Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Thursday, May 08, 2014

Testimoni - Set Tambah Berat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Alhamdulillah. Dapat berita gembira hari ini. Seorang customer saya telah berjaya menambah berat badannya dengan set cadangan untuk menambah berat badan dari Shaklee. Walaupun hanya mengambil set bajet dan bukan full set, tapi dengan pengambilan yang konsisten dan cara yang betul, beliau berjaya tambah 4kg dalam masa 2 bulan. 

Full set terdiri daripada Mealshake/ESP, B-Complex dan Vita-lea. Set bajet pula hanya Mealshake dan B-Complex.


Customer saya ni, saya panggil adik je la ye. Adik ni masih student, jenis yang susah nak makan nasi. He is a picky eater. Nasi tak mau makan, tapi nak jenis makanan western je macam sosej, burger, nugget, dan makanan-makanan yang seangkatan dengannya la. Then metabolism sangat tinggi. Makan banyak mana pun badan tetap cekeding and berat tak naik-naik. Malah sejak study kat U, berat makin turun pulak.

That is why saya mencadangkan adik ni supaya try set tambah berat badan yang bajet punya since dia pun masih study and duit poket pun pakai PTPTN lagi. Bulan pertama consume, tak ada perubahan. Masuk bulan kedua tiba-tiba saya dapat message dari adik ni di FB beritahu yang beratnya dah naik 4kg…!!!

Alhamdulillah. Gembira tak terkata sebab dapat bantu orang dengan Shaklee. Tak sia-sia saya join jadi ahli. Sebelum ni berjaya bantu seorang kakak yang bermasalah dengan tulang. Kali ni berjaya lagi bantu seorang adik pula menambah berat badannya. Alhamdulillah, Alhamdulillah… Syukur…




Jika ada sesiapa yang ingin menambah berat badan dengan Shaklee boleh hubungi saya. Insya-Allah saya akan guide anda cara pemakanan yang betul.


H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703

COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Friday, March 21, 2014

Bersahur dengan ESP

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera…


Semalam hari khamis, saya berpuasa ganti untuk hari ketiga. Alhamdulillah, puasa kali ni badan saya terasa cergas je.

Bangun pukul 5.20 pagi dan sahur hanya dengan minum ESP dicampur dengan air soya dan sebiji vitamin B-complex. Kurma tak ada. Yela, bukan bulan Ramadhan, so kurma pun tak ada stok la. Ni lah cara orang bujang bersahur. Sesimple yang mungkin. Tak perlu nak masak nasi masak lauk bagai.


Walaupun hanya bersahur dengan ESP dan B-complex, tapi Alhamdulillah saya bekerja dengan penuh kecergasan. Langsung tak ada rasa letih atau lapar. Sebelum saya berkenalan dengan ESP ni, saya hanya bersahur dengan segelas air suam je. Masa bekerja, pukul 10 pagi je perut dah berteaterikal muzika. Habis semua jenis lagu perut saya menyanyi. Kadang-kadang kuat sampai orang dengar. Malu beb..

Tapi sekarang setelah mengamalkan ESP, saya tak perlu risau lagi sebab perut saya dah tak menyanyi-nyanyi lagi.

Sebab ESP telah membantu saya menahan rasa lapar dan membekalkan tenaga yang berpanjangan. Walau hanya minum segelas ESP, kenyangnya terasa sehingga ke petang. Yang pasti, perut saya tak berbunyi lagi minta diisi, dan saya dapat melakukan tugasan kat office tanpa sebarang gangguan dan rasa letih.

No wonder la ESP ni hot item time bulan puasa hari tu. Memang rugi sebab lambat tau tentang kehebatan protein soya terbaik ni.

So, untuk bulan puasa akan datang bulan Julai nanti kena simpan stok ESP banyak-banyak la buat sahur.

Berminat nak cuba? Call/sms/whatsapp saya segera untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Harga runcit untuk ESP adalah RM150.00.

Jika nak beli pada harga ahli, boleh terus ke branch Shaklee dan buat pembelian menggunakan nombor ID saya iaitu 1067703.

Atau, jadilah ahli Shaklee. Banyak benefit jadi ahli Shaklee ni. Boleh tambah side income.

So, tunggu apa lagi… Jom ber‘Shaklee’.


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat


Wednesday, March 19, 2014

Kulit ko makin cantik la.. Ko pakai ape..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Hah, tajuk memang tak boleh blah kan. Hahaha…

Itu la ayat yang my boss tanya kat I semalam (wah, tiba-tiba ber‘I’ ‘U’ plak). So, apa lagi. Orang dah tanya kan, kita jawab la.

Dengan rasa excitednya menceritakan produk apa yang saya guna. Korang nak tau jugak?

Ha… of cos la ESP, Vitamin E dan B-Complex (Set D untuk skin care).



ö Protein soya yang diproses pada kadar suhu yg rendah (non-GMO soy protein)
ö Mengandungi 22 jenis asid amino yang rendah lemak dan bebas kolesterol
ö Bersifat original kerana tidak mengandungi perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya
ö Protein yang cukup dapat membantu dalam penghasilan sel-sel kulit yang lebih sihat dan anjal

ö Terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate yg lengkap dengan Selenium.
ö Diekstrak bersama Grape Seed Extract yang membantu mencegah kesan negative akibat sinar ultra ungu yang boleh membahayakan kulit
ö Mengandungi anti-oksidan yang tinggi yang membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan parut dan kedutan serta membantu meningkatkan keanjalan kulit

ö Mengandungi 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin
ö Vitamin anti-stress
ö Membantu mengurangkan kelesuan dan meningkatkan kecergasan tubuh badan
ö Menggalakkan pembentukan sel darah merah yang sihat.

Nak tengok wajah saya sebelum dan selepas? Meh tengok kat SINI.

Masalah utama saya iaitu jerawat sudah dapat diatasi. Kini, saya tak perlu lagi malu untuk bergambar secara dekat.

Terima kasih Shaklee..!!


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat



Sunday, February 16, 2014

Sakit kepala akibat cuaca panas

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Cuaca hari ini di Johor adalah panas, suhu dalam 33°C. Kat Sarawak plak suhu 40°C. Hoho…musim panas dah menjelma. Maklumlah, baru-baru ni kat Malaysia sejuk macam musim ‘winter’ kat oversea. Sekarang musim ‘summer’ la pulak kan..

Selalunya bila kat office saya on aircond dalam 24°C je, sebab saya jenis tak tahan sejuk. Tapi minggu ni saya set aircond 19°C. Punyalah panas sampai letak suhu 19°C pun rasa biasa je, tak sejuk sangat.

Bila cuaca panas macam ni saya sering dilanda sakit kepala. Start dari tengahari membawa sampai ke petang. Nak buat kerja pun susah bila kepala dah start sakit ni. Semua benda tak boleh nak concentrate.



Pernah satu ketika saya beli gelang magnet kat Avon semata-mata nak atasi masalah sakit kepala ni. Honestly memang berkesan. Tapi dah lepas setahun pakai, kesannya makin lama makin berkurangan. Lock gelang tu pun dah longgar sebab saya kerap buka time nak mandi or ambil wuduk. Tak best la mandi pakai gelang, haha…

Gelang magnet

Then, as expected, sakit kepala kembali menyerang.

Kemudian saya diperkenalkan dengan B-Complex Shaklee. Asalnya ambil B-complex untuk masalah jerawat kat muka ni.

Tapi alhamdulillah, sejak mengamalkan makan vitamin B-Complex Shaklee ni 6 bulan yang lalu, sakit kepala saya makin berkurangan. Boleh dikatakan dalam masa 6 bulan ni, dalam 2-3 kali je saya sakit kepala. Itu pun sakit yang biasa-biasa je dan masih boleh meneruskan kerja dengan baik.

