Assalamualaikum
& Selamat Sejahtera
Ketika
saya menulis blog ini, pesawat misteri MH370 masih belum ditemui lagi. Saya amat tertarik dengan cara pengurusan Media Prima seperti tv3 dan tv9 yang kerap
menayangkan alunan bacaan surah al-Fatihah beserta maknanya sebagai selingan
kepada rancangan televisyen yang lain sebagai tanda mengingati dan mendoakan semua penumpang dan krew pesawat malang ini.
Di
sebalik kejadian kehilangan MH370, rupanya ada hikmah yang tersembunyi.
Dengan
alunan bacaan surah tersebut, kanak-kanak kecil mudah untuk menghafal surah
al-Fatihah. Dan bagi orang dewasa pula, pasti mudah untuk menghafal maksud
bacaan surah tersebut.
Saya
teringat pesan seorang ustazah semasa belajar di sekolah agama kerajaan Johor
dulu. Ustazah cakap salah satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah mengingati
maksud bacaan surah yang dibaca ketika solat. Memandangkan surah al-Fatihah
adalah surah lazim yang wajib dibaca ketika solat, mari kita hayati maksud
setip baris ayat tersebut.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Pujian
bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Yang
Menguasai hari pembalasan
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Kepada
Engkau sahajalah yang kami sembah, dan kepada Engkau sahajalah kami memohon
pertolongan
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْوَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Iaitu
jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan
orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat
Al-fatihah
kepada semua penumpang-penumpang dan krew MH370 yang beragama Islam.
FB
page: Suerieza BabyKids
H/P:
019-7113601
Email:
sueriezababykids@gmail.com
SID
no,: 1067703
COD
area: Bandar Segamat / Batu Pahat
No comments:
Post a Comment