Monday, January 20, 2014

Masalah kulit muka berjerawat akibat resdung..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Hye gurls… Salam ceria semua…

Korang pernah alami masalah jerawat tak? Jerawat yang kronik yang tak pernah surut-surut. Ha.. sy pernah dan telah lama mengalami masalah jerawat ni. Sebab sy ada masalah resdung, jadi jerawat memang sesuatu yg biasa la bagi sy.

Macam-macam petua and produk-produk kecantikan kulit yang saya dh try tapi sekejap je la kesannya jerawat tu surut. Tapi lepas sebulan dia naik balik. I'm not going to mention which products I have used before sebab I believe the products is actually good but they might not suitable with my skin. Alwiz think positive okay. Kadang-kadang rasa down nak licinkan kulit muka ni and nak biar je muka ni berjerawat camtu sebab sy ni memang jenis tak berapa nak bercantik-cantik sangat, not a make-up type lady. Cukup sekadar tepek bedak kat muka dan siap untuk keluar.

Tapi sejak diperkenalkan dengan Shaklee, alhamdulillah, semuanya dah berubah dan saya boleh tersenyum lega selega-leganya. Alhamdulillah. Nak tau produk apa yang saya guna? Sy guna produk kecantikan dan set resdung Shaklee .. Ia merawat resdung dan menstabilkan kulit dari dalam, bukan secara luaran. Sebelum tu jom tengok muka saya sebelum and selepas menggunakan Shaklee. Hehe..


Gambar ‘SEBELUM’ tu diambil pada bulan April 2013, kat Langkawi. Best giler.. Korang dah pernah pergi Langkawi? Haha, iklan sekejap..

Then, pada bulan Ogos 2013, sy start ambil ESP Shaklee setelah diberi sample percuma oleh kakak sy.. Hihi..Boleh baca kisahnya di SINI. Walaupun ambil ESP saja, kulit muka saya dah berubah sedikit. Semakin licin and kurang ditumbuhi jerawat terutama sekali kat bahagian dahi. Kalau sebelum ni kat dahi tu memang meriah dengan bintik-bintik merah.

Pada bulan October pulak sy start ambil Alfalfa dan B-Complex untuk resdung. Sepatutnya kena ambil Vit-C sekali tapi sy nak cuba je dulu kan, so ambil mana yg penting je la dulu. Kesannya pun sangat best sebab sy dah boleh makan seafood dan badan saya sentiasa bertenaga untuk melakukan kerja-kerja kat office. Boleh baca di SINI dan di SINI untuk ketahui khasiat-khasiat Alfalfa Shaklee yg dihasilkan daripada daun tumbuhan bernama Alfalfa.

Lepas tu pada bulan December 2013 saya ambil pula Vitamin E. Masa mula-mula makan Vitamin E ni jerawat kat bhgn dagu mencanak-canak naik. Tak tahulah kenapa. Tapi nasib baik kat dahi tu tak naik jugak. Saya tetap bersabar and consume je Vitamin E Shaklee setiap hari. I just think positive that it might be a process of healing crisis. So I drank a lot of plain water. Sehari 2 liter air suam saya minum.

Selepas sebulan, jerawat kat dagu makin lama makin kurang. Kulit muka saya semakin licin. Bila basuh muka rasa best je sebab tak ada lagi rasa kulit berbonjol-bonjol akibat jerawat. Ce tengok kat gambar ‘SELEPAS’ tu, diambil pada Januari 2014. Nampak tak perbezaannya? Ni belum guna full set lagi. Full set untuk kecantikan kulit Shaklee terdiri daripada ESP + Vitamin E + Vitamin C.

Secara asasnya, supplement-supplement ini berfungsi seperti berikut:-

JESP membekalkan protein bagi merangsang pertumbuhan sel-sel dan tisu-tisu baru.
JVitamin E mengandungi anti-oksidan yang tinggi bagi mencegah penuaan awal.
JVitamin C pula membantu penghasilan kolagen bagi merawat dan memulihkan sel-sel kulit

Selain sy, ramai lagi yang dah berjaya memulihkan kulit wajah mereka dengan set kecantikan kulit Shaklee ni. Jom kita tengok testimoni orang lain plak.






Kalau korang pun ada masalah jerawat ni, bolehla cuba set kecantikan Shaklee ni. Call/whatsapp je sy, insya-Allah sy boleh bantu.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

No comments:

Post a Comment