Sunday, March 02, 2014

Solat sunat Dhuha

Pernah dengar tentang solat sunat Dhuha?

Sure pernah kan? Tapi buat tak? Hehe... Kalau siapa yang dah amalkan, alhamdulillah. Bagi yang belum, jom kita usaha untuk mengamalkannya.

Saya pun masih dalam proses untuk membiasakan diri mengamalkan solat sunat dhuha ni. Harap-harap ianya berterusan. 

Solat sunat dhuha bermula selepas habis waktu diharamkan solat iaitu waktu syuruk. Sesetengah pendapat mengatakan ia bermula 12 minit selepas subuh. Pernah juga saya baca di internet (tak ingat linknya) bahawa waktu dhuha bermula 28 minit selepas subuh. Bila dah ada pertindihan kat situ jadi saya mengambil pendekatan untuk melakukan solat sunat dhuha seawal-awalnya setelah setengah jam habis waktu subuh. Dalam pukul 9-10 pagi kira ok la tu.



CARA SOLAT SUNAT DHUHA

Caranya mudah saja, macam solat subuh. Bezanya tiada doa qunut.

Rakaat Pertama

1. Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2. Takbiratul Ihram
3. Doa Iftitah
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca Surah al-Qur’an (selalunya saya baca ayat qursi)
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Sujud
9. Duduk antara dua sujud
10. Sujud kali kedua
11. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1. Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10) - Surah al-Qur'an yang selalu saya baca pada rakaat kedua adalah Surah Dhuha
2. Duduk untuk tahiyyat akhir
3. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4. Berdoa


Ha, senang je kan. Tak sampai pun 5 minit.

Nak tau kelebihan mengamalkan solat sunat dhuha? Jom baca kat SINI.

Ok, itu saja perkongsian untuk hari ni. Selamat menunaikan solat sunat dhuha. Solat wajib jangan tinggal plak ye.. :)

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
Email: sueriezababykids@gmail.com
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

No comments:

Post a Comment