Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Entry untuk hari ni simple saja. Saya nak kongsikan beberapa tips dan doa amalan untuk anak-anak kesayangan kita.
Dipetik daripada Dr. Muhaya, 10 doa dan amalan yang boleh ibubapa amalkan dalam mendidik anak-anak.
1. Sekiranya tiba-tiba kita teringatkan anak kita, kirimkan bacaan Al-Fatihah kepada mereka. Sampai pada ayat "iyyakana'budu waiyyakanastain" yang ertinya "Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-MU kami memohon pertolongan..", mintalah apa-apa saja hajat pada masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu. Kemudian habiskan bacaan surah Al Fatihah tadi dan doakanlah semoga anak kita itu diberi kefahaman yang sebenar-benarnya dalam urusan agamanya dan memiliki ilmu yang bermanfaat. Kemudian serahkanlah urusan anak kita kepada Allah untuk menjaganya (tawakkal). Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik penjaga.
3. Amalkan bangun solat malam dan solatlah hajat disisi anak anda. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan berdekatan dengannya. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu anak kita yang kita sering doakan dia, maka dia akan merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki antara dia dan ibunya. Amalan ini akan memberi kesedaran kepada anak bahawa kita sebagai ibu amat-amat menyayangi mereka tanpa berbelah bagi dan ingin mereka menjadi anak yang soleh/solehah.
4. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak menjadi anak yang soleh bermakna dia tidak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti. Jadi, kita juga sebagai anak, haruslah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa kita ye.
5. Peluk anak selalu sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya walaupun dia kini sudah besar. Sambil peluk, bisikkan kepadanya bahawa kita bangga mempunyai anak sepertinya. Aura pelukan, ciuman dan belaian daripada ibu berupaya melembutkan hati anak.
6. Sentiasa memaafkan anak walaupun perbuatan mereka amat melukakan hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesilapan yang anak kita lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita terhadap ibu bapa kita pada masa lampau.
8. Amalkan membaca ayat ke-40 surah Ibrahim supaya kita, anak-anak kita dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.
9. Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada berpelajaran tinggi, berpangkat dan berharta mewah sekiranya tidak mempunyai keperibadian yang mulia di sisi Allah. Allah tidak akan memandang wajah yang cantik tetapi hanya memandang hati yang cantik. Jika Allah tak sayang, maka manusia lagi tak suka.
10. Semasa membasuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama anak) untuk faham dan taat perintah agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Kenapa kita nak anak kita faham dan taat perintah agama? Kerana anak yang tidak faham dan tidak taat perintah agama boleh menyebabkan ibubapanya juga ke neraka. Basuh beras mengikut lawan jam (macam org tawaf) sambil berselawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Semasa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingatlah kepada Allah selalu. Boleh amalkan bacaan doa pelembut hati anak (rujuk amalan ke-4).
Itu saja perkongsian untuk hari ini. Diharap ianya memberi manfaat kepada semua ibubapa di luar sana.
FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
Email: sueriezababykids@gmail.com
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat
No comments:
Post a Comment