Showing posts with label Set Resdung. Show all posts
Showing posts with label Set Resdung. Show all posts

Saturday, March 01, 2014

Set resdung – Pengalaman sendiri (Bhgn II)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai, salam ceria semua..

Hari ni nak sambung cerita semalam. Pasal set resdung yang saya ambil tak lengkap. Ok, rewind balik kejap. Set resdung sepatutnya ada 3 vitamin iaitu Alfalfa, B-Complex dan Vita-C Plus. Tapi, saya hanya ambil dua je iaitu Alfalfa dan B-Complex. Walaupun ambil dua je, tapi kesannya saya boleh rasa. Boleh baca di SINI.

Kemudian, saya tiba-tiba stop ambil B-Complex sebab tertinggal kat kampung. Bila dah lama tinggal, nak sambung makan balik memang liat sikit la. Sebab even dah tak ambil B-Complex selama seminggu pun badan saya masih bertenaga, symptom resdung masih tak muncul-muncul. Jadi, sebab tu saya agak yakin untuk menghentikan pengambilan B-Complex buat sementara.

Now, dah about sebulan lebih saya tak ambil B-Complex. Hanya ambil Alfalfa saja untuk set resdung. Apa yang dapat saya rasa sekarang adalah selesema saya muncul kembali. Walaupun tak sekerap dan seteruk dulu, tapi ia masih selesema dan boleh bikin rasa tidak selesa. Namun, seafood masih boleh dimakan dan tiada alahan selepas memakannya. Lepas makan seafood pun hidung saya tak ada rasa gatal-gatal. Hanya selesema dan hidung tersumbat.

Lagi pula, sepanjang meninggalkan B-Complex ni, badan saya dah kurang cergas berbanding semasa mengambil B-Complex. Kalau sebelum ni kat ofis tak mengantuk, bila dah tak ambil B-Complex saya ada sedikit rasa mengantuk dan mudah letih.

So, conclusion yang dapat saya buat berdasarkan pengalaman saya ni:
© Better to get full set of the supplement rather than ambil loose one or two items tapi tak mendapat kesan yang positif seperti yang diinginkan.
© Vitamin B-Complex sangat penting untuk meningkatkan tenaga harian dan mencegah keletihan/mengantuk.

Jadi lepas ni saya akan teruskan amalkan B-Complex and nak tambah Vita-C Plus pulak. Yey…!!!

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat


Friday, February 28, 2014

Set resdung – Pengalaman sendiri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni nak cerita pengalaman saya sendiri sebagai penghidap resdung tegar. Saya mudah dijangkiti selesema. Bila dah start selsema, bukan boleh baik dalam masa seminggu dua, tapi boleh makan masa berbulan-bulan untuk baik. Bila dah selalu selesema, hidung ofcos la selalu tersumbat. Kadang-kadang nak tidur pun susah sebab tak boleh bernafas melalui hidung. And muka pula banyak jerawat di dahi dan pipi akibat resdung. Segala macam seafood tak boleh di makan, especially sotong dan ketam.

Penah sekali saya makan ketam masak lemak. Baru seekor je saya makan waktu lunch, petang  tu muka saya ditumbuhi dengan bintik-bintik merah macam jerawat batu baru nak naik. Memang nampak ketara bintik-bintik merah tu sampai mak saya tegur dan larang saya makan ketam lagi.. Uwaa…sedihnya… Dahla ketam masak lemak tu sedap… So sejak hari tu saya tak makan ketam dah.

Ok, that is my resdung symptoms. Lain orang lain simptomnya. Mungkin ada yang akan selalu bersin banyak-banyak kali waktu pagi, atau ditumbuhi jerawat di belakang badan. Itu juga adalah salah satu symptom-simptom resdung.

Kemudian, saya mengamalkan supplement kesihatan Shaklee untuk set resdung. Set resdung ni terdiri daripada Alfalfa, B-Complex dan Vita-C Plus. Saya tak ambil semua, tapi hanya mengambil dua vitamin saja iaitu Alfalfa dan B-Complex.

Selama 5 bulan pertama pengambilan, saya sangat berpuashati. Selsema dah jarang menyinggah, hidung dah jarang tersumbat, dan jerawat dah semakin berkurangan. Bila makan sotong pun hidung dan tekak saya dah tak gatal-gatal. Kemudian, satu hari saya memberanikan diri makan ketam. Memang tawakkal kepada Allah je la masa makan ketam tu, terliur punya pasal. Hahaha..

Tapi, memang surprised giler-giler la, Alhamdulillah, muka saya langsung tak naik bintik-bintik merah macam sebelum ni. Even tekak dan hidung pun tak ada rasa gatal-gatal or something wrong somewhere. Semua macam biasa je. Wah, syukur Alhamdulillah. Memang happy sangat-sangat. Malam tu saya melantak lagi 2 ekor ketam. Hahaha… lepas gian..

