Regangkan kaki ke depan, kemudian tolak tumit ke depan supaya bahagian betis menjadi sedikit tegang. Buat perlahan-lahan.

§ Sapukan minyak atau lotion panas di tempat yang mengalami simpul biawak

§ Amalkan memakai stoking ketika tidur

§ Banyakkan minum air suam dan air susu untuk menambah kalsium dalam badan









Di Shaklee, vitamin yang sangat berkhasiat untuk mengurangkan gejala simpul biawak ini dalah OSTEMATRIX. Sebiji tablet ostematrix mengandungi 250mg kalsium dan kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari.

Kalsium tidak boleh dipisahkan dengan Vitamin D kerana tanpa Vitamin D, kalsium tidak mampu diserap dengan sebaiknya ke dalam tulang dan ini pastinya satu kerja yang sia-sia saja. Sebab itulah ostematrix dilengkapi dengan kandungan Vitamin D yang mencukupi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.


Bagi ibu-ibu mengandung dan mereka yang tidak gemarkan susu, ostematrix adalah penyelamat anda dari serangan simpul biawak atau masalah kereputan tulang.

Jadi, jom dapatkan ostematrix anda hari ini.


H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Wednesday, March 26, 2014

Bagaimana cara untuk merangsang minda kanak-kanak

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak mereka hidup sihat dan aktif. Anak-anak adalah ibarat kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkan warnanya. Sesuai dengan kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu dalam perkembangan minda anak-anak sejak mereka masih kecil lagi.

Berikut saya kongsikan beberapa tips dan cara untuk merangsang minda dan perkembangan otak anak-anak berumur 1-5 tahun kerana pada peringkat umur inilah minda anak-anak mula berkembang.

© Bermain dengan warna – Galakkan anak anda bermain dengan alat-alat permainan yang berwarna-warni dan terang. Contohnya,getah rambut atau mangkuk plastic yang kecil.

Wooden wire beads
© Bermain dengan muzik – Anda boleh menggunakan youtube untuk mendapatkan lagu-lagu kanak-kanak yang ceria dan galakkan mereka untuk mengikut langkah tarian dalam video tersebut. Contohnya seperti senaman Tommy. Qasidah juga boleh dipraktikkan!

© Melukis – Untuk memulakan lukisan, otak anak anda akan automatic berfikir untuk melukis apa dan bagaimana untuk melukis apa yang difikirkannya. Proses ini sangat membantu mereka untuk berfikir, berkreativiti dan menjana idea-idea baru dalam bentuk lukisan. Biarpun pada mula-mulanya lukisan itu hanyalah satu garisan panjang atau bengkang-bengkok, tapi lama-kelamaan garisan panjang dan bengkang-bengkok itulah yang akan menghasilkan satu idea yang mungkin kita sendiri tidak penah terfikirkannya.

© Bahan bacaan bergambar dan berwarna-warni – Bahan bacaan seperti buku cerita bergambar akan menggalakkan anak anda untuk berfikir dan memadankan cerita dengan gambar.



© Pemakanan yang sihat – Berikan anak anda menu makanan yang berkhasiat dan sihat serta mengandungi DHA dan EPA yang sangat baik untuk perkembangan otak si manja. Jika anak anda kurang berselera untuk makan makanan ruji, berikan mereka makanan sampingan tambahan yang boleh dijadikan sebagai pengganti kepada zat-zat yang tidak lengkap, seperti Omega Guard Shaklee.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

Jawapannya ada di SINI dan SINI.

Selamat membaca.!!


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Tuesday, March 25, 2014

MH370 berakhir di Lautan Hindi.. Sangat menyentuh hati...

Assalualaikum & Salam sejahtera...

Actually hari ni terasa sedikit down untuk update blog sebab masih terkesan dengan berita terbaru kehilangan pesawat MH370 yang hilang 8 Mac 2014 yang lepas.



DS Najib dah umumkan malam tadi yang pesawat MH370 telah 'pulang'. Bukan pulang ke pangkuan ahli keluarga, tapi pulang kepada penciptanya. Al-fatihah kepada mangsa-mangsa yang beragama Islam dan takziah buat mereka yang bukan beragama Islam. Semua rakyat Malaysia berasa sedih dengan berita ni.




Sebagai tribute kepada pesawat MH370, mari kita selusuri kronologi tragedi MH370 ini. Credit to: http://ping.busuk.org/



8 MAC 

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1). 

9 MAC 

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka. 

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370. 

10 MAC 

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370. 

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo. 

11 MAC 

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. 

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah. 


Sebahagian penumpang dan krew MH370

12 MAC 

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat. 

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. 
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan. 

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama. 

13 MAC 

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar. 

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China elatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu. 

14 MAC 

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian. 



* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup. 

15 MAC 

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. 

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. 

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan. 

16 MAC 

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat. 

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003. 

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. 

17 MAC 

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula. 

18 MAC 

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe. 

19 MAC 

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives. 

20 MAC 

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang. 

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth. 

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. 

21 MAC 

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370. 

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu. 

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih. 

22 MAC 

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA. 

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter. 

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth. 

23 MAC 

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia. 

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370. 

24 MAC 

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370. 

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.



Tonton sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; tentang perkembangan terbaru operasi mencari pesawat MH370 pada 9.55 malam, Isnin. (24/03/2014)

http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/sidang-media-khas-mencari-mh370-9-55pm-24-03-2014-28202



Al-fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam, RIP untuk non-muslim.

Sesungguhnya semua ini telah ditulis oleh-Nya. Semoga semua ahli keluarga dan sahabat handai redha akan pemergian mereka.


FB: Suraya Abdul Rasat
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
Email: sueriezababykids@gmail.com
SID number: 1067703
COS area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Monday, March 24, 2014

Herb-lax dan ibu yang sedang menyusu

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Perhatian..!!! perhatian..!!! perhatian untuk ibu-ibu yang sedang menyusu badan…

Kat sini saya nak habaq mai na, bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, adalah tidak digalakkan untuk mengambil herb-lax.

Kenapa? Kerana kandungan herb-lax adalah 90% terdiri daripada herba. Herba seperti yang kita maklum adalah bersifat sedikit panas dan dikhuatiri mendatangkan keburukan kepada bayi anda, contohnya seperti cirit-birit.

Tapi kes ini adalah exceptional bagi baby yang berumur 1 tahun dan ke atas. Sebab ada juga baby 1 tahun ke atas yang tidak mengalami sebarang side effect walaupun ibunya consume herb-lax. Pokok pangkalnya ia bergantung kepada tahap ketahanan baby itu sendiri.

Tapi yang kurang dari setahun tu tolonglah jangan ambil herb-lax dulu ye. Baby tu fragile lagi, perut pun tak kuat lagi nak terima macam-macam herba.

Ok, itu saja pesanan dari pihak penaja.

Nak tau lebih banyak tips dan nasihat percuma? Follow my blog dan FB personal saya ye.

H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703

COD area: Bandar Segamat / BatuPahat

Sunday, March 23, 2014

Testimoni Set Slimming Bajet

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Selamat hari ahad…

Mood sedikit ceria sebab berjaya membantu seorang kakak untuk menurunkan berat badannya. Daripada 75kg kpd 60kg. Alhamdulillah… banyak jugak turun tu walaupun hanya ambil set bajet (Lecithin dan Alfalfa) je.

Jom kita tengok my conversation ngan akak ni tentang penurunan berat badannya.



Teruja tak nak compete ngan akak ni? Hihi..

Bagi yang belum berjaya dan masih lagi sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan set slimming Shaklee ni, usah berputus asa. Lain orang, lain kesannya. Mungkin anda perlu lebih workout atau exercise untuk mendapat hasil yang lebih berkesan dan pantas. Niat untuk kurus hanya dengan makan supplement tanpa senaman adalah sangat tidak bagus okey. Perlu juga bersenam dan keluarkan peluh.

Bagi yang belum mencuba set slimming Shaklee ni, apa tunggu lagi. Jom cuba sekarang..!!


Dapatkan set slimming Shaklee hari ini pada harga yang sangat murah dan berbaloi daripada saya. Sebotol boleh tahan sehingga 2 bulan. Jimat dan tahan lama kan.

Atau nak beli pada harga ahli? Mudah saja. Pergi ke mana-mana branch Shaklee yang berdekatan dengan anda dan beli menggunakan nombor ID saya iaitu 1067703.

Atau lagi, nak beli pada harga ahli dan terus mendapat cash back reward pada bulan depannya? Jadilah ahli Shaklee. Hubungi saya untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703

COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Saturday, March 22, 2014

Cara saya minum Performance Drink (PD)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Nak tau tak? Selain ESP, saya sekarang dah mula terpikat dengan Performance Drink (PD). Rasanya seperti air 100 Plus perisa oren tu. Mula-mula ingatkan PD ni macam ESP atau mealshake yang agak milky. Tapi bila bancuh rasanya macam air oren je.

Memang syokla macam ni, takdela asyik minum air sirap je kan.


Cara saya mempelbagaikan minum PD:-
ö PD + ESP
ö PD + air sirap = rasanya macam air sirap oren gitu
ö PD + setengah sudu teh gula = rasanya macam air 100 Plus perisa oren
ö PD + ice cream ala float = memang terangkat la..





PD ni sedap diminum dengan air suam atau sejuk.

Bagi yang aktif bersukan atau mereka yang mempunyai kadar metabolism yang tinggi, sangat digalakkan untuk mengambil PD ni sebab ia adalah minuman isotonic yang dapat membantu meningkatkan energy dan kecergasan tubuh badan.

Kalau terasa badan macam nak demam pun boleh ambil PD supaya demam cepat kebah.

Saya pula, walaupun tak berapa aktif dalam sukan dan jarang demam, tapi saya akan pastikan sebotol besar PD tersedia dalam kereta atau beg galas setiap kali nak travel ke luar negeri / daerah.

Kecergasan itu penting.


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703

COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Friday, March 21, 2014

Bersahur dengan ESP

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera…


Semalam hari khamis, saya berpuasa ganti untuk hari ketiga. Alhamdulillah, puasa kali ni badan saya terasa cergas je.

Bangun pukul 5.20 pagi dan sahur hanya dengan minum ESP dicampur dengan air soya dan sebiji vitamin B-complex. Kurma tak ada. Yela, bukan bulan Ramadhan, so kurma pun tak ada stok la. Ni lah cara orang bujang bersahur. Sesimple yang mungkin. Tak perlu nak masak nasi masak lauk bagai.


Walaupun hanya bersahur dengan ESP dan B-complex, tapi Alhamdulillah saya bekerja dengan penuh kecergasan. Langsung tak ada rasa letih atau lapar. Sebelum saya berkenalan dengan ESP ni, saya hanya bersahur dengan segelas air suam je. Masa bekerja, pukul 10 pagi je perut dah berteaterikal muzika. Habis semua jenis lagu perut saya menyanyi. Kadang-kadang kuat sampai orang dengar. Malu beb..

Tapi sekarang setelah mengamalkan ESP, saya tak perlu risau lagi sebab perut saya dah tak menyanyi-nyanyi lagi.

Sebab ESP telah membantu saya menahan rasa lapar dan membekalkan tenaga yang berpanjangan. Walau hanya minum segelas ESP, kenyangnya terasa sehingga ke petang. Yang pasti, perut saya tak berbunyi lagi minta diisi, dan saya dapat melakukan tugasan kat office tanpa sebarang gangguan dan rasa letih.

