Monday, February 17, 2014

Berapa liter air perlu saya minum sehari..??

BAGAIMANA NAK TAHU BERAPA LITER AIR YG DIPERLUKAN OLEH SESEORANG?

Ramai yang dah tau kebaikan minum air suam ni. Bagi yang masih tak tau atau pura-pura tak tau, jom baca kat SINI

Setiap individu memerlukan jumlah kandungan air yang berbeza. Individu yang mempunyai berat berlebihan memerlukan air yang lebih banyak berbanding individu yang bertubuh badan normal.

Kat bawah ni saya akan tunjukkan cara pengiraan air yang diperlukan oleh badan kita:-

Formula:
2/3 daripada berat badan anda dalam pound (lb) = jumlah air yang perlu diminum (oz)

Contoh:
Berat 55 kg = 121.25 lb (conversion rate boleh tanya kat pakcik Google)

Maka 2/3 daripada 121.25 lb = 80.83 oz

80.83 oz = 2.3 liter

Kesimpulannya, individu yang mempunyai berat badan 55 kg memerlukan 2.3 liter air sehari.


Selain faktor berat badan, jumlah kalori yang diambil seseorang juga mempengaruhi jumlah liter air yang perlu diminum. Semakin tinggi kalori dalam makanan yang diambil setiap hari, semakin banyaklah air suam yang perlu diminum.

Jadi, jom minum air suam..!!!


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as urfren)
FB page: Suerieza BabyKids
Email: sueriezababykids@gmail.com
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

No comments:

Post a Comment