Wednesday, January 15, 2014

Kenapa Perlu Minum Air Suam?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera             

Ada yang panggil air suam, ada yang panggil air masak, air mati, dan ada juga yang panggil air kosong. Korang panggil air apa? Hihi.. Ramai yang tahu bahawa antara air suam dengan air manis atau air sejuk berais, air suamlah yang paling baik dan bagus untuk kesihatan. Tapi masih ramai yang tak mahu menjadikan air suam sebagai minuman utama mereka.


Air suam ni banyak khasiatnya. Jom kita tengok satu persatu.

Melancarkan System Pencernaan
Selepas makan, tentu syok minum air manis yang sejuk dan berais berbanding air suamkan? Tapi korang tau tak, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan dan ini menyukarkan lagi proses pencernaan. Teorinya, air sejuk boleh menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses pencernaan. Dengan minum air suam sebanyak 2-3 liter sehari boleh meghindarkan diri kita dari masalah sembelit.

Menguruskan Badan
Air suam tidak mengandungi kalori, lemak mahu pun gula. Jadi, ia mampu membantu kita menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan individu yang banyak minum air manis atau air berkarbonat lebih berpotensi menghidap obesiti atau masalah berat badan berlebihan. Jadi, untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat, hindarkan diri dari air-air manis dan berkarbonat. Kalau tak percaya, cuba tinggalkan air-air tersebut dan hanya minum air suam setiap hari selama 2 minggu dan lihatlah kesannya.

Kecantikan Kulit
Air suam dapat membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. 70% daripada kulit kita terdiri daripada air. Jadi, kekurangan air suam akan menyebabkan kulit kita kekeringan dan berkedut. Selain itu, kulit kita juga memerlukan lebih Vitamin E dan C bagi mendapatkan kulit yang lebih cantik, halus dan berseri.

Menyihatkan jantung
Minuman sejuk akan mengentalkan lemak dalam badan. Apabaila lemak-lemak terbentuk dan berkumpul, ia akan menyempitkan banyak saluran termasuk saluran yang paling penting iaitu saluran jantung. Jadi, amalkan minum air suam atau air panas bagi mengelakkan lemak-lemak beku terbentuk.

Meningkatkan kesuburan
Air suam amat penting dalam proses penguraian protein dalam badan. Protein pula penting
untuk pembentukan sel, hormone dan tisu dalam badan. Oleh yang demikian, air suam dapat menggalakkan penghasilan hormone testosterone bagi kaum Adam dan hormone estrogen bagi kaum Hawa. Salah satu contoh sumber protein tambahan terbaik adalah ESP Shaklee.

Tubuh lebih segar dan sihat
Kita mungkin dapat bertahan jika tidak makan untuk beberapa hari namun tidak mungkin kita dapat bertahan tanpa minum air sehari. Walaupun minum air sejuk atau manis, kita akan tetap terasa haus dan ia hanya akan hilang apabila meminum air suam. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Mencegah strok
Air suam dapat membantu menguatkan ligament-ligament dan otot-otot badan. Ia juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan system pernafasan dan sekaligus dapat mengelakkan masalah strok.

Membuang toksin dan mencegah batu karang
Kekurangan air akan menyebabkan racun-racun dalam badan kita terkumpul. Dengan meminum air suam yg secukupnya akan membantu buah pinggang kita untuk memproses bahan-bahan toksik dan buangan dengan lebih lancar dan kemudian dikeluarkan melalui air kencing. Sebab itulah kita disarankan minum air suam sebanyak 2-3 liter sehari supaya buah pinggang kita tidak dibebani dengan pelbagai jenis makanan dan ubat-ubatan yang diambil setiap hari. Ini sekaligus dapat mencegah penyakit batu karang. Sebab ini jugalah sy sering menasihatkan customer-customer sy supaya banyakkan minum air suam. Sayangi diri dan buah pinggang anda.

Makanan Otak
Otak kita memerlukan 75% air. Seluruh system saraf adalah serangkaian saraf yang dilalui air. Kekurangan air akan mengakibatkan penebalan saluran air dan ini akan menyebabkan terjadinya masalah seperti Attention Deficit Disorder, Chronic Fatigue Syndrome, Depression, dan Alzheimer.

Jumlah air yang diperlukan oleh setiap organ dalaman manusia bagi memastikan ianya berfungsi dengan sebaiknya

Meningkatkan metabolisme badan
Banyak meminum air suam juga dapat membantu meningkatkan metabolism badan. Ini dapat membantu kita dalam menjalani diet yang seimbang dan sihat.


TAHUKAH ANDA..???

Untuk mengenal pasti sama ada badan kita mendapat bekalan air yang secukupnya atau tidak, cuba lihat warna air kencing kita. Jika warnanya pekat kekuningan, itu tandanya badan kita tidak cukup air. Dan jika warnanya kuning pucat dan cerah, maka kandungan air dalam badan adalah mencukupi.

Sebab itulah apabila kita bangun pagi, air kencing adalah berwarna pekat kekuningan kerana kita tidak mendapat air yang secukupnya ketika sedang tidur.



CARA MENGGALAKKAN DIRI MINUM AIR SUAM

Bagi yang ingin memulakan azam untuk minum air suam secukupnya, sy ada beberapa tips untuk anda:
  • Sediakan satu bekas air yang boleh mengisi 2 liter air. Setiap pagi isikan air dalam bekas tersebut sehingga penuh dan pastikan ianya dihabiskan menjelang waktu malam.
  • Elakkan menyimpan air bergas atau air sejuk dalam peti sejuk anda.
  • Jangan menyimpan ais ketul.
  • Sentiasa sediakan satu jag air suam di atas meja makan dan satu botol air suam di dalam bilik tidur.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah tabiat pemakanan kita. Elakkan air sejuk dan banyakkan minum air suam. Sayangi diri anda.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as urfren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

No comments:

Post a Comment