No wonder la ESP ni hot item time bulan puasa hari tu. Memang rugi sebab lambat tau tentang kehebatan protein soya terbaik ni.

So, untuk bulan puasa akan datang bulan Julai nanti kena simpan stok ESP banyak-banyak la buat sahur.

Berminat nak cuba? Call/sms/whatsapp saya segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Harga runcit untuk ESP adalah RM150.00.

Jika nak beli pada harga ahli, boleh terus ke branch Shaklee dan buat pembelian menggunakan nombor ID saya iaitu 1067703.

Atau, jadilah ahli Shaklee. Banyak benefit jadi ahli Shaklee ni. Boleh tambah side income.

So, tunggu apa lagi… Jom ber‘Shaklee’.


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat


Thursday, March 20, 2014

KOLESTEROL BAIK vs KOLESTEROL JAHAT

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat dalam pembuluh darah (arteri) manusia dan haiwan yang berpunca daripada pemakanan seharian.

Terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol baik (high density lipoprotein – HDL) dan kolesterol jahat (low density lipoprotein – LDL). HDL berfungsi untuk menyahkan lebihan kolesterol di dalam darah dan disalurkan kepada hati bagi diserap atau dibuang dari badan manusia. LDL pula bersifat mudah diserap sehingga boleh menyempitkan laluan salur darah. Ini menyebabkan berlakunya penyakit seperti angin ahmar, sakit jantung dan sebagainya.


Sumber kolesterol baik: Kacang badam, minyak zaitun, alvocado, ikan tuna, labu, ayam tanpa kulit

Sumber kolesterol jahat: Keju, mentega, krim, kuning telur, kulit ayam, daging merah dan susu


Tips mengawal kadar kolesterol

P Pilih makanan yang mengandungi lemak yang sihat seperti minyak zaitun dan susu rendah lemak

P Hindari memakan abdomen haiwan

P Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

P Makan lebih banyak ikan seperti tuna, salmon, mackerel dan ikan kod kerana ikan-ikan ini mengandungi omega 3 yang sangat baik untuk kesihatan jantung

P Berhenti merokok dan pengambilan alcohol

P Lakukan senaman selama 30 minit sehari

P Mengambil makanan tambahan seperti CoQHealth Shaklee yang sangat baik untuk kesihatan jantung


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Wednesday, March 19, 2014

Kulit ko makin cantik la.. Ko pakai ape..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Hah, tajuk memang tak boleh blah kan. Hahaha…

Itu la ayat yang my boss tanya kat I semalam (wah, tiba-tiba ber‘I’ ‘U’ plak). So, apa lagi. Orang dah tanya kan, kita jawab la.

Dengan rasa excitednya menceritakan produk apa yang saya guna. Korang nak tau jugak?

Ha… of cos la ESP, Vitamin E dan B-Complex (Set D untuk skin care).



ö Protein soya yang diproses pada kadar suhu yg rendah (non-GMO soy protein)
ö Mengandungi 22 jenis asid amino yang rendah lemak dan bebas kolesterol
ö Bersifat original kerana tidak mengandungi perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya
ö Protein yang cukup dapat membantu dalam penghasilan sel-sel kulit yang lebih sihat dan anjal

ö Terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate yg lengkap dengan Selenium.
ö Diekstrak bersama Grape Seed Extract yang membantu mencegah kesan negative akibat sinar ultra ungu yang boleh membahayakan kulit
ö Mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan parut dan kedutan serta membantu meningkatkan keanjalan kulit

ö Mengandungi 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin
ö Vitamin anti-stress
ö Membantu mengurangkan kelesuan dan meningkatkan kecergasan tubuh badan
ö Menggalakkan pembentukan sel darah merah yang sihat.

Nak tengok wajah saya sebelum dan selepas? Meh tengok kat SINI.

Masalah utama saya iaitu jerawat sudah dapat diatasi. Kini, saya tak perlu lagi malu untuk bergambar secara dekat.

Terima kasih Shaklee..!!


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat