Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

Simpul Mengkarung

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Pernah dengar ‘simpul mengkarung’? Ada sesetengah orang panggil ‘simpul biawak’, termasuklah saya. Tapi mengkarung ke biawak ke tak kisahla, yang penting ianya menyakitkan. Adus….

Simpul biawak ni terjadi disebabkan oleh penguncupan otot dan ia biasanya berlaku ketika keadaan sejuk dan selalu terjadi di bahagian betis atau tapak kaki. Penguncupan atau kekejangan otot ini mudah berlaku bagi mereka yang kurang mendapat kalsium yang secukupnya dalam badan.


Jadi tidak hairanlah jika ia sering berlaku kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Kenapa? Kerana zat-zat kalsium dalam badan si ibu telah diserap oleh bayi dalam kandungannya. Jadi sebab itulah ibu-ibu yang mengandung sangat-sangat digalakkan untuk mengambil sumber kalsium yang mencukupi bukan saja untuk dirinya tapi juga untuk bayi dalam kandungannya itu.


Tips dan cara untuk melegakan/mengelak daripada terjadinya simpul biawak



§
 Tekan bahagian tengah tapak kaki dan urut perlahan-lahan

§ Regangkan kaki ke depan, kemudian tolak tumit ke depan supaya bahagian betis menjadi sedikit tegang. Buat perlahan-lahan.

§ Sapukan minyak atau lotion panas di tempat yang mengalami simpul biawak

§ Amalkan memakai stoking ketika tidur

§ Banyakkan minum air suam dan air susu untuk menambah kalsium dalam badan









Di Shaklee, vitamin yang sangat berkhasiat untuk mengurangkan gejala simpul biawak ini dalah OSTEMATRIX. Sebiji tablet ostematrix mengandungi 250mg kalsium dan kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari.

Kalsium tidak boleh dipisahkan dengan Vitamin D kerana tanpa Vitamin D, kalsium tidak mampu diserap dengan sebaiknya ke dalam tulang dan ini pastinya satu kerja yang sia-sia saja. Sebab itulah ostematrix dilengkapi dengan kandungan Vitamin D yang mencukupi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.


Bagi ibu-ibu mengandung dan mereka yang tidak gemarkan susu, ostematrix adalah penyelamat anda dari serangan simpul biawak atau masalah kereputan tulang.

Jadi, jom dapatkan ostematrix anda hari ini.


H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Thursday, February 27, 2014

Ostematrix dan SUSU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tak ramai yang suka minum susu kecuali kanak-kanak. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa susu ni banyak lemak dan boleh menggemukkan serta menyebabkan kencing manis. Well, if susu pekat or evaporated creamer (susu cair yang selalu digunakan untuk buat puding tu), yes we can say that the milk is contains fat, menggemukkan dan terlalu manis yang boleh mengakibatkan penyakit kencing manis menyerang.





TAPI, tidak dengan susu rendah lemak yang mempunyai kalsium yang tinggi seperti Anlene, DHL, Dutch Lady atau apa-apa jua jenis susu yang rendah lemak dan berkalsium tinggi. Susu berkalsium tinggi ini sangat penting dan perlu diamalkan sebab kalsium bagus untuk pembinaan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.


Kalau tak suka minum susu, macam mana nak pastikan tulang kita mendapat keperluan kalsium yang secukupnya?

Usah risau. Selain susu, pasti ada alternatif yang lain.

Ya, OSTEMATRIX Shaklee…


Ostematrix mengandungi Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D.

Kalsium berfungsi untuk membantu menguatkan tulang-tulang dalam tubuh badan kita.

Magnesium dan Vitamin D pula berfungsi untuk memastikan kalsium dapat diserap ke dalam tulang dengan baik dan sempurna. Tanpa Magnesium dan Vitamin D, Kalsium tidak dapat diserap ke dalam tulang dan ia akan hancur dan lama-kelamaan berkumpul sehingga boleh mengakibatkan risiko batu karang.

Sebiji ostematrix bersamaan dengan segelas susu yang kaya dengan kalsium.

Segelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam..!!

Jadi, jika anda tak minum susu, usah risau. Gantikan ia dengan OSTEMATRIX. Insya-Allah anda takkan menyesal.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat


Friday, January 31, 2014

Testimoni Set Sendi danTulang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. Hanya ini yang dapat saya ucapkan bila mendapat whatsapp dari seorang rakan FB memberitahu bahawa supplement Set sendi dan tulang yang diambil telah memberi kesan yang positif kepada dirinya dan juga ibunya.

Akak ni, saya panggil dia Kak J jela ye, mengalami lenguh-lenguh sendi di lengan sebelah kiri. Dia selalu mendapatkan rawatan di klinik dan biasanya doctor akan memberikan suntikan bagi menghilangkan rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh tersebut. Namun begitu, doctor tu pun ada juga pesan kat Kak J yang suntikan ni jika diambil selalu memang tak elok untuk tulang sebab ia mengandungi steroid yang akan menjadikan tulang kita nipis.

Tapi Kak J tak ada ikhtiar lain selain mengambil suntikan ni. Hinggalah satu hari dia PM saya di FB bertanyakan tentang supplement untuk lenguh-lenguh sendi. Then saya pun suggestkan AJHT, Ostematrix dan Omega Guard.

Bermulalah episode Kak J dengan set sendi Shaklee ni.

Selang seminggu kemudian saya dapat whatsapp message dari Kak J. Jom kita tengok apa Kak J komen tentang Set Sendi dan Tulang Shaklee.

whatsapp diterima selepas seminggu penggunaan set sendi dan tulang


another whatsapp message from Kak J selepas 3 minggu penggunaan set sendi dan tulang

Terbaikkan? Tapi apa-apa pun semuanya adalah dengan izin-Nya. Diharap Kak J & family akan lebih sihat dan ceria selepas ni.

So kalau korang ada masalah seperti Kak J, why not korang try set sendi dan tulang Shaklee ni. Jangan malu jangan segan hubungi saya segera. Insya-Allah saya akan consult anda sebaiknya.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat


Thursday, January 30, 2014

Kecergasan berganda ketika berpantang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Seperti yang dijanjikan pada entry INI, hari ni saya nak bercerita tentang set bersalin atau set berpantang Shaklee.

Sekarang ni dah ada macam-macam jenis set berpantang di pasaran. Ada yang lebih gemar memilih jamu, ada yang sukakan cara homeopati dan ada juga yang lebih senang dengan set berpantang secara moden. Lain orang lain kesannya. Tak semua orang boleh ambil jamu terutama bagi mereka yang bersalin secara pembedahan. Sebab jamu tu kan panas, jadi bimbang akan memberi kesan negative kepada ibu dan juga bayi yang sedang menyusu.

Berbalik kepada set berpantang Shaklee. Honestly bagi saya, set berpantang Shaklee adalah yang terbaik kerana ia sesuai diambil oleh mereka yang bersalin sama ada secara normal atau pun pembedahan. Yang bersalin dalam air pun boleh consume set berpantang Shaklee ni. 


Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee?

Secara asasnya ia mengandungi Vitamin B-Complex, Vita-lea, Vita-C Plus dan Zinc Complex.

Vitamin B-Complex
ยช Mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang sangat penting dalam pembentukan darah dan menstabilkan hormone.
ยช Keupayaannya melancarkan peredaran saraf juga dapat membantu si ibu untuk mengawal emosi, mengurangkan stress, memberi rasa tenang dan juga membekalkan tenaga berpanjangan dalam menguruskan diri, anak dan keluarga.

Vita-lea
ยช Multivitamin dan mineral yang diselaputi oleh spirulina yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang. Disebabkan oleh proses berpantang, ibu dikhuatiri kurang mendapat zat dan tenaga yang secukupnya.
ยช Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi membantu mengawal tekanan darah yang normal. Kekurangan iron akan menyebabkan si ibu keletihan dan mudah pitam akibat terlalu penat menguruskan anak dan kerja-kerja rumah.

Vita-C Plus
ยช Vitamin C sangat berkait rapat dengan system pertahanan imunisasi tubuh kita. Ibu yang sedang dalam berpantang mempunyai daya imunisasi yang rendah. Jadi, Vita-C Plus dapat membantu meningkat daya pertahanan dalam badan si ibu. Sebiji Vita-C Plus adalah bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren!
ยช Ia juga baik untuk kecantikan kulit kerana Vitamin C merangsang penghasilan kolagen yang dapat membantu memperbaiki sel-sel kulit dan menguatkan akar rambut.

Zinc Complex
ยช Kandungan zinc dapat membantu menguatkan akar rambut kerana selalunya ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi akan mengalami masalah rambut gugur.
ยช Membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka ketika bersalin. Ia boleh dikatakan sebagai pengganti kepada ikan haruan yang sangat baik untuk menyembuhkan luka sama ada luka dalaman mahu pun luaran.



Ini baru vitamin-vitamin asas yang perlu diamalkan sejurus selepas melahirkan. Untuk mendapat kesan yang lebih optimum dan ekstravaganza, ibu-ibu digalakkan untuk mengambil ESP dan juga Ostematrix.

  
Kenapa ESP dan Ostematrix?

ESP
ยช Sumber protein yang terbaik.
ยช Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk membekalkan tenaga kepada ibu.
ยช Protein juga dapat membantu menggalakkan pembinaan sel-sel dan tisu-tisu baru yang telah koyak atau rosak ketika bersalin dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan  protein.

Ostematrix
ยช Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D yang sangat penting untuk tubuh.
ยช Kalsium dapat membantu menguatkan tulang dan gigi si ibu dan bayi yang sedang menyusu. Magnesium, Vitamin D dan fosforus diperlukan untuk memastikan kalsium dapat diserap sepenuhnya ke dalam tulang.
ยช Membantu peredaran saraf dan mengelakkan kekejangan, lenguh-lenguh dan sakit belakang akibat kurang tidur dan kerap berjaga malam untuk menyusukan bayi.


Kombinasi keenam-enam supplement ini akan menjadikan tempoh berpantang anda sesuatu yang sangat menyeronokkan. Pasti cergas, ceria dan bertenaga sepanjang masa. Insya-Allah.


Jom kita tengok apa kata ibu-ibu yang telah mencuba set berpantang Shaklee.










Ingin menyertai ibu-ibu gorgeous ini berpantang bersama Shaklee? Cepat hubungi saya segera.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Friday, January 24, 2014

Berapa kerap anda menghantuk kepala di dinding..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Soalan cepu cemas... Dalam seminggu, berapa kali anda rasa nak hantuk kepala kat dinding? Seminggu sekali? Dua tiga hari sekali? Atau hari-hari? Jika dua tiga hari sekali ataupun hari-hari, anda adalah penderita migraine TEGAR. Dan jika seminggu sekali pula, anda adalah penderita migraine yang agak kronik. Tapi tak kisahlah seminggu sekali ke, dua tiga hari sekali ke, anda perlu mendapatkan rawatan sebelum ianya bertambah teruk dan mengganggu mental, emosi dan aura dalam diri anda.

Migrain: Sakit kepala sebelah

Migrain juga dipanggil sebagai sakit kepala sebelah. Perkataan Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache.


APAKAH PUNCA BERLAKUNYA MIGRAIN?

Secara sainsnya, migraine terjadi disebabkan oleh saluran darah di bahagian kepala yang mengembang dan mengecut dengan cepat dan tidak selari. Apabila proses pengecutan dan pengembangan saluran darah tidak seimbang, proses pengaliran udara ke bahagian otak tidak dapat dilakukan secara sempurna. Atau dalam bahasa mudahnya, oksigen tidak sampai ke kepala. Maka berlakulah pembengkakan yang menyebabkan migraine.

Kenapa saluran darah tidak seimbang?

Ada beberapa factor yang menyebabkan proses pengecutan dan pengembangan saluran darah tidak seimbang.

Faktor pemakanan
Mengambil makan yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang bertindak mengembangkan salur darah seperti MSG (monosodium glutamate), cheese, nitrate dan alcohol.
Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah
Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual
Kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, nescafe, coke, pepsi dan minuman-minuman bergas.

Faktor hormone
Turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine. Sebab itu kebanyakan penghidap migraine adalah wanita...!!

Faktor cara hidup
Waktu tidur yang tidak menentu; terlebih atau terkurang tidur
Perubahan cuaca
Menonton tv atau menghadap computer terlalu lama
Stress dan tekanan emosi
Kerap merokok


Salah satu kaedah rawatan migraine yang pernah saya dengar adalah dengan memperbetulkan cara mandian kita hari-hari. Setiap kali hendak mandi, mulakan dengan membasuh bahagian kaki dahulu selama beberapa minit. Anda akan dapat rasakan haba panas dari dalam tubuh anda mengalir keluar ke atas dari bahagian kaki, badan dan seterusnya ke kepala. Haba panas ini akan keluar dari badan melalui ubun-ubun kepala kita. Selepas itu, barulah basahkan badan dan kepala dan mandilah seperti biasa.

Ini adalah amalan orang-orang tua dahulu kala yang sehingga kini masih saya amalkan.

Di samping mengamalkan petua mandian ini, anda juga boleh memilih alternatif moden dengan pengambilan supplement semulajadi bagi mengatasi masalah migraine ini. Dan supplement semulajadi yang terbaik adalah dari Shaklee.





















Pentingnya pengambilan supplement semulajadi ini berbanding ubat-ubatan dari klinik atau hospital adalah kerana ubat-ubatan telah diketahui mengandungi pelbagai jenis dadah di dalamnya. Manakala supplement semulajadi Shaklee pula dihasilkan daripada ekstrak makanan- makanan yang mengandungi nutrient dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan badan.


Mari kita tengok bagaimana supplement-supplement Shaklee membantu anda mengatasi masalah migraine.

รพ Kaya dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D.
รพ Kalsium – membantu pertumbuhan tulang dan gigi, membantu menetapkan ritma jantung pada kadar yang normal
รพ Magnesium – penting untuk memastikan kalsium diserap dengan baik ke dalam tulang, membantu dalam pengecutan otot, melancarkan peredaran saraf dan membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang
รพ Vitamin D – tanpa Vitamin D, kalsium tidak boleh diserap oleh tubuh dan ia boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit batu karang.

                                                                   
รพ Mengandungi 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.
รพ Vitamin B6 – penting dalam penghasilan asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan boleh menyebabkan depresi dan migrain),  mengurangkan senggugut, dan menenangkan emosi akibat migraine
รพ Vitamin B2 – membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
รพ Asid folik – membantu mengurangkan stress

Vitamin C
รพ Berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun). Kekurangan vitamin C akan menyebabkan sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
รพ Menjaga salur darah agar tidak mudah pecah
รพ Mencegah pengerasan salur darah
  

Testimoni pengguna-pengguna Set Migrain Shaklee










Ingin menjadi salah seorang daripada mereka..?? Jom cuba set migraine Shaklee hari ini. Insya-Allah, hidup anda pasti berubah 360° dan anda akan kembali ceria bersama insan-insan yang anda sayangi.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan harga yang tebaik. 


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, January 23, 2014

Don't skip your meal

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Kita dah memasuki tahun baru 1435H / 2014M. Lebih kurang 6 bulan lagi kita akan menyambut bulan puasa, bulan Ramadhan yang mulia. Sudah bersediakah? Puasa tahun lepas dah habis ganti? Tak perlu tanya orang lain, saya sendiri pun belum ganti. Hehe..

