Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Kita dah memasuki tahun baru 1435H /
2014M. Lebih kurang 6 bulan lagi kita akan menyambut bulan puasa, bulan
Ramadhan yang mulia. Sudah bersediakah? Puasa tahun lepas dah habis ganti? Tak
perlu tanya orang lain, saya sendiri pun belum ganti. Hehe..
Bila sebut pasal puasa pasti isu gastric
akan timbul. Macam aur dengan tebing plak. Tapi, gastric bukan saja berlaku di
bulan puasa je, hari-hari biasa pun boleh berlaku gastric. Sebabnya, waktu
pemakanan seharian tak dijaga dengan sebaiknya.
Untuk pengetahuan pembaca semua, dalam perut
kita ni terdapat satu kelenjar yang berfungsi untuk merembeskan atau
mengeluarkan asid perut bagi membantu proses pencernaan. Asid perut ni bersifat
menghakis. Kehadiran mucus atau cecair bikarbonat berfungsi untuk
menyeimbangkan paras keasidan dalam perut. Apabila cecair atau mucus itu
berkurangan, atau berlaku ketidakseimbangan antara jumlah mucus dan jumlah asid
perut, maka berlakulah sakit gastric.
TANDA-TANDA SAKIT GASTRIK MENYERANG
L Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin
sakit apabila makan.
L Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam)
seperti cuka dan jeruk, makanan pedas dan minuman beralkohol atau bergas.
L Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut
kosong atau lewat makan nasi.
L Mual.
L Muntah.
L Hilang selera dan terasa sebu.
L Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan
sedikit.
L Hilang berat badan.
L Pedih ulu hati.
L Najis kehitaman atau berwarna gelap
BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ANDA MERAWAT
GASTRIK
Disebabkan gastric ini melibatkan asid,
jadi kita perlu mengatasinya dengan mengambil lebih makanan beralkali. Dalam
Shaklee, supplement yang sesuai bagi mengatasi gastric adalah ESP, Peppermint
Ginger Plus dan Ostematrix. Bagi yang mempunyai bajet lebih, bolehlah menambah B-Complex
untuk mengoptimumkan kesan dan memberi kelegaan kepada perut.
ESP
♣ ESP merupakan sumber protein yang dihasilkan daripada kacang
soya. Kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Jadi,
ia dapat membantu meneutralkan tahap keasidan di dalam perut. Di samping itu, 20
jenis zat asid amino yang terkandung dalam ESP juga sangat membantu dalam
pertumbuhan sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah
rosak akibat hakisan oleh asid perut.
Ostematrix
♣
Kalsium adalah bersifat alkali yang boleh membantu
meneutralkan tahap keasidan dalam perut. Jadi, untuk meredakan gastric kita
digalakkan minum susu kerana susu adalah minuman yang kaya dengan kalsium. Bagi
yang tak minum susu,
ambillah ostematrix kerana ia juga kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D
bagi membantu meneutralkan asid dalam perut. Sebiji ostematrix adalah bersamaan
dengan segelas susu yang tinggi kandungan kalsiumnya.
Peppermint Ginger Plus
♣
Mengandungi
bahan-bahan seperti halia, herba asli pudina,
jintan hitam dan jintan manis yang memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan dalam perut.
Ia juga dapat membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran
cecair pencernaan secara semulajadi.
B-Complex
♣
Melegakan stress dan kesakitan. Penghidap gastrik
selalunya akan bergantung kepada
ubat penahan sakit (pain killer). Seperti yang kita semua tahu, pain killer mengandungi
dadah bagi membantu pesakit menahan rasa sakit. Semakin teruk sakit gastric
anda, semakin banyak dos pain killer (dadah) yang perlu diambil untuk menahan
rasa sakit tersebut. Anda nak makan dadah..??
Tunggu dulu. Anda masih memandang ringan dengan masalah gastric ni?
Tahu
tak, jika masalah gastrik
ini dibiarkan berlarutan, dinding-dinding perut akan terhakis dan lama-kelamaan
akan menyebabkan berlakunya ulser dan kanser perut.
Ha, ulser mulut pun dah sakit, apatah
lagi ulser di perut. Cuba baca pengalaman pesakit gastric ni.
Jadi, masih mau ambil ringan dengan
gastric?
Cepat bertindak sebelum terlambat.
Hubungi saya untuk mendapatkan supplement Shaklee bagi mengatasi masalah
gastric anda sekarang..!! Jangan nanti nak kena operate baru nak menyesal.
Testimoni pengguna-pengguna Set Gastrik Shaklee
FB: Suraya Abdul Rasat
(boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat /
Bandar Segamat
No comments:
Post a Comment