Saturday, January 25, 2014

MEREKA YANG TAK SUKA MAKAN BUAH OREN MESTI BACA..!!!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.. 

Buah oren, buah yang sangat kaya dengan Vitamin C. Sesetengah orang tak suka makan buah oren sebab rasanya agak masam-masam manis. Bagi yang suka makan pula, adakah anda telah mendapat zat Vitamin C yang secukupnya setiap kali anda makan buah oren? Jawapannya, TIDAK.

Tahu tak, setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-67mg Vitamin C. Vitamin C yang lengkap terhasil dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang lebih sedikit berbanding yang telah ranum. Namun begitu, kandungan Vitamin C pada buah yang telah ranum pula akan berkurangan kepada separuh apabila ia dipetik dan ia juga akan termusnah apabila terdedah kepada kepanasan.



Jadi, bagi memastikan tubuh kita mendapat Vitamin C yang secukupnya, seharusnya kita mengambil Vitamin C tambahan sebagai pelengkap kepada keperluan tubuh kita.

Bila bercakap tentang Vitamin C, pilihan saya tentulah Sustained Release Vita-C Plus with Citrus Bioflavonoids dari Shaklee.



KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE

Sustained Release atau dalam bahasa melayunya bermaksud ‘pelepasan masa’ adalah proses di mana Vitamin C diformulakan agar ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam tubuh badan kita mengikut keperluan tubuh. Disebabkan Vitamin C ini adalah vitamin yang mudah larut dalam air, maka sifat ‘sustained release’ adalah sangat penting kerana tanpa sifat ‘sustained release’ ini, vitamin C akan dilepaskan ke dalam urine dalam masa 2-3 jam saja dan ia tidak dapat diserap oleh tubuh badan dengan sepenuhnya. Jadi, tiadalah gunanya kita mengambil Vitamin C tersebut jika khasiatnya tidak diperolehi.

Satu tablet Sustained Release Vita-C Plus Shaklee membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan dengan 7 ½ biji oren...!! 


Mengandungi ‘Bioflavonoids’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg. Bioflavonoids berfungsi untuk meningkatkan tahap keberkesanan Vitamin C.


KHASIAT VITAMIN C SHAKLEE

Bekerjasama dengan bioflovonoids untuk membantu mengekalkan dinding kapilari bagi mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Menggalakkan kelancaran peredaran darah
Menguatkan sel-sel tisu dalam badan
Membantu memulihkan sel-sel kulit yang luka dan berjerawat
Berperanan menghasilkan kolagen dalam badan yang dapat mencegah penuaan awal. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Memperbaiki symptom pendarahan seperti gusi berdarah, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik (berguna untuk merawat anemia)
Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun dalam badan
Mengurangkan simptom selsema seperti hidung bengkak
Mengandungi anti-oksidan yang berupaya meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


Banyak betul khasiat Vitamin C ni kan.. Jadi samada anda suka atau tidak makan buah oren, anda perlu mengambil Vitamin C tambahan bagi menampung keperluan Vitamin C dalam badan anda.

Perlu diingat, Vitamin C yang terbaik tentunya Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee..!!


Testimoni pengguna-pengguna Set Migrain Shaklee

  



























Berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee? Hubungi saya segera.

180 tablets yang tahan sehingga 3-6 bulan..!! Jimat kan... Harganya pasti berbaloi dan termurah..



FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Friday, January 24, 2014

Berapa kerap anda menghantuk kepala di dinding..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Soalan cepu cemas... Dalam seminggu, berapa kali anda rasa nak hantuk kepala kat dinding? Seminggu sekali? Dua tiga hari sekali? Atau hari-hari? Jika dua tiga hari sekali ataupun hari-hari, anda adalah penderita migraine TEGAR. Dan jika seminggu sekali pula, anda adalah penderita migraine yang agak kronik. Tapi tak kisahlah seminggu sekali ke, dua tiga hari sekali ke, anda perlu mendapatkan rawatan sebelum ianya bertambah teruk dan mengganggu mental, emosi dan aura dalam diri anda.

