Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Perbezaan antara Sustained Release Vita-C Plus dan Chewable Vita-C Plus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Shaklee mempunyai 2 jenis Vitamin C iaitu Sustained Release Vita-C Plus dan Chewable Vita-C Plus. Sebab bila customer order vitamin C, saya akan tanya nak yang Sustained Release ke Chewable. Then, ramai juga yang terkejut sebab tak tahu tentang kewujudan Cwehable Vita-C Plus ni. So, hari ni saya nak kongsikan serba sedikit perbezaan di antara kedua-duanya.

Secara asasnya kedua-dua tablet ni mempunyai kebaikan dan khasiat yang sama iaitu:

ö Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi

ö Mengurangkan risiko dijangkiti selesema dan demam

ö Mempercepatkan proses penyembuhan luka

ö Menguatkan struktur gigi dan gusi

ö Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C

ö Membina kolagen bagi membantu menguatkan sel-sel tisu dalam badan

ö Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

ö Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)


ö Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat

ö Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar) – baik untuk merawat anemia

ö Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.

ö Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru


Namun begitu, kandungan Vitamin C dan Citrus Bioflavonoids Complex dalam setiap tabletnya adalah berbeza.


Sebiji tablet Chewable Vita-C Plus mengandungi:
P Vitamin C Plus [100mg]
P Citrus Bioflavonoids Complex – 24.00mg
(provide 2.0mg Hesperidin)
(Provide 2.0mg Lemon Bioflavonoids)
(Provide 1.50mg Orange Biofolavonoids)
(Provide 0.50mg Grapefruit Bioflavanoids)

P Rose Hips Powder – 40.00mg

 Manakala sebiji tablet Sustained Release Vita-C Plus mengandungi:
P Vitamin C – 553.00mg
P Citrus Bioflavonoids Complex – 120.00mg



Kedua-duanya mempunyai bahan asas yang sama tetapi berbeza dari segi kuantitinya.
Dan lagi, Chewable Vita-C Plus mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia dikatakan sebagai ‘stomach tonic’ kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.
Satu tablet Sustained Release Vita-C Plus Shaklee membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan dengan 7 ½ biji buah oren. Manakala satu tablet Chewable Vita-C Plus membekalkan 100mg vitamin C iaitu bersamaan dengan 1 ½ biji buah oren.

Bagi yang tidak menggemari untuk menelan tablet, bolehla mencuba Chewable Vita-C Plus kerana rasa orennya yang lebih sedap dan boleh dikunyah seperti makan gula-gula! Memang sangat sesuai untuk kanak-kanak juga.



Nak cuba? Jom hubungi saya segera..!! Harga untuk Chewable adalah RM37.50, manakala Sustained Release pula RM92.50.

Eh, nanti dulu. Nak beli pada harga yang lebih murah?

Daftarlah sebagai ahli. Boleh dapat diskaun 20-30%. Baca di SINI untuk ketahui lebih lanjut kelebihan-kelebihan menjadi ahli.


JOM BERTINDAK SEKARANG..!! JANGAN KETINGGALAN..!!


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, January 30, 2014

Kecergasan berganda ketika berpantang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Seperti yang dijanjikan pada entry INI, hari ni saya nak bercerita tentang set bersalin atau set berpantang Shaklee.

Sekarang ni dah ada macam-macam jenis set berpantang di pasaran. Ada yang lebih gemar memilih jamu, ada yang sukakan cara homeopati dan ada juga yang lebih senang dengan set berpantang secara moden. Lain orang lain kesannya. Tak semua orang boleh ambil jamu terutama bagi mereka yang bersalin secara pembedahan. Sebab jamu tu kan panas, jadi bimbang akan memberi kesan negative kepada ibu dan juga bayi yang sedang menyusu.

Berbalik kepada set berpantang Shaklee. Honestly bagi saya, set berpantang Shaklee adalah yang terbaik kerana ia sesuai diambil oleh mereka yang bersalin sama ada secara normal atau pun pembedahan. Yang bersalin dalam air pun boleh consume set berpantang Shaklee ni. 


Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee?

Secara asasnya ia mengandungi Vitamin B-Complex, Vita-lea, Vita-C Plus dan Zinc Complex.

Vitamin B-Complex
ª Mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang sangat penting dalam pembentukan darah dan menstabilkan hormone.
ª Keupayaannya melancarkan peredaran saraf juga dapat membantu si ibu untuk mengawal emosi, mengurangkan stress, memberi rasa tenang dan juga membekalkan tenaga berpanjangan dalam menguruskan diri, anak dan keluarga.

Vita-lea
ª Multivitamin dan mineral yang diselaputi oleh spirulina yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang. Disebabkan oleh proses berpantang, ibu dikhuatiri kurang mendapat zat dan tenaga yang secukupnya.
ª Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi membantu mengawal tekanan darah yang normal. Kekurangan iron akan menyebabkan si ibu keletihan dan mudah pitam akibat terlalu penat menguruskan anak dan kerja-kerja rumah.

Vita-C Plus
ª Vitamin C sangat berkait rapat dengan system pertahanan imunisasi tubuh kita. Ibu yang sedang dalam berpantang mempunyai daya imunisasi yang rendah. Jadi, Vita-C Plus dapat membantu meningkat daya pertahanan dalam badan si ibu. Sebiji Vita-C Plus adalah bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren!
ª Ia juga baik untuk kecantikan kulit kerana Vitamin C merangsang penghasilan kolagen yang dapat membantu memperbaiki sel-sel kulit dan menguatkan akar rambut.

