Tidur
umpama waktu rehat untuk badan dan otak kita. Tidur yang cukup dapat memberikan
badan kita masa untuk pulih dari ketegangan dan keletihan supaya apabila
bangkit nanti badan kita akan menjadi lebih segar, cergas dan berupaya untuk
lebih focus dalam melakukan sesuatu kerja.
Bagaimana
untuk mendapatkan tidur yang secukupnya?
Cuba kekalkan jadual waktu tidur – Tidur
pada waktu yang sama setiap hari, termasuklah hari minggu dan hari cuti.
Konsistensi akan membuatkan badan anda terbiasa dengan waktu tidur tersebut dan
anda akan secara automatic terasa mengantuk apabila telah tiba waktu untuk anda
tidur.
Jaga pemakanan – Kurangkan atau jangan
ambil minuman berkafein atau beralkohol beberapa jam sebelum tidur kerana
biasanya kesan kafein atau alcohol akan mengambil masa berjam-jam untuk hilang
dan ini akan mengganggu waktu tidur anda. Juga, jangan tidur dalam keadaan
lapar atau terlalu kenyang. Rasa tidak selesa akibat lapar atau terlalu kenyang
akan menyebabkan anda sering terjaga.
Cipta ritual waktu tidur – Lakukan
perkara yang sama setiap kali ingin tidur. Contohnya membaca buku sebelum
tidur, mendengar muzik, atau boleh juga berangan sebelum tidur! Ini sebagai
peringatan kepada badan untuk berehat.
Bilik tidur yang selesa – Pastikan tilam,
bantal, cahaya lampu dan suasana dalam bilik tidur anda adalah selesa.
Hadkan tidur di waktu petang – Elakkan
tidur pada waktu petang. Jika terlalu mengantuk, cuba untuk tidur pada tempoh
yang sekejap iaitu selama 10-30 minit sahaja. Digalakkan untuk tidur beberapa
minit sebelum masuk waktu Zuhur bagi mengelakkan kita berasa mengantuk pada
sebelah petang.
Bersenam – Senaman secara berkala pada
sebelah petang boleh membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti kerana
apabila badan penat dan kehabisan tenaga, kita akan lebih mudah tidur. Namun,
elakkan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.
Pengurusan tekanan – Tekanan di tempat
kerja atau semasa belajar boleh mengganggu tidur seseorang sehingga boleh
membawa kepada mimpi akibat terlalu banyak berfikir. Jadi, cuba belajar untuk
menguruskan tekanan dan membahagikan masa dengan lebih teratur.
FB: Suraya Abdul Rasat
(boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat /
Bandar Segamat
No comments:
Post a Comment