Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Bila HB rendah…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kakak saya seorang juruteknologi makmal perubatan. Kerja dia hari-hari ambil dan cek darah. Mostly ibu-ibu mengandung dan warga emas yang nak cek darah tinggi dan kencing manis.

Tapi saya bukan nak bercerita tentang darah tinggi atau kencing manis. Saya nak cerita tentang bagaimana seriusnya masalah HB (hemoglobin) rendah di kalangan ibu-ibu mengandung (wah, macam karangan SPM plak).

Hemoglobin ni adalah darah merah. Selalunya orang akan sebut HB rendah, maksudnya darah merah dalam badan berkurangan.


KENAPA KURANG DARAH MERAH?

Sebab makanan seharian yang diambil oleh ibu-ibu mengandung mengandungi kurang zat besi. Zat besi berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Zat besi bergabung dengan oksigen dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam darah yang memerlukan. Proses ini menghasilkan lebih banyak darah merah atau hemoglobin.

Contoh makanan yang kaya dengan zat besi: Sayur bayam, jagung, kangkung, kismis, telur, daging, ikan, kacang tanah, dan kacang hijau.


APA YANG AKAN TERJADI JIKA HB RENDAH?

Kesan kepada bayi:-
© Risiko keguguran / mati dalam kandungan
© Bayi cacat
© Perkembangan otak terencat
© Risiko bayi pra-matang (lahir awal)

Kesan kepada ibu:-
© Mudah letih dan sesak nafas
© Sering pitam
© Darah yang cair boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru dan buah pinggang
© Boleh membawa MAUT


Jadi, para ibu sekalian dinasihatkan agar makan makanan yang KAYA dengan ZAT BESI.
Jika masih tidak berjaya menaikkan paras HB anda, apa kata anda cuba vitamin terunggul, Vita-lea Shaklee. Vitamin bertablet hijau ini mengandungi multivitamin yang diselaputi oleh spirulina yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama serta lengkap dengan formula zat besi.


APA YANG UNIKNYA VITALEA SHAKLEE?

§ Tablet diselaputi spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil

§ The best multivitamin dalam public interest tahun 2000

§ Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

§ Disokong oleh 7 kajian klinikal

§ Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru

§ Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk


Ibu-ibu sekalian tolong jangan ambil mudah ye masalah HB rendah ni. Sayangi bayi dan diri anda sendiri. Jom amalkan set kehamilan Shaklee. Ia selamat, murah, dan berkesan.

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat


Saturday, February 15, 2014

Kaki Bengkak Ketika Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Pernah tak mommy-mommy semua mengalami bengkak kaki masa pregnant? Tipulah kalau tak ada kan. Mesti ada tapi sama ada teruk atau tak je.

Bengkak kaki atau sembap, juga dipanggil ederma (bahasa perubatan la ni) adalah perkara biasa berlaku ketika hamil. Ia terjadi disebabkan oleh tekanan dari rahim kepada saluran pelvis apabila bayi dalam perut semakin membesar. Keadaan ini akan menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.

Peredaran darah di bahagian itu akan menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. Tekanan darah yang terkumpul ini akan memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari), kemudian masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.


Kalau tiba-tiba ada antara mommy-mommy yang sedang membaca ni mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, silalah berjumpa dengan doctor ye. Sebab tanda-tanda ini adalah simptom-simptom praeklampsia iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi dalam kandungan.


BAGAIMANA MENGURANGKAN BENGKAK?

§ Menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja jika berada di tempat kerja.

§ Baring dengan cara mengiring ke kiri kerana cara ini boleh mengurangkan tekanan


§ Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat

§ Jangan cuba menyilang kaki ketika duduk

Support tight
§ Pakai seluar/stokin sokongan (support tight / legging) sebelum bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali.

§ Banyakkan minum air dan bersenam terutamanya berjalan, berenang atau mengayuh basikal senaman.

§ Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

§ Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan sodium dan garam yang tinggi seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.


Untuk menikmati fasa kehamilan dengan lebih menyeronokkan, mommy-mommy semua bolehlah mengamalkan pengambilan SET KEHAMILAN SHAKLEE (Trimester I dan II).

Tempoh 9 bulan 10 hari ini pastinya menjadi satu moment terindah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tunggu apa lagi? Jom kita berSHAKLEE..!!


** Berminat untuk bersama-sama saya menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee? Hubungi saya segera..!!

** Nak tau kelebihan-kelebihan menjadi sebahagian dari team kami? Klik di SINI.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Monday, January 27, 2014

GLA dan Wanita

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Pernah dengar tentang GLA Complex dari Shaklee? Tak pernah? Ok, tak apa. Kalau tak pernah dengar, mari saya nak story sikit kepada anda semua tentang khasiat dan kebaikan GLA Complex Shaklee ni kepada para wanita.


Sebelum tu kita kena tau apa itu GLA Complex Shaklee.

GLA (gamma-linolenic acid) adalah sejenis asid yang dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Ia biasanya digunakan untuk mengawal hormone dalam badan, mengawal kitaran haid, mengatasi simptom-simptom PMS, dan bagus untuk mereka yang sedang menopous.

Kebanyakan GLA yang terdapat di pasaran hanya dihasilkan daripada EPO, tetapi GLA Complex Shaklee pula dihasilkan daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO, asidlinolenik (LA) minyak bunga matahari dan Vitamin E. Setiap tablet GLA Shaklee mengandungi 300mg GLA.


Kecantikan kulit
Disebabkan GLA Complex Shaklee juga mengandungi Vitamin E, jadi ia sangat baik untuk merawat struktur kulit daripada masalah jerawat, jeragat, dan membuatkan kulit semakin ‘glowing’. Selain itu, dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda lebih lembab, berseri-seri dan tiada lagi kilauan minyak.




Kadar peratusan yang tinggi untuk hamil
GLA boleh membantu dan merangsang penghasilan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain itu, cecair mukus ini juga turut membantu meningkatkan jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga lebih kurang 5 hari. Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku pun turut meningkat. Walau bagaimanapun, ini semua bergantung kepada rezeki dari Allah SWT. Jika Dia mengizinkan, maka hamillah. Kita hanya perlu berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.



Mengatasi masalah senggugut (PMS syndrome)
Antara sebab kenapa kaum wanita mengalami masalah senggugut ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex insya-Allah akan dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika senggugut.



Awet muda
Siapa yang tak nak awet muda. Setiap wanita bila ditanya mesti nak awet muda. Jadi, kombinasi GLA yang 2 kali ganda EPO dan Vitamin E yang terdapat dalam GLA Shaklee ini pastinya menjadi rebutan wanita kerana kedua-dua bahan itu adalah bersifat anti-oksidan dan bebas dari radikal. Maka sekaligus ia boleh melambatkan proses penuaan kepada kulit.


 Baik untuk kesihatan jantung
GLA adalah sumber terbaik omega-6. Omega-6 pula dipercayai dapat membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan dan meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL).

Selain itu, dengan bantuan Vitamin E yang terkandung di dalamnya juga mampu menguatkan dinding arteri dan mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri. Apabila dinding arteri kuat dan tiada mendapan lemak dan kolesterol, maka ia dapat mengurangkan ‘blood clot’ yang menjadi punca kepada serangan sakit jantung.

Ha, best tak GLA Shaklee ni?

Eh, tapi bukan ini aje tau khasiat GLA Shaklee ni. Ada banyak lagi. Jom kita tengok lagi khasiat dan kebaikan GLA Shaklee yang lain.

Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu dalam menangani menopause
Mengawal kencing manis
Mengawal kolesterol
Melancarkan peredaran saraf


Ok, sekarang jom kita tengok testimoni lain pengguna-pengguna GLA Shaklee
  
Period teratur

Kecantikan kulit

Mengecutkan cyst

 
Kecantikan kulit

Ingin hamil


Jika berminat, boleh sms/whatsapp je saya. Insya-Allah saya akan bantu anda semampu yang boleh. Harga pun murah je, tapi kesannya pasti berbaloi, insya-Allah...