Zinc Complex
ª Kandungan zinc dapat membantu menguatkan akar rambut kerana selalunya ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi akan mengalami masalah rambut gugur.
ª Membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka ketika bersalin. Ia boleh dikatakan sebagai pengganti kepada ikan haruan yang sangat baik untuk menyembuhkan luka sama ada luka dalaman mahu pun luaran.



Ini baru vitamin-vitamin asas yang perlu diamalkan sejurus selepas melahirkan. Untuk mendapat kesan yang lebih optimum dan ekstravaganza, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil ESP dan juga Ostematrix.

  
Kenapa ESP dan Ostematrix?

ESP
ª Sumber protein yang terbaik.
ª Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk membekalkan tenaga kepada ibu.
ª Protein juga dapat membantu menggalakkan pembinaan sel-sel dan tisu-tisu baru yang telah koyak atau rosak ketika bersalin dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan  protein.

Ostematrix
ª Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D yang sangat penting untuk tubuh.
ª Kalsium dapat membantu menguatkan tulang dan gigi si ibu dan bayi yang sedang menyusu. Magnesium, Vitamin D dan fosforus diperlukan untuk memastikan kalsium dapat diserap sepenuhnya ke dalam tulang.
ª Membantu peredaran saraf dan mengelakkan kekejangan, lenguh-lenguh dan sakit belakang akibat kurang tidur dan kerap berjaga malam untuk menyusukan bayi.


Kombinasi keenam-enam supplement ini akan menjadikan tempoh berpantang anda sesuatu yang sangat menyeronokkan. Pasti cergas, ceria dan bertenaga sepanjang masa. Insya-Allah.


Jom kita tengok apa kata ibu-ibu yang telah mencuba set berpantang Shaklee.










Ingin menyertai ibu-ibu gorgeous ini berpantang bersama Shaklee? Cepat hubungi saya segera.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Saturday, January 25, 2014

MEREKA YANG TAK SUKA MAKAN BUAH OREN MESTI BACA..!!!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.. 

Buah oren, buah yang sangat kaya dengan Vitamin C. Sesetengah orang tak suka makan buah oren sebab rasanya agak masam-masam manis. Bagi yang suka makan pula, adakah anda telah mendapat zat Vitamin C yang secukupnya setiap kali anda makan buah oren? Jawapannya, TIDAK.

Tahu tak, setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-67mg Vitamin C. Vitamin C yang lengkap terhasil dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih sedikit berbanding yang telah ranum. Namun begitu, kandungan Vitamin C pada buah yang telah ranum pula akan berkurangan kepada separuh apabila ia dipetik dan ia juga akan termusnah apabila terdedah kepada kepanasan.



Jadi, bagi memastikan tubuh kita mendapat Vitamin C yang secukupnya, seharusnya kita mengambil Vitamin C tambahan sebagai pelengkap kepada keperluan tubuh kita.

Bila bercakap tentang Vitamin C, pilihan saya tentulah Sustained Release Vita-C Plus with Citrus Bioflavonoids dari Shaklee.



KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE

Sustained Release atau dalam bahasa melayunya bermaksud ‘pelepasan masa’ adalah proses di mana Vitamin C diformulakan agar ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam tubuh badan kita mengikut keperluan tubuh. Disebabkan Vitamin C ini adalah vitamin yang mudah larut dalam air, maka sifat ‘sustained release’ adalah sangat penting kerana tanpa sifat ‘sustained release’ ini, vitamin C akan dilepaskan ke dalam urine dalam masa 2-3 jam saja dan ia tidak dapat diserap oleh tubuh badan dengan sepenuhnya. Jadi, tiadalah gunanya kita mengambil Vitamin C tersebut jika khasiatnya tidak diperolehi.

Satu tablet Sustained Release Vita-C Plus Shaklee membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan dengan 7 ½ biji oren...!! 


Mengandungi ‘Bioflavonoids’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids berfungsi untuk meningkatkan tahap keberkesanan Vitamin C.


KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE

Bekerjasama dengan bioflovonoids untuk membantu mengekalkan dinding kapilari bagi mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Menggalakkan kelancaran peredaran darah
Menguatkan sel-sel tisu dalam badan
Membantu memulihkan sel-sel kulit yang luka dan berjerawat
Berperanan menghasilkan kolagen dalam badan yang dapat mencegah penuaan awal. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Memperbaiki symptom pendarahan seperti gusi berdarah, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik (berguna untuk merawat anemia)
Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun dalam badan
Mengurangkan simptom selsema seperti hidung bengkak
Mengandungi anti-oksidan yang berupaya meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


Banyak betul khasiat Vitamin C ni kan.. Jadi samada anda suka atau tidak makan buah oren, anda perlu mengambil Vitamin C tambahan bagi menampung keperluan Vitamin C dalam badan anda.

Perlu diingat, Vitamin C yang terbaik tentunya Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee..!!


Testimoni pengguna-pengguna Set Migrain Shaklee

  



























Berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee? Hubungi saya segera.

180 tablets yang tahan sehingga 3-6 bulan..!! Jimat kan... Harganya pasti berbaloi dan termurah..



FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat