Thursday, March 27, 2014

Simpul Mengkarung

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Pernah dengar ‘simpul mengkarung’? Ada sesetengah orang panggil ‘simpul biawak’, termasuklah saya. Tapi mengkarung ke biawak ke tak kisahla, yang penting ianya menyakitkan. Adus….

Simpul biawak ni terjadi disebabkan oleh penguncupan otot dan ia biasanya berlaku ketika keadaan sejuk dan selalu terjadi di bahagian betis atau tapak kaki. Penguncupan atau kekejangan otot ini mudah berlaku bagi mereka yang kurang mendapat kalsium yang secukupnya dalam badan.


Jadi tidak hairanlah jika ia sering berlaku kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Kenapa? Kerana zat-zat kalsium dalam badan si ibu telah diserap oleh bayi dalam kandungannya. Jadi sebab itulah ibu-ibu yang mengandung sangat-sangat digalakkan untuk mengambil sumber kalsium yang mencukupi bukan saja untuk dirinya tapi juga untuk bayi dalam kandungannya itu.


Tips dan cara untuk melegakan/mengelak daripada terjadinya simpul biawak



§
 Tekan bahagian tengah tapak kaki dan urut perlahan-lahan

§ Regangkan kaki ke depan, kemudian tolak tumit ke depan supaya bahagian betis menjadi sedikit tegang. Buat perlahan-lahan.

§ Sapukan minyak atau lotion panas di tempat yang mengalami simpul biawak

§ Amalkan memakai stoking ketika tidur

§ Banyakkan minum air suam dan air susu untuk menambah kalsium dalam badan









Di Shaklee, vitamin yang sangat berkhasiat untuk mengurangkan gejala simpul biawak ini dalah OSTEMATRIX. Sebiji tablet ostematrix mengandungi 250mg kalsium dan kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari.

Kalsium tidak boleh dipisahkan dengan Vitamin D kerana tanpa Vitamin D, kalsium tidak mampu diserap dengan sebaiknya ke dalam tulang dan ini pastinya satu kerja yang sia-sia saja. Sebab itulah ostematrix dilengkapi dengan kandungan Vitamin D yang mencukupi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.


Bagi ibu-ibu mengandung dan mereka yang tidak gemarkan susu, ostematrix adalah penyelamat anda dari serangan simpul biawak atau masalah kereputan tulang.

Jadi, jom dapatkan ostematrix anda hari ini.


H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

No comments:

Post a Comment