  
FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as urfren)
FB page: SueriezaBabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: BatuPahat / Bandar Segamat

Tuesday, January 21, 2014

Makanan tambahan untuk ibu hamil trimester II & III

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Pada entry sebelum ni saya dah explain serba sedikit tentang supplement terbaik untuk ibu hamil trimester pertama (1-4bulan).

Setelah berjaya melepasi fasa pertama kehamilan di mana janin dan organ-organ badan yang lain telah terbentuk, kita akan beralih pula ke fasa kedua dan ketiga. Fasa kedua dan ketiga melibatkan pertumbuhan janin dan plasenta, pertambahan darah dan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan.

Jadi, untuk trimester kedua dan ketiga ni, ibu-ibu perlu menitikberatkan pemakanan supaya apa yang dimakan oleh ibu dapat dicerna oleh bayi dalam kandungan dan memberi kesan positif dalam perkembangan otak dan fizikal bayi.

Terbaik dari ladang tentulah Set Kehamilan Shaklee Trimester II dan III atau juga dikenali sebagai Set J-2. Kenapa saya katakan Set J ni terbaik? Kerana setiap vitamin yang terkandung dalam set ini mengandungi nutrient-nutrient lengkap bukan saja untuk ibu malah juga untuk bayi dalam kandungan.

Ó lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
Ó tahan berbulan-bulan
Ó boleh dikongsi bersama ahli keluarga yang lain
Ó harga yang sangat berbaloi
Ó semulajadi (bukan sintetik)
Ó kesan sampingan yang positif (kecantikan dan kesihatan dalaman)
Ó boleh dimakan sehingga tempoh berpantang - jimat
Ó selamat dan berkesan

Set J-2 terdiri daripada Vita-lea, B-Complex, Vita-C Plus, Ostematrix, dan Omega Guard.

Jika dilihat betul-betul, Set Kehamilan Shaklee Trimester II dan III ni sama seperti trimester pertama, tapi ada tambahan Omega Guard. Perasan tak? Kan saya dah kata, ianya jimat. Dari trimester pertama sampai la ke tempoh berpantang boleh makan vitamin yang sama. Cuma ada sedikit pertambahan saja kan. So, memang tak rugi la amalkan set kehamilan Shaklee ni.

Kelebihan Vita-lea, B-Complex, Vita-C Plus dan Ostematrix telah saya explain pada entry Trimester I.

Bagi Omega Guard pula, manfaatnya lebih kepada perkembangan otak bayi dalam kandungan kerana ia pembekal utama Omega 3 yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat bagus untuk menjana otak bayi. Omega Guard tidak digalakkan untuk diambil pada trimester pertama kerana ia boleh mencairkan darah, Jadi ditakuti janin dalam kandungan akan terjejas kerana dalam tempoh 1-4 bulan, kandungan adalah fragile. Maklumat lanjut tentang Omega Guard di SINI.

Ibu-ibu juga perlu ketahui bahawa bayi dalam kandungan akan sentiasa menyerap zat-zat nutrient yang diperlukan dari tubuh ibu. Jika ibu kekurangkan zat-zat tertentu, ia akan memberi kesan negative kepada bayi dan juga kepada si ibu. Seperti contoh, si ibu kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya akan menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Jadi ibu-ibu perlu memastikan zat-zat yang diperlukan sepanjang kehamilan mencukupi untuk kedua-dua ibu dan bayi.

                               
Supplement-supplement yang dilarang ketika hamil

Vitamin-vitamin yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya pada awal kehamilan, daya ketahanan atau imunisasi si ibu adalah rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar di dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan anti-oksida boleh menyebabkan risiko keguguran.

Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Antara supplement-supplement yang tidak digalakkan diambil ketika hamil ialah:-

" Carotomax
" Vitamin E
" Alfalfa
" GLA
" Vivix
" Cinch

Jadi, sebelum mengambil apa-apa supplement tambahan, perlu pastikan keadaan kesihatan anda dahulu.

Testimoni pengguna-pengguna Set Kehamilan Shaklee

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Harga retail untuk Set Kehamilan Trimester II dan III ni adalah RM432.00. Untuk harga diskaun, sila hubungi saya. Bukan semua orang boleh dapat diskaun tau. Khidmat nasihat percuma untuk setiap pelanggan saya sepanjang pengambilan Set Kehamilan Shaklee ini.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Monday, January 06, 2014

3 bulan pertama kehamilan – Apa yg perlu dilakukan?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Tiga bulan pertama kehamilan adalah waktu yang sangat penting dan perlu dijaga dengan sebaiknya, lebih-lebih lagi bg ibu yang mengandungkan anak pertama. Kandungan pada masa ini dianggap ‘fragile’ kerana jika tersilap langkah, keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa. Dalam tempoh ini juga janin akan terbentuk dan dilengkapi dengan organ dan anggota-anggota badan yang lain.


Dan ketika itu jugalah si ibu akan mengalami ‘morning sickness’ seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit kepala.

Apa yg perlu dilakukan sepanjang tempoh tiga bulan pertama kehamilan?

Ó Banyakkan berehat. Pastikan tidur secukupnya untuk mengelakkan stress kerana stress boleh menyebabkan keguguran. Jangan terkejut jika pada awal kehamilan si ibu akan sentiasa rasa mengantuk pada waktu siang. Ini kerana tahap hormone progesterone yg tinggi dalam badan menyebabkan si ibu terasa mengantuk secara tiba-tiba. Jadi, berehatlah dan tidurlah sebentar bila-bila anda boleh.

Ó Elakkan menempuhi perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama bagi mengelakkan si ibu keletihan.

Ó Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, pencemaran udara, racun dan bahan kimia seperti merkuri dan alcohol.

Ó Perbanyakkan mengambil makanan yang kaya dengan asid  folic seperti roti, kekacang, sayuran dan jus oren. Kacang badam dan kismis adalah sangat digalakkan kerana ia adalah salah satu makanan sunnah. Asid folic sangat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Kajian menunjukkan pengambilan asid folic ketika hamil boleh mencegah bayi daripada penyakit seperti kecacatan saraf, masalah jantung dan kelahiran pra-matang.

Ó Bagi ibu yang mengalami masalah sembelit, banyakkan minum air soya dan makan buah-buahan yang segar untuk melancarkan proses pelawasan. Elakkan daripada terlalu memaksa @ menekan ketika membuang air besar kerana bimbang memberi kesan kepada kandungan.

Ó Banyakkan minum air suam pada waktu siang bagi mengelakkan daripada ternyahhidrat.


Untuk lebih mudah, amalkan Set Kehamilan Shaklee trimester I (bulan pertama hingga keempat) yang lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan.

Vita-lea: Multivitamin yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan. Ia mengandungi 12 vitamin dan u galian dan lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu mengandung kerana ia membantu mengawal tekanan darah yang normal. Kekurangan iron akan menyebabkan si ibu keletihan dan mudah pitam.

B-Complex: Supplemen  yang kaya dengan asid folic. Biotin yg terkandung dalam B-Complex juga sangat penting utk pembentukan darah dan menstabilkan hormone. Ia sekaligus memelihara system saraf si ibu daripada tekanan dan stress.

Vita-C Plus: Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren.  Ia membantu meningkatkan daya pertahanan badan atau imuniti si ibu daripada dijangkiti penyakit seperti selesema, batuk dan sebagainya.

Ostematrix: Mengandungi kalsium yang sangat penting untuk pembinaan tulang ibu dan bayi. Kalsium penting untuk melancarkan saraf, mengurangkan kekejangan, lenguh-lenguh sendi dan sakit belakang. Ketika hamil, tulang belakang adalah sangat penting untuk si ibu menyokong berat badan. Oleh itu, si ibu amat digalakkan untuk mengambil kalsium yang secukupnya bagi membina tulang yang sihat dan kuat.


Mari kita tengok apa kata pengguna-pengguna Set Kehamilan Shaklee











 Berminat? Ingin dapatkan diskaun yang hebat?

Jangan malu jangan segan hubungi sy segera. Khidmat nasihat percuma untuk setiap pelanggan sy sepanjang pengambilan Set Kehamilan Shaklee ini.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat