Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Pada entry sebelum ni saya dah explain
serba sedikit tentang supplement terbaik untuk ibu hamil trimester pertama (1-4bulan).
Setelah berjaya melepasi fasa pertama
kehamilan di mana janin dan organ-organ badan yang lain telah terbentuk, kita
akan beralih pula ke fasa kedua dan ketiga. Fasa kedua dan ketiga melibatkan
pertumbuhan janin dan plasenta, pertambahan darah dan pertumbuhan otak bayi
dalam kandungan.
Jadi, untuk trimester kedua dan ketiga
ni, ibu-ibu perlu menitikberatkan pemakanan supaya apa yang dimakan oleh ibu
dapat dicerna oleh bayi dalam kandungan dan memberi kesan positif dalam
perkembangan otak dan fizikal bayi.
Terbaik dari ladang tentulah Set
Kehamilan Shaklee Trimester II dan III atau juga dikenali sebagai Set J-2.
Kenapa saya katakan Set J ni terbaik? Kerana setiap vitamin yang terkandung
dalam set ini mengandungi nutrient-nutrient lengkap bukan saja untuk ibu malah
juga untuk bayi dalam kandungan.
Ó lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu
hamil
Ó tahan berbulan-bulan
Ó boleh dikongsi bersama ahli keluarga
yang lain
Ó harga yang sangat berbaloi
Ó semulajadi (bukan sintetik)
Ó kesan sampingan yang positif (kecantikan
dan kesihatan dalaman)
Ó boleh dimakan sehingga tempoh berpantang
- jimat
Ó selamat dan berkesan
Set J-2 terdiri daripada Vita-lea,
B-Complex, Vita-C Plus, Ostematrix, dan Omega Guard.
Jika dilihat betul-betul, Set Kehamilan
Shaklee Trimester II dan III ni sama seperti trimester pertama, tapi ada
tambahan Omega Guard. Perasan tak? Kan saya dah kata, ianya jimat. Dari
trimester pertama sampai la ke tempoh berpantang boleh makan vitamin yang sama.
Cuma ada sedikit pertambahan saja kan. So, memang tak rugi la amalkan set kehamilan
Shaklee ni.
Kelebihan Vita-lea, B-Complex, Vita-C
Plus dan Ostematrix telah saya explain pada entry Trimester I.
Bagi Omega Guard pula, manfaatnya lebih
kepada perkembangan otak bayi dalam kandungan kerana ia pembekal utama Omega 3
yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat bagus untuk menjana otak bayi. Omega
Guard tidak digalakkan untuk diambil pada trimester pertama kerana ia boleh
mencairkan darah, Jadi ditakuti janin dalam kandungan akan terjejas kerana
dalam tempoh 1-4 bulan, kandungan adalah fragile. Maklumat lanjut tentang Omega
Guard di SINI.
Ibu-ibu juga perlu ketahui bahawa bayi
dalam kandungan akan sentiasa menyerap zat-zat nutrient yang diperlukan dari
tubuh ibu. Jika ibu kekurangkan zat-zat tertentu, ia akan memberi kesan negative
kepada bayi dan juga kepada si ibu. Seperti contoh, si ibu kekurangan kalsium,
ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim
tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila
kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya akan menarik
kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin
terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Jadi
ibu-ibu perlu memastikan zat-zat yang diperlukan sepanjang kehamilan mencukupi
untuk kedua-dua ibu dan bayi.
Supplement-supplement yang
dilarang ketika hamil
Vitamin-vitamin yang
mengandungi anti-oksidan yang tinggi tidak digalakkan diambil di awal kandungan
kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya pada awal
kehamilan, daya ketahanan atau imunisasi si ibu adalah rendah kerana hendak
memberi laluan bayi membesar di dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang
meningkatkan anti-oksida boleh menyebabkan risiko keguguran.
Maka, vitamin yang tidak
boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah
mengandung. Antara supplement-supplement yang tidak digalakkan diambil ketika
hamil ialah:-
" Carotomax
" Vitamin E
" Alfalfa
" GLA
" Vivix
" Cinch
Jadi,
sebelum mengambil apa-apa supplement tambahan, perlu pastikan keadaan kesihatan
anda dahulu.
Testimoni pengguna-pengguna Set Kehamilan Shaklee
Testimoni 1 |
Testimoni 2 |
Testimoni 3 |
Testimoni 4 |
Harga retail untuk Set Kehamilan Trimester II dan III ni adalah RM432.00. Untuk harga diskaun, sila hubungi saya. Bukan semua orang boleh dapat diskaun tau. Khidmat nasihat percuma untuk setiap pelanggan saya sepanjang pengambilan Set Kehamilan Shaklee ini.
FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as
ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat
No comments:
Post a Comment