Thursday, March 20, 2014

KOLESTEROL BAIK vs KOLESTEROL JAHAT

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat dalam pembuluh darah (arteri) manusia dan haiwan yang berpunca daripada pemakanan seharian.

Terdapat dua jenis kolesterol iaitu kolesterol baik (high density lipoprotein – HDL) dan kolesterol jahat (low density lipoprotein – LDL). HDL berfungsi untuk menyahkan lebihan kolesterol di dalam darah dan disalurkan kepada hati bagi diserap atau dibuang dari badan manusia. LDL pula bersifat mudah diserap sehingga boleh menyempitkan laluan salur darah. Ini menyebabkan berlakunya penyakit seperti angin ahmar, sakit jantung dan sebagainya.


Sumber kolesterol baik: Kacang badam, minyak zaitun, alvocado, ikan tuna, labu, ayam tanpa kulit

Sumber kolesterol jahat: Keju, mentega, krim, kuning telur, kulit ayam, daging merah dan susu


Tips mengawal kadar kolesterol

P Pilih makanan yang mengandungi lemak yang sihat seperti minyak zaitun dan susu rendah lemak

P Hindari memakan abdomen haiwan

P Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

P Makan lebih banyak ikan seperti tuna, salmon, mackerel dan ikan kod kerana ikan-ikan ini mengandungi omega 3 yang sangat baik untuk kesihatan jantung

P Berhenti merokok dan pengambilan alcohol

P Lakukan senaman selama 30 minit sehari

P Mengambil makanan tambahan seperti CoQHealth Shaklee yang sangat baik untuk kesihatan jantung


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

No comments:

Post a Comment