Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Seperti
yang dijanjikan pada entry INI, hari ni saya nak bercerita tentang set bersalin
atau set berpantang Shaklee.
Sekarang
ni dah ada macam-macam jenis set berpantang di pasaran. Ada yang lebih gemar
memilih jamu, ada yang sukakan cara homeopati dan ada juga yang lebih senang
dengan set berpantang secara moden. Lain orang lain kesannya. Tak semua orang
boleh ambil jamu terutama bagi mereka yang bersalin secara pembedahan. Sebab
jamu tu kan panas, jadi bimbang akan memberi kesan negative kepada ibu dan juga
bayi yang sedang menyusu.
Berbalik
kepada set berpantang Shaklee. Honestly bagi saya, set berpantang Shaklee
adalah yang terbaik kerana ia sesuai diambil oleh mereka yang bersalin sama ada
secara normal atau pun pembedahan. Yang bersalin dalam air pun boleh consume
set berpantang Shaklee ni.
Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee?
Secara
asasnya ia mengandungi Vitamin B-Complex, Vita-lea, Vita-C Plus dan Zinc
Complex.
Vitamin B-Complex
ª Mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1,
B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang sangat penting dalam
pembentukan darah dan menstabilkan hormone.
ª Keupayaannya melancarkan peredaran saraf
juga dapat membantu si ibu untuk mengawal emosi, mengurangkan stress, memberi
rasa tenang dan juga membekalkan tenaga berpanjangan dalam menguruskan diri,
anak dan keluarga.
Vita-lea
ª Multivitamin dan mineral yang diselaputi
oleh spirulina yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan sepanjang
tempoh berpantang. Disebabkan oleh proses berpantang, ibu dikhuatiri kurang
mendapat zat dan tenaga yang secukupnya.
ª Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian
dan lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi membantu mengawal
tekanan darah yang normal. Kekurangan iron akan menyebabkan si ibu keletihan dan
mudah pitam akibat terlalu penat menguruskan anak dan kerja-kerja rumah.
Vita-C Plus
ª Vitamin C sangat berkait rapat dengan
system pertahanan imunisasi tubuh kita. Ibu yang sedang dalam berpantang
mempunyai daya imunisasi yang rendah. Jadi, Vita-C Plus dapat membantu
meningkat daya pertahanan dalam badan si ibu. Sebiji Vita-C Plus adalah
bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren!
ª Ia juga baik untuk kecantikan kulit
kerana Vitamin C merangsang penghasilan kolagen yang dapat membantu memperbaiki
sel-sel kulit dan menguatkan akar rambut.
Zinc Complex
ª Kandungan zinc dapat membantu menguatkan
akar rambut kerana selalunya ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi
akan mengalami masalah rambut gugur.
ª Membantu dalam mempercepatkan proses
penyembuhan luka ketika bersalin. Ia boleh dikatakan sebagai pengganti kepada
ikan haruan yang sangat baik untuk menyembuhkan luka sama ada luka dalaman mahu
pun luaran.
Ini
baru vitamin-vitamin asas yang perlu diamalkan sejurus selepas melahirkan.
Untuk mendapat kesan yang lebih optimum dan ekstravaganza, ibu-ibu digalakkan
untuk mengambil ESP dan juga Ostematrix.
Kenapa ESP dan Ostematrix?
ESP
ª Sumber protein yang terbaik.
ª Mengandungi 9 asid amino yang penting
untuk membekalkan tenaga kepada ibu.
ª Protein
juga dapat membantu menggalakkan pembinaan sel-sel dan tisu-tisu baru yang
telah koyak atau rosak ketika bersalin dan juga membantu para ibu yang
keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan
protein.
Ostematrix
ª Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D yang sangat
penting untuk tubuh.
ª Kalsium dapat membantu menguatkan tulang
dan gigi si ibu dan bayi yang sedang menyusu. Magnesium, Vitamin D dan fosforus
diperlukan untuk memastikan kalsium dapat diserap sepenuhnya ke dalam tulang.
ª Membantu peredaran saraf dan mengelakkan
kekejangan, lenguh-lenguh dan sakit belakang akibat kurang tidur dan kerap
berjaga malam untuk menyusukan bayi.
Kombinasi
keenam-enam supplement ini akan menjadikan tempoh berpantang anda sesuatu yang
sangat menyeronokkan. Pasti cergas, ceria dan bertenaga sepanjang masa.
Insya-Allah.
Jom kita tengok apa kata ibu-ibu yang telah mencuba set berpantang
Shaklee.
Ingin menyertai ibu-ibu gorgeous ini berpantang bersama Shaklee? Cepat hubungi saya segera.
FB: Suraya Abdul Rasat
(boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat /
Bandar Segamat
No comments:
Post a Comment