Friday, March 14, 2014

Kenapa set slimming tak berkesan?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai, salam ceria semua..

Sebelum saya mulakan penulisan yang tak seberapa ni, saya ingin meminta kepada semua pembaca-pembaca blog kecil saya ini untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan penumpang-penumpang dan krew-krew penerbangan pesawat MH370 yang kini telah masuk hari ke-7 menghilang tanpa berita.


Wahai pesawat MH370, pulanglah… Please come back here. We are all missing you. Sangat sayu bila menonton berita misi mencari MH370 ni. Walaupun tak ada family atau saudara-mara yang terlibat, tapi tetap rasa sedih dengan kehilangan pesawat ni. Anyway, inilah takdir yang telah tertulis. Semoga semua ahli keluarga mereka redha dengan apa jua yang bakal terjadi dengan pesawat ini.

Ok, back to our topic, tentang ketidakberkesanan set slimming bajet Shaklee..

Saya pernah beberapa kali mendapat aduan daripada customer yang mengatakan berat badannya tak turun selepas pengambilan set slimming bajet Shaklee (Alfalfa dan Lecithin). Kemudian, mula timbul rasa kesangsian tentang keberkesanan produk Shaklee ni.

Bagi customer yang mengalami masalah tersebut, saya akan bertanyakan mereka beberapa soalan dahulu sebelum menjawab kenapa supplement-supplement tersebut tidak berkesan.

Soalannya:-
ö Minum air cukup tak? (air suam okey, bukan air manis atau air sejuk yang berais).
ö Minum teh atau kopi?
ö Bersenam tak?

Ha, 3 soalan ni je. Selalunya soalan kedua dijawab dengan cemerlangnya. Tapi, soalan pertama dan ketiga pula failed. So, dah tau dah kenapa.

Untuk pengetahuan semua, pengambilan airsuam yang secukupnya sangat penting bagi memudahkan lemak-lemak tepu terlarut dalam air yang diminum dan sekaligus memudahkan proses penyingkiran bahan-bahan buangan dalam badan. Air suam perlu diminum mengikut keperluan tubuh badan, tidak boleh terlalu berlebihan kerana air yang berlebihan juga boleh mendatangkan mudarat.

Then, the most important part adalah BERSENAM. Perlu diingat, walaupun kita telah mengambil pelbagai vitamin untuk menurunkan berat badan, kita masih perlu untuk bersenam. Supplement-supplement tambahan ini hanyalah sebagai penggalak atau ‘booster’ bagi mempercepatkan kesan. Tak perlu pun berjoging 5-6 km sehari. Cukup dengan buat lompat bintang atau sit-up selama lebih kurang 10-15 minit sehari. Kat dalam rumah pun boleh buat.

Sit-up challenge schedule

Ajaklah suami dan anak-anak join sekali. At least dapat juga kita mencuri masa untuk meluangkan masa bersama keluarga di samping beriadah. Betul tak?

Ok, sampai sini saja perkongsian untuk hari ini. Semoga bermanfaat kepada semua.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

No comments:

Post a Comment