Bila saya tanya pakcik google dan upline saya, barulah saya tau bahawa vitamin B-Complex Shaklee ni sebenarnya memang boleh merawat masalah sakit kepala, migraine dan mengawal stress.



Syukur alhamdulillah.

Stress dengan kerja-kerja office yang menimbun pun dah berkurang. Kalau sebelum ni, kerja banyak sikit je saya dah stress and mudah rasa nak marah. Yela, bila bermain dengan nombor ni otak memang cepat penat. Tapi kini tak lagi. Even dah habis kerja petang, saya masih lagi mampu untuk ajar tuisyen di sebelah malam. Badan tak rasa penat pun, malah lebih bertenaga.

Terima kasih ya Allah kerana menjadikan vitamin B-complex Shaklee ni sebagai sebab sakit kepalaku hilang… Suka suka suka….

Kalau korang ada masalah macam saya, boleh la try B-complex Shaklee ni. Insya-Allah berkesan.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, February 13, 2014

Mengantuk lepas lunch..???

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Selalunya bagi mereka yang bekerja di pejabat, asal lepas waktu lunch je mesti mengantuk kan. Tak sah kalau tak mengantuk. Yela, baru lepas makan. Perut dah kenyang, mata pun layu je.


Saya pun tak terkecuali juga. Kadang-kadang masa solat Zuhur, tidur sekejap barang seminit dua (ok tipu, lebih dua minit.. Haha..)

Tapi itu dulu. Sekarang sejak saya mengamalkan B-ComplexShaklee, bukan kata ngantuk, penat pun takde. Tipulah kalau saya kata tak penat langsung. Penat tu penat juga. Yela, sebab nak kena berkejar ke bank sana sini. Tapi, walaupun penat, badan saya tetap cergas dan rasa bertenaga je setiap hari.

Gambar hiasan saje

Lepas lunch dah tak ada rasa mengantuk. Memang tak ada. Even mak saya yang hanya suri rumah tangga pun amalkan makan B-Complex Shaklee ni. Mak saya pun cakap dia dah tak rasa mengantuk setiap tengahari atau petang. Selalunya lepas siap masak lauk tengahari, mak akan tidur sekejap sebab ngantuk dan penat menghias taman-taman bunganya di sekeliling rumah setiap awal pagi. Tapi lepas mencuba B-Complex, mak cuba juga untuk tidur lepas masak tu, tapi mata tak mengantuk.



Jadi, anda yang sering mengantuk kat ofis tu, boleh la cuba B-Complex Shaklee ni. Especially mereka yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak. Memang patut ambil vitamin B-Complex ni.

Harga? Murah je. Boleh tengok kat sini.

TAPI kalau nak yang MURAH lagi, call je saya. Insya-Allah saya akan bantu dan guide anda.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, January 30, 2014

Kecergasan berganda ketika berpantang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Seperti yang dijanjikan pada entry INI, hari ni saya nak bercerita tentang set bersalin atau set berpantang Shaklee.

Sekarang ni dah ada macam-macam jenis set berpantang di pasaran. Ada yang lebih gemar memilih jamu, ada yang sukakan cara homeopati dan ada juga yang lebih senang dengan set berpantang secara moden. Lain orang lain kesannya. Tak semua orang boleh ambil jamu terutama bagi mereka yang bersalin secara pembedahan. Sebab jamu tu kan panas, jadi bimbang akan memberi kesan negative kepada ibu dan juga bayi yang sedang menyusu.

Berbalik kepada set berpantang Shaklee. Honestly bagi saya, set berpantang Shaklee adalah yang terbaik kerana ia sesuai diambil oleh mereka yang bersalin sama ada secara normal atau pun pembedahan. Yang bersalin dalam air pun boleh consume set berpantang Shaklee ni. 


Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee?

Secara asasnya ia mengandungi Vitamin B-Complex, Vita-lea, Vita-C Plus dan Zinc Complex.

Vitamin B-Complex
ª Mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang sangat penting dalam pembentukan darah dan menstabilkan hormone.
ª Keupayaannya melancarkan peredaran saraf juga dapat membantu si ibu untuk mengawal emosi, mengurangkan stress, memberi rasa tenang dan juga membekalkan tenaga berpanjangan dalam menguruskan diri, anak dan keluarga.

Vita-lea
ª Multivitamin dan mineral yang diselaputi oleh spirulina yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang. Disebabkan oleh proses berpantang, ibu dikhuatiri kurang mendapat zat dan tenaga yang secukupnya.
ª Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi membantu mengawal tekanan darah yang normal. Kekurangan iron akan menyebabkan si ibu keletihan dan mudah pitam akibat terlalu penat menguruskan anak dan kerja-kerja rumah.

Vita-C Plus
ª Vitamin C sangat berkait rapat dengan system pertahanan imunisasi tubuh kita. Ibu yang sedang dalam berpantang mempunyai daya imunisasi yang rendah. Jadi, Vita-C Plus dapat membantu meningkat daya pertahanan dalam badan si ibu. Sebiji Vita-C Plus adalah bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren!
ª Ia juga baik untuk kecantikan kulit kerana Vitamin C merangsang penghasilan kolagen yang dapat membantu memperbaiki sel-sel kulit dan menguatkan akar rambut.

Zinc Complex
ª Kandungan zinc dapat membantu menguatkan akar rambut kerana selalunya ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi akan mengalami masalah rambut gugur.
ª Membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka ketika bersalin. Ia boleh dikatakan sebagai pengganti kepada ikan haruan yang sangat baik untuk menyembuhkan luka sama ada luka dalaman mahu pun luaran.



Ini baru vitamin-vitamin asas yang perlu diamalkan sejurus selepas melahirkan. Untuk mendapat kesan yang lebih optimum dan ekstravaganza, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil ESP dan juga Ostematrix.

  
Kenapa ESP dan Ostematrix?

ESP
ª Sumber protein yang terbaik.
ª Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk membekalkan tenaga kepada ibu.
ª Protein juga dapat membantu menggalakkan pembinaan sel-sel dan tisu-tisu baru yang telah koyak atau rosak ketika bersalin dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan  protein.

Ostematrix
ª Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D yang sangat penting untuk tubuh.
ª Kalsium dapat membantu menguatkan tulang dan gigi si ibu dan bayi yang sedang menyusu. Magnesium, Vitamin D dan fosforus diperlukan untuk memastikan kalsium dapat diserap sepenuhnya ke dalam tulang.
ª Membantu peredaran saraf dan mengelakkan kekejangan, lenguh-lenguh dan sakit belakang akibat kurang tidur dan kerap berjaga malam untuk menyusukan bayi.


Kombinasi keenam-enam supplement ini akan menjadikan tempoh berpantang anda sesuatu yang sangat menyeronokkan. Pasti cergas, ceria dan bertenaga sepanjang masa. Insya-Allah.


Jom kita tengok apa kata ibu-ibu yang telah mencuba set berpantang Shaklee.










Ingin menyertai ibu-ibu gorgeous ini berpantang bersama Shaklee? Cepat hubungi saya segera.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Wednesday, January 29, 2014

Kurus Kering - Apa yang perlu dilakukan?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Jika ditanya pasti ramai yang nak kurus, perut kempis dan tiada lemak sana-sini. Ya, betul, gemuk boleh mengundang 1001 macam penyakit (untuk tips mengurangkan berat badan, boleh baca di SINI). Tapi, kurus juga tidak begitu baik kerana ia menandakan badan kita kekurangan zat. Obses terhadap kurus boleh menyebabkan badan kita kurus kering atau aneroxia.














Biasanya orang lelaki yang sangat concern dengan kekurangan berat badan sebab mereka tidak mahu dilabel sebagai ‘keping’. Nak mengurat perempuan pun susah sebab tak ada ‘muscle’. Haha.. Biarlah berotot sikit, barulah dipandang macho kan..




Manusia boleh dikategorikan kepada 3 jenis badan iaitu ectomorph, mesomorph dan endomorph.

Ectomorph
{ bentuk badan yang kurus dan sukar untuk meningkatkan saiz otot
{ berdada leper
{ contoh artis: Mazlan Pet Pet

Mesomorph
{ mempunyai tubuh yang berotot secara semulajadi
{ kelihatan seperti atlit dan berbadan tegap
{ badan berbetuk V
{ contoh artis: Fahrin Ahmad

Endomorph
{ bentuk badan chubby dan berlemak
{ mudah mengumpul lemak dalam badan
{ contoh artis: Afdlin Shauki


Bagi pemilik badan ectomorph, anda perlu membina otot bagi menambah berat badan anda. Otot boleh dibina dengan meningkatkan pengambilan protein. Kekurangan protein dalam badan akan menyebabkan tubuh anda mencuri protein dari tisu otot dan menyebabkan otot semakin mengecil. Di samping itu, anda perlu sentiasa melakukan senaman bebanan seperti angkat berat, bench press, pull up dan sebagainya bagi menggalakkan pembinaan otot.

ESP dan Meal Shakes Shaklee adalah sumber protein yang sangat sesuai dan berkhasiat untuk menggalakkan pembinaan otot. 

Proses pembinaan otot pastinya memerlukan tenaga yang banyak kerana otot yang dibina akan membakar lebih banyak kalori dalam badan. Jadi, kalori-kalori ini perlu ditukarkan kepada tenaga. Maka, anda memerlukan Vitamin B-Complex bagi mengelakkan rasa tekanan atau stress dan membantu proses transformasi kalori kepada tenaga. Jadi, si kurus tidak akan mudah letih sepanjang proses pembinaan otot ini.


Bagi membekalkan vitamin yang mencukupi kepada badan, anda digalakkan mengambil Vita-Lea kerana ia adalah multivitamin yang lengkap dengan formulasi zat besi. Ia mengandungi 30 nutrisi harian yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting untuk tubuh kita. Jadi, untuk mengelakkan mudah pitam, dan kekurangan tenaga akibat pembakaran kalori secara berlebihan, anda digalakkan untuk mengambil supplement tambahan ini.


MEREKA TELAH BERJAYA MENAMBAH BERAT BADAN DENGAN SET PENAMBAHAN BERAT BADAN SHAKLEE













Sekiranya berminat, hubungi saya dan saya akan guide anda sebaiknya sepanjang pengambilan set penambahan berat badan ni, insya-Allah.

Apa yang penting, senaman bebanan jangan ditinggalkan kerana kita hendak menambah berat badan dengan meningkatkan saiz otot dan bukan meningkatkan lemak.


  
FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Friday, January 24, 2014

Berapa kerap anda menghantuk kepala di dinding..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Soalan cepu cemas... Dalam seminggu, berapa kali anda rasa nak hantuk kepala kat dinding? Seminggu sekali? Dua tiga hari sekali? Atau hari-hari? Jika dua tiga hari sekali ataupun hari-hari, anda adalah penderita migraine TEGAR. Dan jika seminggu sekali pula, anda adalah penderita migraine yang agak kronik. Tapi tak kisahlah seminggu sekali ke, dua tiga hari sekali ke, anda perlu mendapatkan rawatan sebelum ianya bertambah teruk dan mengganggu mental, emosi dan aura dalam diri anda.

Migrain: Sakit kepala sebelah

Migrain juga dipanggil sebagai sakit kepala sebelah. Perkataan Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache.


APAKAH PUNCA BERLAKUNYA MIGRAIN?

Secara sainsnya, migraine terjadi disebabkan oleh saluran darah di bahagian kepala yang mengembang dan mengecut dengan cepat dan tidak selari. Apabila proses pengecutan dan pengembangan saluran darah tidak seimbang, proses pengaliran udara ke bahagian otak tidak dapat dilakukan secara sempurna. Atau dalam bahasa mudahnya, oksigen tidak sampai ke kepala. Maka berlakulah pembengkakan yang menyebabkan migraine.

Kenapa saluran darah tidak seimbang?

Ada beberapa factor yang menyebabkan proses pengecutan dan pengembangan saluran darah tidak seimbang.

Faktor pemakanan
Mengambil makan yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang bertindak mengembangkan salur darah seperti MSG (monosodium glutamate), cheese, nitrate dan alcohol.
Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah
Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual
Kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, nescafe, coke, pepsi dan minuman-minuman bergas.

Faktor hormone
Turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine. Sebab itu kebanyakan penghidap migraine adalah wanita...!!

Faktor cara hidup
Waktu tidur yang tidak menentu; terlebih atau terkurang tidur
Perubahan cuaca
Menonton tv atau menghadap computer terlalu lama
Stress dan tekanan emosi
Kerap merokok


Salah satu kaedah rawatan migraine yang pernah saya dengar adalah dengan memperbetulkan cara mandian kita hari-hari. Setiap kali hendak mandi, mulakan dengan membasuh bahagian kaki dahulu selama beberapa minit. Anda akan dapat rasakan haba panas dari dalam tubuh anda mengalir keluar ke atas dari bahagian kaki, badan dan seterusnya ke kepala. Haba panas ini akan keluar dari badan melalui ubun-ubun kepala kita. Selepas itu, barulah basahkan badan dan kepala dan mandilah seperti biasa.

Ini adalah amalan orang-orang tua dahulu kala yang sehingga kini masih saya amalkan.

Di samping mengamalkan petua mandian ini, anda juga boleh memilih alternatif moden dengan pengambilan supplement semulajadi bagi mengatasi masalah migraine ini. Dan supplement semulajadi yang terbaik adalah dari Shaklee.





















Pentingnya pengambilan supplement semulajadi ini berbanding ubat-ubatan dari klinik atau hospital adalah kerana ubat-ubatan telah diketahui mengandungi pelbagai jenis dadah di dalamnya. Manakala supplement semulajadi Shaklee pula dihasilkan daripada ekstrak makanan- makanan yang mengandungi nutrient dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan badan.


Mari kita tengok bagaimana supplement-supplement Shaklee membantu anda mengatasi masalah migraine.

þ Kaya dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D.
þ Kalsium – membantu pertumbuhan tulang dan gigi, membantu menetapkan ritma jantung pada kadar yang normal
þ Magnesium – penting untuk memastikan kalsium diserap dengan baik ke dalam tulang, membantu dalam pengecutan otot, melancarkan peredaran saraf dan membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang
þ Vitamin D – tanpa Vitamin D, kalsium tidak boleh diserap oleh tubuh dan ia boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit batu karang.

                                                                   
þ Mengandungi 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.
þ Vitamin B6 – penting dalam penghasilan asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan boleh menyebabkan depresi dan migrain),  mengurangkan senggugut, dan menenangkan emosi akibat migraine
þ Vitamin B2 – membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
þ Asid folik – membantu mengurangkan stress

Vitamin C
þ Berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun). Kekurangan vitamin C akan menyebabkan sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
þ Menjaga salur darah agar tidak mudah pecah
þ Mencegah pengerasan salur darah
  

Testimoni pengguna-pengguna Set Migrain Shaklee










Ingin menjadi salah seorang daripada mereka..?? Jom cuba set migraine Shaklee hari ini. Insya-Allah, hidup anda pasti berubah 360° dan anda akan kembali ceria bersama insan-insan yang anda sayangi.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan harga yang tebaik. 


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat