Thursday, April 10, 2014

Surah Al-Fatihah dan maknanya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Ketika saya menulis blog ini, pesawat misteri MH370 masih belum ditemui lagi. Saya amat tertarik dengan cara pengurusan Media Prima seperti tv3 dan tv9 yang kerap menayangkan alunan bacaan surah al-Fatihah beserta maknanya sebagai selingan kepada rancangan televisyen yang lain sebagai tanda mengingati dan mendoakan semua penumpang dan krew pesawat malang ini.

Di sebalik kejadian kehilangan MH370, rupanya ada hikmah yang tersembunyi.

Dengan alunan bacaan surah tersebut, kanak-kanak kecil mudah untuk menghafal surah al-Fatihah. Dan bagi orang dewasa pula, pasti mudah untuk menghafal maksud bacaan surah tersebut.

Saya teringat pesan seorang ustazah semasa belajar di sekolah agama kerajaan Johor dulu. Ustazah cakap salah satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah mengingati maksud bacaan surah yang dibaca ketika solat. Memandangkan surah al-Fatihah adalah surah lazim yang wajib dibaca ketika solat, mari kita hayati maksud setip baris ayat tersebut.


 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam


ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Yang Menguasai hari pembalasan


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Kepada Engkau sahajalah yang kami sembah, dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus


صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْوَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat

Al-fatihah kepada semua penumpang-penumpang dan krew MH370 yang beragama Islam.


H/P: 019-7113601
SID no,: 1067703

COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Wednesday, April 09, 2014

Anak saya tak boleh nak telan Omega Guard.. Macam mana…???

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera…


Hari ni saya nak bagi sedikit tips cara untuk beri anak-anak makan Omega GuardShaklee secara sembunyi-sembunyi. Haha, dah macam nak bagi makan apa plak kan. Yela, ada sesetengah budak ni tak boleh nak telan omega guard tu sebab rasanya agak hanyir sikit. Tapi ada budak yang saya pernah jumpa, dia siap kunyah-kunyah lagi tablet omega guard tu macam makan gula-gula. Bila dah habis, minta lagi. Haha, macam-macam ragam je kan…



So bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang tak suka makan omega guard, bolehla cuba beberapa cara ni:-

% Campurkan ke dalam susu atau milo
% Masukkan ke dalam kuah sup. Tetapi pastikan ianya dimasukkan bukan semasa sup dipanaskan, sebaliknya setelah sup siap dimasak dan dibiarkan selama beberapa minit.
% Campurkan ke dalam rencah nasi goreng, mi goreng atau inti sandwich
% Untuk lebih best lagi, masukkan sedikit ke dalam ais krim atau puding kegemaran anak anda.

Nah, mudah je kan.

Nak campur tu bukan main masuk je tablet tu dalam makanan/minuman ye. Gunting atau cucuk dengan jarum, kemudian picit dan keluarkan minyak ikan tu dari dalam tablet. Then baru masukkan dalam makanan / minuman.

Ibu-ibu kena pandai la agak-agak kan nak letak banyak mana minyak ikan tu. Jika letak sebiji anak-anak dah boleh rasa lain, letak la sikit-sikit. Menu pagi letak separuh, petang letak lagi  separuh, malam plak letak lagi separuh.

Jadi ibu ni otak kena kreatif tau.



Ok, selamat mencuba..!!!


H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat


Friday, April 04, 2014

GOUT

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Mari kita bercerita tentang sakit gout. Gout ye, bukan goat. Goat tu kambing, haha…

Gout ni merupakan sejenis penyakit sendi. Bila cakap pasal sendi, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah tulang dan lendir-lendir atau pelincir yang menghubungkan antara tulang A dengan tulang B. Gout terjadi disebabkan oleh asid uric yang berlebihan di dalam tubuh badan dan berkumpul di bahagian sendi. Jika asid ini berkumpul di saluran air kencing, maka masalah batu karang pula yang akan timbul.



Penyakit ini mostly menyerang kaum lelaki dalam lingkungan umur 30-60 tahun.


Antara symptom-simptomnya ialah:-

ö Ibu jari kaki menjadi merah, panas dan bengkak
ö Selalunya berlaku secara tiba-tiba
ö Sendi yang diserang menjadi bias sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyakitkan
ö Jika tidak dirawat, sakit gout boleh berlarutan sehingga 1-2 minggu berterusan







Selain mendapatkan rawatan daripada doctor pakar, pesakit juga boleh mengamalkan set kesihatan Shaklee untuk mengatasi masalah gout. Set gout terdiri daripada Omega Guard, Alfalfa dan AJHT.

R Mengandungi omega 3 yang membantu melambatkan kehuasan tulang rawan dan sekaligus mengelakkan keradangan dan mengurangkan kesakitan pada sendi.

R Mengandungi ekstrak jagung yang bertindak sebagai kusyen kepada tulang rawan. Ekstrak jagung ini juga merupakan sumber utama yang membekalkan glukosamina yang berperanan dalam membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan pergerakan sendi.

R Pakar detoks, berperanan untuk menyingkirkan asid uric berlebihan keluar daripada tubuh badan melalui system perkumuhan.
Sakit gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengatasinya sepanjang masa. Kurangkan mengambil makanan seperti daging dan makanan laut. Banyakkan memakan sayur-sayuran.


Di bawah adalah contoh makanan yang perlu dielakkan:-

Q Organ dalaman haiwan seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
Q Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardine
Q Daging yang cincang
Q Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
Q Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 





Berminat untuk mendapatkan set gout Shaklee? Hubungi saya segera. Harga pasaran seperti di SINI.

Nak beli dengan harga yang jauh lebih murah? Mendaftarlah sebagai ahli. Yuran pendaftran serendah RM75.00 sahaja.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

FB: Suraya Abdul Rasat
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat                  


Wednesday, April 02, 2014

Harga Pasaran vs Harga Ahli... Jeng jeng jeng....

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Maklumlah, perasan sibuk dengan kerja-kerja kat ofis sampaikan terpaksa bawa balik rumah nak siapkan. Hari ni baru rasa lapang sikit, Alhamdulillah.

Harini dah masuk hari ke-2 bulan April. Start semalam, 1 April 2014, kami para Shaklee Distributor tak boleh lagi menjual barang-barangan Shaklee pada harga ahli kepada yang bukan ahli. Jadi, rugilah kalau tak jadi ahli kan sebab harga pasaran adalah lebih kurang 25% lebih tinggi daripada harga ahli.

Klik di SINI untuk tengok harga pasaran setiap produk Shaklee.

Dah tengok? Ha.. tinggi kan.

Selain tu, customer juga dah tak boleh walk-in ke mana-mana branch Shaklee dan membeli produk-produk Shaklee menggunakan ID pengedar. Part ni sedih sikit la sebab saya selalu minta tolong abang ipar belikan kat branch, boleh jimat duit postage and barang pun boleh dapat terus. Tak payah tunggu lama-lama untuk barang tu sampai. Tapi now kena beli sendiri thru online. Walaupun lagi mudah sebab online tapi saya sangat risau kalau delivery tu lambat. Harap-harap tak la kan, hihi…

So, kalau korang nakkan barangan Shaklee dengan harga ahli, haruslah berkorban sikit dengan menjadi ahli. Bayar sekali je tapi korang akan dapat benefit seumur hidup.


Boleh dapat bonus tunai, bonus kereta, percutian domestic dan luar negara, pergi buat umrah pun Shaklee taja tau. Tapi, kenala jadi ahli dan berusaha lebih untuk dapatkan point-point bagi melayakkan korang dapat bonus-bonus tu.

Tak reti nak berniaga? Jangan risau sebab kita ada group khas untuk membimbing ahli-ahli baru yang baru berjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan Shaklee ni. Saya pun dulu ‘zero’ juga tentang nak menjual-jual ni. Tapi dengan tunjuk ajar dari mentor, usaha, semangat dan keinginan untuk berjaya telah mengatasi segalanya.

Jika orang lain boleh, kenapa kita tidak. Yang penting adalah usaha dan doa. Cepat atau lambat, itu semua di luar bidang kuasa kita, sebab Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Wallahu’alam…

Sekian tazkirah dan nasihat untuk hari ini. Haha.. Jumpa lagi esok, insya-ALLAH.

Nak jadi ahli? Contact saya seperti di bawah:

H/P: 019-7113601
Email: sueriezababykids@gmail.com
SID no.: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Friday, March 28, 2014

Mangsa gam gajah :D

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Semalam saya telah menjadi mangsa kekejaman gam gajah super glue. Haha.. Nak tau kenapa? Macam ni ceritanya...

Saya nak lekatkan penyangkut kat dinding utk gantung jam dinding kat bilik saya ni. So saya gunalah gam gajah super ni glue ni. Ingatkan gam ni pekat, sekali saya picit je berderu cecair gam tu keluar. Kalut sekejap. Habis gam terkena jari-jemariku yang runcing ni. Ahaks..

Then saya pun cepat-cepat basuh kat sinki. Tapi malangnya gam tu tak nak hilang pulak. Masih melekat kat jari-jari. Dahla jenis waterproof, bila kenakan dengan air memang tak kena kulit la air tu. Tak tau pulak gam gajah ni begitu rupanya. Haha.. So terpaksala tunggu housemate balik bawakan thinner.

Sementara nak tunggu housemate balik tu saya pun mandi. Nak solat isyak pun tak boleh juga sebab tangan tak kena air, tak sah pulak wudhuk. Lepas siap mandi tiba-tiba terasa kulit muka seakan melecet dan pedih. Baru teringat masa mandi tadi saya basuh muka dengan tangan yang kasar dengan gam. Patutla muka saya melecet.

Jadi tanpa berlengah lagi saya pun buatla masker vitamin E dengan ESP. Sapu seluruh muka dan biar selama sejam. Sementara menunggu tu housemate saya pun balik. Tapi thinner tak ada pulak. Adui.. Macam mana ni.

Last-last saya gunakan minyak motor dia. Dapatla bersihkan sikit-sikit.

Lepas tu baru saya cuci muka yang penuh dengan masker ni. Wow, terasa lembut & lembap je kulit muka ni. Rasa sakit akibat melecet tadi dah tiada.

I love Shaklee.. ♥♥♥


FB: Suraya Abdul Rasat
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
Email: sueriezababykids@gmail.com
SID no.: 1067703

COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Thursday, March 27, 2014

Simpul Mengkarung

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Pernah dengar ‘simpul mengkarung’? Ada sesetengah orang panggil ‘simpul biawak’, termasuklah saya. Tapi mengkarung ke biawak ke tak kisahla, yang penting ianya menyakitkan. Adus….

Simpul biawak ni terjadi disebabkan oleh penguncupan otot dan ia biasanya berlaku ketika keadaan sejuk dan selalu terjadi di bahagian betis atau tapak kaki. Penguncupan atau kekejangan otot ini mudah berlaku bagi mereka yang kurang mendapat kalsium yang secukupnya dalam badan.


Jadi tidak hairanlah jika ia sering berlaku kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Kenapa? Kerana zat-zat kalsium dalam badan si ibu telah diserap oleh bayi dalam kandungannya. Jadi sebab itulah ibu-ibu yang mengandung sangat-sangat digalakkan untuk mengambil sumber kalsium yang mencukupi bukan saja untuk dirinya tapi juga untuk bayi dalam kandungannya itu.


Tips dan cara untuk melegakan/mengelak daripada terjadinya simpul biawak



§
 Tekan bahagian tengah tapak kaki dan urut perlahan-lahan

§ Regangkan kaki ke depan, kemudian tolak tumit ke depan supaya bahagian betis menjadi sedikit tegang. Buat perlahan-lahan.

§ Sapukan minyak atau lotion panas di tempat yang mengalami simpul biawak

§ Amalkan memakai stoking ketika tidur

§ Banyakkan minum air suam dan air susu untuk menambah kalsium dalam badan









Di Shaklee, vitamin yang sangat berkhasiat untuk mengurangkan gejala simpul biawak ini dalah OSTEMATRIX. Sebiji tablet ostematrix mengandungi 250mg kalsium dan kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari.

Kalsium tidak boleh dipisahkan dengan Vitamin D kerana tanpa Vitamin D, kalsium tidak mampu diserap dengan sebaiknya ke dalam tulang dan ini pastinya satu kerja yang sia-sia saja. Sebab itulah ostematrix dilengkapi dengan kandungan Vitamin D yang mencukupi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.


Bagi ibu-ibu mengandung dan mereka yang tidak gemarkan susu, ostematrix adalah penyelamat anda dari serangan simpul biawak atau masalah kereputan tulang.

Jadi, jom dapatkan ostematrix anda hari ini.


H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

Wednesday, March 26, 2014

Bagaimana cara untuk merangsang minda kanak-kanak

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak mereka hidup sihat dan aktif. Anak-anak adalah ibarat kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkan warnanya. Sesuai dengan kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu dalam perkembangan minda anak-anak sejak mereka masih kecil lagi.

Berikut saya kongsikan beberapa tips dan cara untuk merangsang minda dan perkembangan otak anak-anak berumur 1-5 tahun kerana pada peringkat umur inilah minda anak-anak mula berkembang.

© Bermain dengan warna – Galakkan anak anda bermain dengan alat-alat permainan yang berwarna-warni dan terang. Contohnya,getah rambut atau mangkuk plastic yang kecil.

Wooden wire beads
© Bermain dengan muzik – Anda boleh menggunakan youtube untuk mendapatkan lagu-lagu kanak-kanak yang ceria dan galakkan mereka untuk mengikut langkah tarian dalam video tersebut. Contohnya seperti senaman Tommy. Qasidah juga boleh dipraktikkan!

© Melukis – Untuk memulakan lukisan, otak anak anda akan automatic berfikir untuk melukis apa dan bagaimana untuk melukis apa yang difikirkannya. Proses ini sangat membantu mereka untuk berfikir, berkreativiti dan menjana idea-idea baru dalam bentuk lukisan. Biarpun pada mula-mulanya lukisan itu hanyalah satu garisan panjang atau bengkang-bengkok, tapi lama-kelamaan garisan panjang dan bengkang-bengkok itulah yang akan menghasilkan satu idea yang mungkin kita sendiri tidak penah terfikirkannya.

© Bahan bacaan bergambar dan berwarna-warni – Bahan bacaan seperti buku cerita bergambar akan menggalakkan anak anda untuk berfikir dan memadankan cerita dengan gambar.



© Pemakanan yang sihat – Berikan anak anda menu makanan yang berkhasiat dan sihat serta mengandungi DHA dan EPA yang sangat baik untuk perkembangan otak si manja. Jika anak anda kurang berselera untuk makan makanan ruji, berikan mereka makanan sampingan tambahan yang boleh dijadikan sebagai pengganti kepada zat-zat yang tidak lengkap, seperti Omega Guard Shaklee.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

Jawapannya ada di SINI dan SINI.

Selamat membaca.!!


H/P: 019-7113601
SID number: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat