Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Pernah tak mommy-mommy semua mengalami bengkak kaki masa
pregnant? Tipulah kalau tak ada kan. Mesti ada tapi sama ada teruk atau tak je.
Bengkak kaki atau sembap, juga dipanggil ederma (bahasa
perubatan la ni) adalah perkara biasa berlaku ketika hamil. Ia terjadi
disebabkan oleh tekanan dari rahim kepada saluran pelvis apabila bayi dalam
perut semakin membesar. Keadaan ini akan menjejaskan salur darah besar yang
menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah.
Peredaran darah di bahagian itu akan menjadi perlahan dan
mengakibatkan darah terkumpul. Tekanan darah yang terkumpul ini akan memaksa
air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari), kemudian masuk ke
dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.
Kalau tiba-tiba ada antara mommy-mommy yang sedang membaca
ni mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, silalah
berjumpa dengan doctor ye. Sebab tanda-tanda ini adalah simptom-simptom praeklampsia
iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi dalam kandungan.
BAGAIMANA MENGURANGKAN BENGKAK?
§
Menaikkan kaki untuk membantu melancarkan peredaran darah. Letakkan bangku
kecil atau kotak di bawah meja jika berada di tempat kerja.
§
Baring dengan cara mengiring ke kiri kerana cara ini boleh mengurangkan tekanan
§
Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat
§
Jangan cuba menyilang kaki ketika duduk
Support tight |
§
Pakai seluar/stokin sokongan (support tight / legging) sebelum bangun dari katil pada
waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali.
§
Banyakkan minum air dan bersenam terutamanya berjalan, berenang atau mengayuh
basikal senaman.
§
Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan
kaki.
§
Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan sodium dan garam yang tinggi
seperti kacang masin, jeruk sayuran, telur masin dan ikan kering.
Untuk menikmati fasa kehamilan dengan lebih menyeronokkan,
mommy-mommy semua bolehlah mengamalkan pengambilan SET KEHAMILAN SHAKLEE
(Trimester I dan II).
Tempoh 9 bulan 10 hari ini pastinya menjadi satu moment
terindah yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tunggu apa lagi? Jom kita
berSHAKLEE..!!
** Berminat untuk bersama-sama saya menjana pendapatan
sampingan bersama Shaklee? Hubungi saya segera..!!
** Nak tau kelebihan-kelebihan menjadi sebahagian dari team
kami? Klik di SINI.
FB: Suraya Abdul Rasat
(boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat /
Bandar Segamat
No comments:
Post a Comment