Migrain: Sakit kepala sebelah

Migrain juga dipanggil sebagai sakit kepala sebelah. Perkataan Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache.


APAKAH PUNCA BERLAKUNYA MIGRAIN?

Secara sainsnya, migraine terjadi disebabkan oleh saluran darah di bahagian kepala yang mengembang dan mengecut dengan cepat dan tidak selari. Apabila proses pengecutan dan pengembangan saluran darah tidak seimbang, proses pengaliran udara ke bahagian otak tidak dapat dilakukan secara sempurna. Atau dalam bahasa mudahnya, oksigen tidak sampai ke kepala. Maka berlakulah pembengkakan yang menyebabkan migraine.

Kenapa saluran darah tidak seimbang?

Ada beberapa factor yang menyebabkan proses pengecutan dan pengembangan saluran darah tidak seimbang.

Faktor pemakanan
Mengambil makan yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang bertindak mengembangkan salur darah seperti MSG (monosodium glutamate), cheese, nitrate dan alcohol.
Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah
Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual
Kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, nescafe, coke, pepsi dan minuman-minuman bergas.

Faktor hormone
Turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine. Sebab itu kebanyakan penghidap migraine adalah wanita...!!

Faktor cara hidup
Waktu tidur yang tidak menentu; terlebih atau terkurang tidur
Perubahan cuaca
Menonton tv atau menghadap computer terlalu lama
Stress dan tekanan emosi
Kerap merokok


Salah satu kaedah rawatan migraine yang pernah saya dengar adalah dengan memperbetulkan cara mandian kita hari-hari. Setiap kali hendak mandi, mulakan dengan membasuh bahagian kaki dahulu selama beberapa minit. Anda akan dapat rasakan haba panas dari dalam tubuh anda mengalir keluar ke atas dari bahagian kaki, badan dan seterusnya ke kepala. Haba panas ini akan keluar dari badan melalui ubun-ubun kepala kita. Selepas itu, barulah basahkan badan dan kepala dan mandilah seperti biasa.

Ini adalah amalan orang-orang tua dahulu kala yang sehingga kini masih saya amalkan.

Di samping mengamalkan petua mandian ini, anda juga boleh memilih alternatif moden dengan pengambilan supplement semulajadi bagi mengatasi masalah migraine ini. Dan supplement semulajadi yang terbaik adalah dari Shaklee.





















Pentingnya pengambilan supplement semulajadi ini berbanding ubat-ubatan dari klinik atau hospital adalah kerana ubat-ubatan telah diketahui mengandungi pelbagai jenis dadah di dalamnya. Manakala supplement semulajadi Shaklee pula dihasilkan daripada ekstrak makanan- makanan yang mengandungi nutrient dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan badan.


Mari kita tengok bagaimana supplement-supplement Shaklee membantu anda mengatasi masalah migraine.

þ Kaya dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D.
þ Kalsium – membantu pertumbuhan tulang dan gigi, membantu menetapkan ritma jantung pada kadar yang normal
þ Magnesium – penting untuk memastikan kalsium diserap dengan baik ke dalam tulang, membantu dalam pengecutan otot, melancarkan peredaran saraf dan membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang
þ Vitamin D – tanpa Vitamin D, kalsium tidak boleh diserap oleh tubuh dan ia boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit batu karang.

                                                                   
þ Mengandungi 8 jenis Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.
þ Vitamin B6 – penting dalam penghasilan asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan boleh menyebabkan depresi dan migrain),  mengurangkan senggugut, dan menenangkan emosi akibat migraine
þ Vitamin B2 – membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
þ Asid folik – membantu mengurangkan stress

Vitamin C
þ Berperanan dalam pengeluaran hormone anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun). Kekurangan vitamin C akan menyebabkan sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
þ Menjaga salur darah agar tidak mudah pecah
þ Mencegah pengerasan salur darah
  

Testimoni pengguna-pengguna Set Migrain Shaklee










Ingin menjadi salah seorang daripada mereka..?? Jom cuba set migraine Shaklee hari ini. Insya-Allah, hidup anda pasti berubah 360° dan anda akan kembali ceria bersama insan-insan yang anda sayangi.

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan harga yang tebaik. 


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, January 23, 2014

Don't skip your meal

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Kita dah memasuki tahun baru 1435H / 2014M. Lebih kurang 6 bulan lagi kita akan menyambut bulan puasa, bulan Ramadhan yang mulia. Sudah bersediakah? Puasa tahun lepas dah habis ganti? Tak perlu tanya orang lain, saya sendiri pun belum ganti. Hehe..

Bila sebut pasal puasa pasti isu gastric akan timbul. Macam aur dengan tebing plak. Tapi, gastric bukan saja berlaku di bulan puasa je, hari-hari biasa pun boleh berlaku gastric. Sebabnya, waktu pemakanan seharian tak dijaga dengan sebaiknya.

Untuk pengetahuan pembaca semua, dalam perut kita ni terdapat satu kelenjar yang berfungsi untuk merembeskan atau mengeluarkan asid perut bagi membantu proses pencernaan. Asid perut ni bersifat menghakis. Kehadiran mucus atau cecair bikarbonat berfungsi untuk menyeimbangkan paras keasidan dalam perut. Apabila cecair atau mucus itu berkurangan, atau berlaku ketidakseimbangan antara jumlah mucus dan jumlah asid perut, maka berlakulah sakit gastric.



TANDA-TANDA SAKIT GASTRIK MENYERANG

L Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
L Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam) seperti cuka dan jeruk, makanan pedas dan minuman beralkohol atau bergas. 
L Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
L Mual. 
L Muntah. 
L Hilang selera dan terasa sebu. 
L Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit. 
L Hilang berat badan.
L Pedih ulu hati.
L Najis kehitaman atau berwarna gelap


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ANDA MERAWAT GASTRIK

Disebabkan gastric ini melibatkan asid, jadi kita perlu mengatasinya dengan mengambil lebih makanan beralkali. Dalam Shaklee, supplement yang sesuai bagi mengatasi gastric adalah ESP, Peppermint Ginger Plus dan Ostematrix. Bagi yang mempunyai bajet lebih, bolehlah menambah B-Complex untuk mengoptimumkan kesan dan memberi kelegaan kepada perut.




ESP
ESP merupakan sumber protein yang dihasilkan daripada kacang soya. Kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Jadi, ia dapat membantu meneutralkan tahap keasidan di dalam perut. Di samping itu, 20 jenis zat asid amino yang terkandung dalam ESP juga sangat membantu dalam pertumbuhan sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid perut.

Ostematrix
Kalsium adalah bersifat alkali yang boleh membantu meneutralkan tahap keasidan dalam perut. Jadi, untuk meredakan gastric kita digalakkan minum susu kerana susu adalah minuman yang kaya dengan kalsium. Bagi yang tak minum susu, ambillah ostematrix kerana ia juga kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D bagi membantu meneutralkan asid dalam perut. Sebiji ostematrix adalah bersamaan dengan segelas susu yang tinggi kandungan kalsiumnya.

Peppermint Ginger Plus
Mengandungi bahan-bahan seperti halia, herba asli pudina, jintan hitam dan jintan manis yang memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan dalam perut. Ia juga dapat membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan secara semulajadi.

B-Complex
Melegakan stress dan kesakitan. Penghidap gastrik selalunya akan  bergantung kepada ubat penahan sakit (pain killer). Seperti yang kita semua tahu, pain killer mengandungi dadah bagi membantu pesakit menahan rasa sakit. Semakin teruk sakit gastric anda, semakin banyak dos pain killer (dadah) yang perlu diambil untuk menahan rasa sakit tersebut. Anda nak makan dadah..??



Tunggu dulu. Anda masih memandang ringan dengan masalah gastric ni?

Tahu tak, jika masalah gastrik ini dibiarkan berlarutan, dinding-dinding perut akan terhakis dan lama-kelamaan akan menyebabkan berlakunya ulser dan kanser perut.

Ha, ulser mulut pun dah sakit, apatah lagi ulser di perut. Cuba baca pengalaman pesakit gastric ni.



Jadi, masih mau ambil ringan dengan gastric?

Cepat bertindak sebelum terlambat. Hubungi saya untuk mendapatkan supplement Shaklee bagi mengatasi masalah gastric anda sekarang..!! Jangan nanti nak kena operate baru nak menyesal.


Testimoni pengguna-pengguna Set Gastrik Shaklee












FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Wednesday, January 22, 2014

Koleksi doa dan amalan-amalan untuk anak

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Entry untuk hari ni simple saja. Saya nak kongsikan beberapa tips dan doa amalan untuk anak-anak kesayangan kita.

Dipetik daripada Dr. Muhaya, 10 doa dan amalan yang boleh ibubapa amalkan dalam mendidik anak-anak.


1. Sekiranya tiba-tiba kita teringatkan anak kita, kirimkan bacaan Al-Fatihah kepada mereka. Sampai pada ayat "iyyakana'budu waiyyakanastain" yang ertinya "Hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya kepada-MU kami memohon pertolongan..", mintalah apa-apa saja hajat pada masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu. Kemudian habiskan bacaan surah Al Fatihah tadi dan doakanlah semoga anak kita itu diberi kefahaman yang sebenar-benarnya dalam urusan agamanya dan memiliki ilmu yang bermanfaat. Kemudian serahkanlah urusan anak kita kepada Allah untuk menjaganya (tawakkal). Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik penjaga.






2. Sesekali pandanglah wajah anak anda semasa mereka sedang tidur dan katakan kepada mereka, "ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!". Menurut kata seorang ustaz, perbuatan bercakap dengan mereka yang sedang tidur bermakna kita bercakap dengan rohnya. Dan ucapan ini adalah satu DOA. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi maha melihat.






3. Amalkan bangun solat malam dan solatlah hajat disisi anak anda. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan berdekatan dengannya. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu anak kita yang kita sering doakan dia, maka dia akan merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki antara dia dan ibunya. Amalan ini akan memberi kesedaran kepada anak bahawa kita sebagai ibu amat-amat menyayangi mereka tanpa berbelah bagi dan ingin mereka menjadi anak yang soleh/solehah. 

Doa agar anak berakhlak mulia dan menghormati orang tua




4. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak menjadi anak yang soleh bermakna dia tidak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti. Jadi, kita juga sebagai anak, haruslah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa kita ye.






5. Peluk anak selalu sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya walaupun dia kini sudah besar. Sambil peluk, bisikkan kepadanya bahawa kita bangga mempunyai anak sepertinya. Aura pelukan, ciuman dan belaian daripada ibu berupaya melembutkan hati anak. 


6. Sentiasa memaafkan anak walaupun perbuatan mereka amat melukakan hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesilapan yang anak kita lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita terhadap ibu bapa kita pada masa lampau.






7. Jangan sesekali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak-anak kita. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Tak salah untuk ibubapa meminta maaf kepada anak-anak. Selepas itu mengakulah bahawa itu adalah kelemahan kita dan kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud kita membenci mereka.






8. Amalkan membaca ayat ke-40 surah Ibrahim supaya kita, anak-anak kita dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.









9. Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada berpelajaran tinggi, berpangkat dan berharta mewah sekiranya tidak mempunyai keperibadian yang mulia di sisi Allah. Allah tidak akan memandang wajah yang cantik tetapi hanya memandang hati yang cantik. Jika Allah tak sayang, maka manusia lagi tak suka.



10. Semasa membasuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama anak) untuk faham dan taat perintah agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi". Kenapa kita nak anak kita faham dan taat perintah agama? Kerana anak yang tidak faham dan tidak taat perintah agama boleh menyebabkan ibubapanya juga ke neraka. Basuh beras mengikut lawan jam (macam org tawaf) sambil berselawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Semasa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingatlah kepada Allah selalu. Boleh amalkan bacaan doa pelembut hati anak (rujuk amalan ke-4).

Itu saja perkongsian untuk hari ini. Diharap ianya memberi manfaat kepada semua ibubapa di luar sana.



FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
Email: sueriezababykids@gmail.com
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat