Wednesday, February 05, 2014

Kenapa pesakit SLE tidak boleh consume ALFALFA?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Entry hari ini dibuat atas sebab kawan-kawan saya sering bertanyakan tentang apa itu penyakit SLE dan kenapa penghidap SLE tak boleh consume Alfalfa.

Oh, saya bukan doctor, tapi saya perlu tahu serba sedikit tentang kesihatan dan penyakit-penyakit zaman sekarang supaya tak tersalah consult pencadangan vitamin kepada customer-customer saya.

Okey, untuk pengetahun semua, SLE adalah sejenis penyakit ‘autoimmune’ di mana tubuh pesakit akan menghasilkan protein darah atau antibody dengan banyaknya sehingga menyebabkan system pertahanan dalam badan menjadi bercelaru. Kemudian, antibody ini akan bertindakbalas terhadap tisu dalam tubuhnya sendiri. Keadaan ini boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.


Dianggarkan lebih kurang 90% mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10% yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


Gejala-gejala SLE?

Butterfly rash
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, ia boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. 

Ciri-ciri penyakit ialah:

þ Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
þ Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
þ Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
þ Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
þ Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
þ Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
þ Sawan, strok dan gangguan mental
þ Risiko untuk mendapat darah beku
þ Kerap keguguran bayi
þ Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
þ Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


Boleh baca lanjut tentang SLE di SINI.


Oleh kerana penghidap SLE mempunyai bilangan darah merah yang rendah dan tahap kepekatan darah yang tinggi, maka penghidap SLE tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin K kerana vitamin K akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan mudah membeku. Akhirnya boleh menyebabkan stroke.

Alfalfa Shaklee mengandungi Vitamin K yang sangat tinggi. Jadi, sebab itulah Alfalfa sangat tidak digalakkan oleh penghidap SLE.

Kesimpulannya, sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan, pastikan anda tahu tahap kesihatan anda sendiri dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.



FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

No comments:

Post a Comment