Seruis best set resdung Shaklee ni. Saya mengamalkan hingga kini set resdung Shaklee ni. Tapi, walau apa pun, jika bukan atas kehendak-Nya, pasti semua ni tak berlaku kan.

Saya pernah stop ambil salah satu vitamin dalam set resdung ni. Nak tau apa jadi? Nanti saya akan cerita pada next entry ok.

So, sampai sini dulu untuk hari ni. Kita sambung lagi esok. Tata..


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat


Monday, January 20, 2014

Masalah kulit muka berjerawat akibat resdung..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Hye gurls… Salam ceria semua…

Korang pernah alami masalah jerawat tak? Jerawat yang kronik yang tak pernah surut-surut. Ha.. sy pernah dan telah lama mengalami masalah jerawat ni. Sebab sy ada masalah resdung, jadi jerawat memang sesuatu yg biasa la bagi sy.

Macam-macam petua and produk-produk kecantikan kulit yang saya dh try tapi sekejap je la kesannya jerawat tu surut. Tapi lepas sebulan dia naik balik. I'm not going to mention which products I have used before sebab I believe the products is actually good but they might not suitable with my skin. Alwiz think positive okay. Kadang-kadang rasa down nak licinkan kulit muka ni and nak biar je muka ni berjerawat camtu sebab sy ni memang jenis tak berapa nak bercantik-cantik sangat, not a make-up type lady. Cukup sekadar tepek bedak kat muka dan siap untuk keluar.

Tapi sejak diperkenalkan dengan Shaklee, alhamdulillah, semuanya dah berubah dan saya boleh tersenyum lega selega-leganya. Alhamdulillah. Nak tau produk apa yang saya guna? Sy guna produk kecantikan dan set resdung Shaklee .. Ia merawat resdung dan menstabilkan kulit dari dalam, bukan secara luaran. Sebelum tu jom tengok muka saya sebelum and selepas menggunakan Shaklee. Hehe..


Gambar ‘SEBELUM’ tu diambil pada bulan April 2013, kat Langkawi. Best giler.. Korang dah pernah pergi Langkawi? Haha, iklan sekejap..

Then, pada bulan Ogos 2013, sy start ambil ESP Shaklee setelah diberi sample percuma oleh kakak sy.. Hihi..Boleh baca kisahnya di SINI. Walaupun ambil ESP saja, kulit muka saya dah berubah sedikit. Semakin licin and kurang ditumbuhi jerawat terutama sekali kat bahagian dahi. Kalau sebelum ni kat dahi tu memang meriah dengan bintik-bintik merah.

Pada bulan October pulak sy start ambil Alfalfa dan B-Complex untuk resdung. Sepatutnya kena ambil Vit-C sekali tapi sy nak cuba je dulu kan, so ambil mana yg penting je la dulu. Kesannya pun sangat best sebab sy dah boleh makan seafood dan badan saya sentiasa bertenaga untuk melakukan kerja-kerja kat office. Boleh baca di SINI dan di SINI untuk ketahui khasiat-khasiat Alfalfa Shaklee yg dihasilkan daripada daun tumbuhan bernama Alfalfa.

Lepas tu pada bulan December 2013 saya ambil pula Vitamin E. Masa mula-mula makan Vitamin E ni jerawat kat bhgn dagu mencanak-canak naik. Tak tahulah kenapa. Tapi nasib baik kat dahi tu tak naik jugak. Saya tetap bersabar and consume je Vitamin E Shaklee setiap hari. I just think positive that it might be a process of healing crisis. So I drank a lot of plain water. Sehari 2 liter air suam saya minum.

Selepas sebulan, jerawat kat dagu makin lama makin kurang. Kulit muka saya semakin licin. Bila basuh muka rasa best je sebab tak ada lagi rasa kulit berbonjol-bonjol akibat jerawat. Ce tengok kat gambar ‘SELEPAS’ tu, diambil pada Januari 2014. Nampak tak perbezaannya? Ni belum guna full set lagi. Full set untuk kecantikan kulit Shaklee terdiri daripada ESP + Vitamin E + Vitamin C.

Secara asasnya, supplement-supplement ini berfungsi seperti berikut:-

JESP membekalkan protein bagi merangsang pertumbuhan sel-sel dan tisu-tisu baru.
JVitamin E mengandungi anti-oksidan yang tinggi bagi mencegah penuaan awal.
JVitamin C pula membantu penghasilan kolagen bagi merawat dan memulihkan sel-sel kulit

Selain sy, ramai lagi yang dah berjaya memulihkan kulit wajah mereka dengan set kecantikan kulit Shaklee ni. Jom kita tengok testimoni orang lain plak.






