Assalamualaikum
& Selamat Sejahtera
Setiap
ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak mereka hidup sihat dan aktif. Anak-anak
adalah ibarat kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkan warnanya. Sesuai
dengan kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa perlu
memainkan peranan untuk membantu dalam perkembangan minda anak-anak sejak
mereka masih kecil lagi.
Berikut
saya kongsikan beberapa tips dan cara untuk merangsang minda dan perkembangan otak
anak-anak berumur 1-5 tahun kerana pada peringkat umur inilah minda anak-anak
mula berkembang.
© Bermain
dengan warna – Galakkan anak anda bermain dengan alat-alat permainan yang berwarna-warni
dan terang. Contohnya,getah rambut atau mangkuk plastic yang kecil.
Wooden wire beads |
© Bermain
dengan muzik – Anda boleh menggunakan youtube untuk mendapatkan lagu-lagu
kanak-kanak yang ceria dan galakkan mereka untuk mengikut langkah tarian dalam
video tersebut. Contohnya seperti senaman Tommy. Qasidah juga boleh dipraktikkan!
© Melukis – Untuk
memulakan lukisan, otak anak anda akan automatic berfikir untuk melukis apa dan
bagaimana untuk melukis apa yang difikirkannya. Proses ini sangat membantu
mereka untuk berfikir, berkreativiti dan menjana idea-idea baru dalam bentuk
lukisan. Biarpun pada mula-mulanya lukisan itu hanyalah satu garisan panjang
atau bengkang-bengkok, tapi lama-kelamaan garisan panjang dan bengkang-bengkok
itulah yang akan menghasilkan satu idea yang mungkin kita sendiri tidak penah
terfikirkannya.
© Bahan
bacaan bergambar dan berwarna-warni – Bahan bacaan seperti buku cerita
bergambar akan menggalakkan anak anda untuk berfikir dan memadankan cerita
dengan gambar.
© Pemakanan
yang sihat – Berikan anak anda menu makanan yang berkhasiat dan sihat serta
mengandungi DHA dan EPA yang sangat baik untuk perkembangan otak si manja. Jika
anak anda kurang berselera untuk makan makanan ruji, berikan mereka makanan
sampingan tambahan yang boleh dijadikan sebagai pengganti kepada zat-zat yang
tidak lengkap, seperti Omega Guard Shaklee.
Kenapa
Omega Guard Shaklee?
Selamat
membaca.!!
FB
page: Suerieza BabyKids
H/P:
019-7113601
Email:
sueriezababykids@gmail.com
SID
number: 1067703
COD
area: Bandar Segamat / Batu Pahat
No comments:
Post a Comment