Wednesday, April 09, 2014

Anak saya tak boleh nak telan Omega Guard.. Macam mana…???

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera…


Hari ni saya nak bagi sedikit tips cara untuk beri anak-anak makan Omega GuardShaklee secara sembunyi-sembunyi. Haha, dah macam nak bagi makan apa plak kan. Yela, ada sesetengah budak ni tak boleh nak telan omega guard tu sebab rasanya agak hanyir sikit. Tapi ada budak yang saya pernah jumpa, dia siap kunyah-kunyah lagi tablet omega guard tu macam makan gula-gula. Bila dah habis, minta lagi. Haha, macam-macam ragam je kan…



So bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang tak suka makan omega guard, bolehla cuba beberapa cara ni:-

% Campurkan ke dalam susu atau milo
% Masukkan ke dalam kuah sup. Tetapi pastikan ianya dimasukkan bukan semasa sup dipanaskan, sebaliknya setelah sup siap dimasak dan dibiarkan selama beberapa minit.
% Campurkan ke dalam rencah nasi goreng, mi goreng atau inti sandwich
% Untuk lebih best lagi, masukkan sedikit ke dalam ais krim atau puding kegemaran anak anda.

Nah, mudah je kan.

Nak campur tu bukan main masuk je tablet tu dalam makanan/minuman ye. Gunting atau cucuk dengan jarum, kemudian picit dan keluarkan minyak ikan tu dari dalam tablet. Then baru masukkan dalam makanan / minuman.

Ibu-ibu kena pandai la agak-agak kan nak letak banyak mana minyak ikan tu. Jika letak sebiji anak-anak dah boleh rasa lain, letak la sikit-sikit. Menu pagi letak separuh, petang letak lagi  separuh, malam plak letak lagi separuh.

Jadi ibu ni otak kena kreatif tau.



Ok, selamat mencuba..!!!


H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat


No comments:

Post a Comment