Bila sebut pasal puasa pasti isu gastric akan timbul. Macam aur dengan tebing plak. Tapi, gastric bukan saja berlaku di bulan puasa je, hari-hari biasa pun boleh berlaku gastric. Sebabnya, waktu pemakanan seharian tak dijaga dengan sebaiknya.

Untuk pengetahuan pembaca semua, dalam perut kita ni terdapat satu kelenjar yang berfungsi untuk merembeskan atau mengeluarkan asid perut bagi membantu proses pencernaan. Asid perut ni bersifat menghakis. Kehadiran mucus atau cecair bikarbonat berfungsi untuk menyeimbangkan paras keasidan dalam perut. Apabila cecair atau mucus itu berkurangan, atau berlaku ketidakseimbangan antara jumlah mucus dan jumlah asid perut, maka berlakulah sakit gastric.



TANDA-TANDA SAKIT GASTRIK MENYERANG

L Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
L Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam) seperti cuka dan jeruk, makanan pedas dan minuman beralkohol atau bergas. 
L Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
L Mual. 
L Muntah. 
L Hilang selera dan terasa sebu. 
L Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
L Hilang berat badan.
L Pedih ulu hati.
L Najis kehitaman atau berwarna gelap


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ANDA MERAWAT GASTRIK

Disebabkan gastric ini melibatkan asid, jadi kita perlu mengatasinya dengan mengambil lebih makanan beralkali. Dalam Shaklee, supplement yang sesuai bagi mengatasi gastric adalah ESP, Peppermint Ginger Plus dan Ostematrix. Bagi yang mempunyai bajet lebih, bolehlah menambah B-Complex untuk mengoptimumkan kesan dan memberi kelegaan kepada perut.




ESP
ESP merupakan sumber protein yang dihasilkan daripada kacang soya. Kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Jadi, ia dapat membantu meneutralkan tahap keasidan di dalam perut. Di samping itu, 20 jenis zat asid amino yang terkandung dalam ESP juga sangat membantu dalam pertumbuhan sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid perut.

Ostematrix
Kalsium adalah bersifat alkali yang boleh membantu meneutralkan tahap keasidan dalam perut. Jadi, untuk meredakan gastric kita digalakkan minum susu kerana susu adalah minuman yang kaya dengan kalsium. Bagi yang tak minum susu, ambillah ostematrix kerana ia juga kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi membantu meneutralkan asid dalam perut. Sebiji ostematrix adalah bersamaan dengan segelas susu yang tinggi kandungan kalsiumnya.

Peppermint Ginger Plus
Mengandungi bahan-bahan seperti halia, herba asli pudina, jintan hitam dan jintan manis yang memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan dalam perut. Ia juga dapat membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan secara semulajadi.

B-Complex
Melegakan stress dan kesakitan. Penghidap gastrik selalunya akan  bergantung kepada ubat penahan sakit (pain killer). Seperti yang kita semua tahu, pain killer mengandungi dadah bagi membantu pesakit menahan rasa sakit. Semakin teruk sakit gastric anda, semakin banyak dos pain killer (dadah) yang perlu diambil untuk menahan rasa sakit tersebut. Anda nak makan dadah..??



Tunggu dulu. Anda masih memandang ringan dengan masalah gastric ni?

Tahu tak, jika masalah gastrik ini dibiarkan berlarutan, dinding-dinding perut akan terhakis dan lama-kelamaan akan menyebabkan berlakunya ulser dan kanser perut.

Ha, ulser mulut pun dah sakit, apatah lagi ulser di perut. Cuba baca pengalaman pesakit gastric ni.



Jadi, masih mau ambil ringan dengan gastric?

Cepat bertindak sebelum terlambat. Hubungi saya untuk mendapatkan supplement Shaklee bagi mengatasi masalah gastric anda sekarang..!! Jangan nanti nak kena operate baru nak menyesal.


Testimoni pengguna-pengguna Set Gastrik Shaklee












FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat