Thursday, January 09, 2014

Menjelang Kelahiran Ahli Keluarga Baru

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera           

Salam ceria semua.. Hari ni sy nak share serba sedikit maklumat tentang keperluan-keperluan yang perlu disediakan oleh first timer parents. Bagi ibu-ibu yang dah melalui pengalaman bersalin ni, bolehla share-share pengalaman anda nanti ye..

Bagi ibu bapa baru, menyediakan barangan keperluan ahli keluarga baru ni pastinya pengalaman yang sangat mengujakan dan ditunggu-tunggu. Berbeza dengan ibu bapa yang dah melahirkan untuk kali kedua dan seterusnya. Saya pernah berjumpa dengan sorang akak ni, dia sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ke-8. Tapi, dalam masa nak menunggu hari bersalin tu, beliau boleh lagi berniaga kat pasar tani menjual pakaian-pakaian wanita. Berniaga sorang-sorang plak tu. Suaminya berniaga kat tempat lain. Wah, sy punya la hairan ngan akak ni. Boleh selamba dia je, tak risau ke kot-kot nanti terberanak kat pasar tu kan. Huhu.. Tapi yela kan, dah banyak pengalaman. Kali ke-8 plak tu. Mesti dah kurang rasa takut atau rasa keterujaan nak menyambut baby baru tu.

Ok, back to our topic. Walaupun rasa teruja dan excited melebihi segalanya, namun, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi mengelakkan pembaziran dan keciciran barang-barang yang penting. Keperluan-keperluan tersebut adalah seperti berikut:-

Pakaian asas bayi:
þ Baju lengan panjang (3  helai)
þ Baju lengan pendek (3 helai)
þ Seluar pendek (2 helai)
þ Seluar panjang (2 helai)
þ Barut (2 helai)
þ Sarung kaki dan tangan (mittens & booties) – sepasang
þ Kain bedung (2 helai)

Keperluan hygene bayi:
þ Pampers saiz ‘newborn’ dan saiz S (1 pek bagi setiap saiz) atau kain lampin tradisional @ moden (6-7 helai); pampers saiz S adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana kita tidak tahu saiz bayi kita yang keluar itu nanti besar atau kecil. 

Lampin tradisional
þ Wet tissue
þ Alas pelapik getah untuk menukar lampin
þ Pemancit air
þ Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin dan barang-barang keperluan lain ketika berada di luar rumah)

Barang-barang mandian dan penjagaan bayi:
Gripe water
þ Tuala mandi
þ Besen mandian
þ Sabun mandian
þ Minyak telon
þ Gripe water (bagus utk melegakan kembung perut) 
þ Minyak bayi
þ Bedak bayi
þ Kapas muka
þ Putik kapas bayi
þ Krim ruam lampin (boleh gunakan Herbal Blend Cream Shaklee)





Bantal karipap
Keperluan tidur:
þ Tilam
þ Bantal karipap
þ Bantal peluk
þ Kelambu

Keperluan penyusuan (bagi penyusuan susu ibu):
þ Pam susu
þ Plastik penyimpanan stok susu
þ Nursing cover utk proses penyusuan di luar rumah
þ Kain lap (digunakan utk mengelap susu yg meleleh ketika bayi menyusu; boleh juga menggunakan kain lampin sebagai kain lap)


Keperluan penyusuan (bagi penyusuan susu formula):
þ Botol susu bebas BPA (1 botol sudah memadai)
þ Berus botol
þ Termos air panas dan bekas air suam (untuk kegunaan jika berada di luar rumah)
þ Bekas untuk menyimpan susu formula supaya kepanasannya tahan lebih lama (untuk kegunaan jika berada di luar rumah)

Oh ye, sebelum terlupa, ada satu lg keperluan yang agak penting juga iaitu set periuk tanah untuk menanam uri bayi. Set ni terdiri daripada periuk tanah, asam jawa, garam, kain putih dan sarung tangan. Dah ada set ni mudahla proses penanaman uri dijalankan.

Set periuk tanah

KEPERLUAN IBU

OK, tadi baru keperluan bayi. Keperluan ibu, jangan dilupa. Ibu yang baru melahirkan juga perlu mendapat penjagaan yang sewajarnya selepas bersalin. Penjagaan ibu selepas bersalin juga tidak kurang pentingnya sebab ia melibatkan emosi dan ketahanan mental si ibu. Jika tersilap langkah si ibu boleh bentan dan seterusnya meroyan. Pernah diceritakan oleh mak bidan di kampung sy tentang kematian wanita yang sedang dalam tempoh berpantang. Wanita tersebut tidak mengamalkan amalan-amalan berpantang seperti berurut, bertungku, berparam dan sebagainya.

Bila tidak beurut dan bertungku semua tu, darah dalam badan tidak berjalan dengan lancar dan darah nifas masih tak keluar habis. Badan pulak dah masuk angin, angin naik sampai ke kepala dan urat-urat menjadi kembang. Maka, bentanlah wanita tersebut dan meninggal selepas 21 hari bersalin...

Jadi, ayah-ayah di luar sana, don’t take it easy okay. Once your wife dah tunggu hari nak bersalin, segera sediakan keperluan-keperluan berikut:-

I Param dan pilis
I Tukang urut
I Kain batik (mudah utk dipakai berbanding seluar panjang)
I Stoking tebal (bukan stoking yg nipis warna kulit tu ye)
I Getah rambut yg kuat (utk ikat rambut ibu bg mengelakkan angin masuk ke dalam badan)
I Jamu atau Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Dari segi pemakanan-pemakanan semasa berpantang akan sy story pd entry akan datang ye. Tunggu...

Ok, itu saje perkongsian utk hari ni. Harap ianya bermanfaat kepada pembaca semua.

P/S: Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Shaklee, pembelian serta pendaftaran sebagai ahli keluarga Shaklee, boleh terus hubungi saya:-

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

No comments:

Post a Comment