Kalau korang pun ada masalah jerawat ni, bolehla cuba set kecantikan Shaklee ni. Call/whatsapp je sy, insya-Allah sy boleh bantu.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Sunday, January 19, 2014

Anda Kerap Bertukar Hijau..???

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Happy Sunday semua…!!! Planning nak ke mana hari ni? Apa? Nak rehat-rehat kat rumah je? Penat kemas rumah semalam tak habis lagi? Ish..mana boleh macam tu.. Hujung minggu ni la kita nak habiskan masa bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Beriadah di taman, berkelah, balik kampung.. macam-macam lagi aktiviti yang kita boleh lakukan di hujung minggu ni.

Jadi, untuk mengelakkan rasa mudah letih dan kekal bertenaga setiap hari anda perlukan lebih vitamin B dalam badan. Ia boleh didapati di banyak farmasi-farmasi berdekatan dengan anda. Namun perlu diingat, tidak semua vitamin B yang dijual di farmasi-farmasi itu berkualiti dan terbaik. Vitamin B yang terbaik tentunya B-Complex Shaklee.


Apa keistimewaan B-Complex Shaklee?
S Dihasilkan daripada sumber natural dan semulajadi tanpa sebarang pewarna dan perisa.
S Mengandungi 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.
S Asid folik yang terkandung dalam B-Complex Shaklee dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (biovailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.


Setiap vitamin yang terkandung dalam B-Complex Shaklee mempunyai fungsi dan khasiatnya yang tersendiri:

J Vitamin B1 (thiamin) - mengurangkan kelesuan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolism tubuh badan

J Vitamin B2 (riboflobin) - mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik

J Vitamin B3 (niacin) - mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi

J Vitamin B5 - mengurangkan stress fizikal dan mental, dan  membantu mengurangkan penuaan pramatang

J Vitamin B6 (pyridoxine) - penting dalam penghasilan asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, dan menenangkan emosi

J Vitamin B12 (cobalamine) - meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

J Biotin - membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

J Asid folik – untuk kesihatan fetus, mengurangkan risiko sakit jantung, kanser serviks, anemia, stress, ulser mulut dan sebagainya


Khasiat Vitamin B-Complex Shaklee

& Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein yang diambil kepada tenaga
& Membantu melancrkan peredaran darah dan system saraf. Ini sekaligus dapat membantu mengatasi masalah stress dan tekanan
& Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
& Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, rambut beruban dan  mengekalkan kesihatan rambut.  
&  Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.
& Meningkatkan daya ketahanan badan, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, mengatasi anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, dan mabuk darat / laut.

Bagi yang baru pertama kali ingin mencuba B-Complex Shaklee, jangan terkejut dengan baunya yang kurang menyenangkan. Untuk pengetahuan anda,bau tersebut adalah daripada thiamin (B1), salah satu komponen dalam B-Complex Shaklee. Bau thiamin ini adalah sebagai petanda bahawa B-Complex Shaklee adalah lengkap dan semulajadi tanpa sebarang pewarna dan perisa.


Pengambilannya akan menyebabkan warna air kencing juga kekuningan dan berbau thiamin. Ini adalah proses penyingkiran bahan-bahan buangan oleh thiamin. Kesannya, anda akan merasa panas dan cepat haus. Tak perlu risau kerana ia adalah normal dan ia juga sebagai proses penyembuhan (healing crisis) oleh tubuh badan kita. Jadi, apa yang perlu anda lakukan hanyalah memperbanyakkan minum air suam. Don’t worry be happy je okay.


Apa kata survey..??






Berminat untuk lebih bertenaga? Jom hubungi saya sekarang. Pastinya harga yang sangat murah dan berpatutan setanding dengan kesannya.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as urfren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Friday, January 03, 2014

Resdung: Simptom dan Rawatan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Pernah tak anda mengalami simptom-simptom di bawah ni?
S Hidung selalu tersumbat
S Kerap selesema
S Sering terasa berat kepala terutama di kawasan di antara kedua-dua belah mata
S Berlendir di antara hidung dan tekak
S Hingus berwarna hijau dan berbau
S Kerap bersin dan alah kepada habuk
S Sakit tekak yang berpanjangan
S Kerap demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
S Gatal-gatal pada hidung, tekak, dan telinga
S Jerawat banyak tumbuh di muka dan belakang badan

Jika pernah, anda sebenarnya mempunyai masalah RESDUNG…!!


Apa itu RESDUNG?
Resdung adalah radang pada salur pernafasan. Mengikut istilah kedoktoran, resdung terjadi disebabkan oleh penahanan mucus (cecair berupa lender atau hingus) yang disebabkan oleh pembengkakan membrane (sel di bawah lapisan kulit) di dalamh idung. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan dengan sempurna. Kesannya, kulat akan tumbuh dan terjadilah penyakit resdung.

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata dan jika dibiarkan berterusan tanpa diubati, ia boleh merosakkan deria penglihatan kita. Wah..!! Bahaya juga resdung ni kan.

Sinusitis infection

Rawatan resdung tradisional
  1. Rokok / lilin resdung – Kaedah ini dilakukan dengan cara mengwapkan atau mengasapkan wajah menggunakan rokok atau lilin herba khas untuk penyakit resdung. Rokok akan dibakar pada hujung atasnya dan asap lembut akan keluar melaui corong di hujung bhgn bawah rokok. Asap tersebut akan dihalakan ke wajah pesakit. Proses ini perlu dilakukan berulang-ulang kali.
  2. Rawatan lipas – Lipas akan dilenyekkan pada muka pesakit dan ulat-ulat kecil akan kelihatan.
  3. Kaedah ‘gurah’ – Kaedah menitiskan sejenis ubat ke dalam rongga hidung untuk mencuci dan membuang lendir yg menyebabkan resdung.
  4. Kaedah hidu – Akar kayu terpilih akan dibotolkan bersama sejenis minyak. Pesakit hanya perlu menghidu minyak akar kayu tersebut.

Sy pernah mencuba kaedah rawatan yg pertama dan keempat. Rawatannya ok tp tak berapa berkesan. Mungkin berkesan tapi perlu dibuat secara berterusan dan memakan masa yang lama. Sy plak jenis yg tak berapa nak sabar @ rajin utk buat selalu. So, angan-angan mat jenin je la.

Then, sy try plak set resdung Shaklee. Ia terdiri daripada Vitamin-C, B-Complex dan Alfalfa Complex. Hanya perlu makan je, tak perlu lagi nak berasap-asap dan menghidu-hidu. Haha.. Selama dua bulan mengamalkan set resdung Shaklee, sy dapat rasa sedikit perubahan. Selalunya lepas makan sotong, tekak dan hidung sy akan rasa gatal-gatal dan mak akan selalu ingatkan sy supaya minum air suam utk melegakan rasa gatal tu. Tp selepas sy consume set resdung Shaklee ni sy dah tak de rasa gatal-gatal lagi lepas makan sotong. Ini bermakna sy dh boleh makan UDANG & SOTONG…!!! Yeahuuu… My faveret seafood ever. Lepas ni bila bercuti ke Kuching bolehla sy melantak seafood sepuas-puasnya. Sangat puas hati. Tak rugi langsung mencuba set resdung Shaklee ni. Alhamdulillah…..

Nak tau macam mana set resdung Shaklee ni bertindak mengatasi masalah resdung? Kat bawah ni sy explainkan fungsi setiap vitamin dalam set resdung Shaklee; item by item.

Sustained Release Vita-C
8 Membantu mencegah penyempitan tiub bronkoil
8 Meningkatkan fungsi T-cell dan macrophage (fungsi system pertahanan badan, sel darah putih)
8 Meningkatkan pertumbuhan tisu
8 Anti-oksida yg sangat bagus. Tugasnya memusnahkan radikal bebas yg boleh menyebabkan kanser dalam badan. No wonder bila kita selesema, kita digalakkan utk mengambil banyak vitamin C.
8 Vitamin C juga baik utk mencantikkan kulit yg berjerawat akibat resdung

B-Complex
8 Vitamin B6 penting utk membantu menguatkan antibody badan
8 Membantu dlm pembinaan protein dalam tubuh
8 Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit utk menyingkirkan sel-sel kulit mati
8 Memelihara system saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

Alfalfa Complex
8 Kaya dengan sumber klorofil yg dapat membantu mengurangkan keradangan dan alahan seperti eczema dan gegata.

Set Resdung Shaklee

Bagi yg masih tercari-cari penawar resdung, sy amat menggalakkan anda utk mencuba set resdung Shaklee ni. Harga pun tak mahal. Sebotol Vitamin C boleh tahan selama 6 bulan, B-Complex boleh tahan selama 4 bulan, manakala Alfalfa plak boleh tahan selama 1 – 1 ½ bulan. Ha, jimat bukan..

Berminat? Boleh hubungi sy terus dan sy akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera. Sy juga akan guide semua customer-customer sy cara makan yang betul untuk setiap vitamin-vitamin Shaklee ni. Setiap vitamin pasti ada cara dan pantang larang yg tersendiri untuk memastikan nutriennya dapat diserap oleh badan kita dengan lebih optimum dan efektif.

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat