Wednesday, February 05, 2014

Kenapa pesakit SLE tidak boleh consume ALFALFA?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Entry hari ini dibuat atas sebab kawan-kawan saya sering bertanyakan tentang apa itu penyakit SLE dan kenapa penghidap SLE tak boleh consume Alfalfa.

Oh, saya bukan doctor, tapi saya perlu tahu serba sedikit tentang kesihatan dan penyakit-penyakit zaman sekarang supaya tak tersalah consult pencadangan vitamin kepada customer-customer saya.

Okey, untuk pengetahun semua, SLE adalah sejenis penyakit ‘autoimmune’ di mana tubuh pesakit akan menghasilkan protein darah atau antibody dengan banyaknya sehingga menyebabkan system pertahanan dalam badan menjadi bercelaru. Kemudian, antibody ini akan bertindakbalas terhadap tisu dalam tubuhnya sendiri. Keadaan ini boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.


Dianggarkan lebih kurang 90% mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10% yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.


Gejala-gejala SLE?

Butterfly rash
Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, ia boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. 

Ciri-ciri penyakit ialah:

þ Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
þ Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
þ Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
þ Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
þ Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
þ Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
þ Sawan, strok dan gangguan mental
þ Risiko untuk mendapat darah beku
þ Kerap keguguran bayi
þ Darah atau protein dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
þ Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


Boleh baca lanjut tentang SLE di SINI.


Oleh kerana penghidap SLE mempunyai bilangan darah merah yang rendah dan tahap kepekatan darah yang tinggi, maka penghidap SLE tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin K kerana vitamin K akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan mudah membeku. Akhirnya boleh menyebabkan stroke.

Alfalfa Shaklee mengandungi Vitamin K yang sangat tinggi. Jadi, sebab itulah Alfalfa sangat tidak digalakkan oleh penghidap SLE.

Kesimpulannya, sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan, pastikan anda tahu tahap kesihatan anda sendiri dan dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu.



FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Tuesday, February 04, 2014

Rambut gugur...!!!???

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Sering kita dengar, rambut adalah mahkota wanita. Maka disebabkan ianya mahkota lah kita kena jaga rambut kita daripada sebarang masalah seperti gugur dan kelemumur.

Ibu-ibu yang baru lepas melahirkan memang sinonim dengan masalah rambut gugur ni. Bila sekali sikat, segumpal rambut terselit di celah-celah gigi sikat. Itu baru yang disikat, belum kira lagi yang gugur masa mandi. Ish.. ish.. ish.. Ni kalau dibiarkan, lama-lama boleh jadi botak..!! Korang nak ke botak? 


Kenapa ibu-ibu yang baru bersalin kerap mengalami masalah keguguran?

Kerana perubahan hormone dalam darah si ibu menyebabkan urat rambut menjadi lemah. Maka secara puratanya, si ibu akan kehilangan sebanyak 50-100 urat rambut sehari.

Jadi, bagaimana cara nak mengatasi masalah keguguran rambut?

Mudah saja. Rawat akar rambut dari dalam dengan mengambil nutrisi-nutrisi penting untuk rambut seperti protein, zinc dan vitamin-vitamin lain. Semua nutrisi-nutrisi yang diperlukan ini terkandung dalam ESP Shaklee, Zinc Complex dan Vita-lea.


 v ESP – dihasilkan daripada kacang soya yg diproses pd kadar suhu yg rendah (non-GMO soy protein). Ia mengandungi 22 jenis asid amino yang rendah lemak dan bebas kolesterol. Bersifat original kerana tidak mengandungi perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.

v Zinc Complex - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel-sel rambut.

v Vita-lea - multivitamin yang diselaputi oleh spirulina yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama serta lengkap dengan iron formula.
  
Selain daripada mengamalkan vitamin-vitamin di atas, bertukarlah kepada syampoo yang mengandungi lebih bahan organic berbanding bahan kimia iaitu Revitalising Syampoo.

" Ia mengandungi humektan yang bertindak melicinkan kutikel rambut
" Membantu melebatkan rambut
" Menyegarkan kulit kepala


Testimoni pengguna-pengguna Set Keguguran Rambut Shaklee








Berminat untuk mendapatkannya? Jangan malu jangan segan, hubungi saya segera. Insya-Allah saya akan membantu.

Jangan biarkan mahkota anda MUSNAH...!!!



FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Monday, February 03, 2014

Kebaikan Zinc Complex Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Zinc adalah nutrient asas yang memainkan peranan dalam menguatkan system imun, penyembuhan luka, perkembangan deria bau dan deria rasa. Disebabkan itulah, ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan anak amat digalakkan untuk mengambil lebih zinc dalam badan.


Walau bagaimanapun, tubuh badan kita tidak mampu menghasilkan zinc. Maka, kita perlu mendapatkan ia dari sumber-sumber makanan yang kita makan seperti makanan laut, brokoli dan daging atau dari sumber vitamin tambahan.

Ya, Zinc Complex dari Shaklee pastinya yang terbaik.

Mengapa saya katakan Zinc Complex Shaklee adalah terbaik? Kerana ia dihasilkan daripada sumber semulajadi, tanpa perasa, pewarna dan pengawet tiruan.




Khasiat dan kebaikan Zinc Complex Shaklee

þ Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.


þ Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
þ Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
þ Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
þ Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
þ Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
þ Kelesuan kronik
þ Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
þ Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
þ Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
þ Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
þ Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
þ Rabun malam


Jumlah Kandungan Zinc Yang Diperlukan Setiap Hari Mengikut Umur

Bayi 0-6 bulan
2 mg
Bayi 7–12 bulan
3 mg
Kanak-kanak 1-3 tahun
3 mg
Kanak-kanak 4-8 tahun
5 mg
Kanak-kanak 9-13 tahun
8 mg
Remaja lelaki 14-18 tahun
11 mg
Remaja perempuan 14-18 tahun
9 mg
Dewasa lelaki
11 mg
Dewasa perempuan
8 mg
Remaja perempuan yang mengandung
12 mg
Perempuan dewasa yang mengandung
11 mg
Remaja perempuan yang sedang menyusukan anak
13 mg
Perempuan dewasa yang menyusukan anak
12 mg

Anda tergolong dalam kumpulan yang mana?



Jom kita tengok apa kata mereka yang telah mencuba Zinc Complex Shaklee 





Berminat? Ingin mendapatkan Zinc Shaklee pada harga murah? SMS/whatsapp saya segera. Khidmat nasihat adalah PERCUMA kepada setiap pelanggan saya.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Sunday, February 02, 2014

40 jenis lauk sehari.. Ada berani?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Sering tidak bermaya, kerap pengsan dan badan terlalu kurus? Anda sebenarnya mengalami tekanan darah rendah dan kekurangan zat dan vitamin dalam badan.

Untuk mendapat zat yang secukupnya, anda perlu mengambil lebih kurang 40 jenis lauk yang lengkap dengan protein, vitamin A, B, C, D, E dan sebagainya. Wow, larat ke nak makan 40 jenis lauk? Tentu tak larat kan...


 Jadi, anda perlukan VITA-LEA, tablet hijau yang mengandungi multivitamin yang diselaputi oleh spirulina yang membekalkan hampir 100% nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama serta lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi membantu mengawal tekanan darah yang normal. Kekurangan iron akan menyebabkan badan keletihan dan mudah pitam.


 Berbanding multivitamin yang berada di pasaran, Vita-lea mengandungi:-

2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun yang berpunca daripada radikal bebas
2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
| 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga


Dengan kandungan multivitaminnya, Vita-lea boleh dikatakan sebagai vitamin yang sangat penting bagi memastikan kesihatan tubuh kita berada pada tahap optimum.

Ia sangat larut dalam air. Jadi, tak perlu risau bila melihat saiz tabletnya yang besar kerana ia akan hancur dan larut dalam badan kita dalam masa kurang dari 5 minit!

Jom tengok videonya di sini: http://vimeo.com/63032744 (credit to www.vitamin4kesihatan.com)


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITA-LEA?

v Mereka yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan
v Ibu-ibu mengandung – untuk mengawal tekanan darah rendah 



v Mereka yang terlalu kurus akibat kekurangan zat makanan
v Mereka yang sering pitam dan tidak bermaya
v Mereka yang sedang berdiet – bagi membekalkan tenaga dan zat-zat yang tidak diperolehi akibat diet yang tidak seimbang

Jika anda salah seorang daripada yang di atas, segeralah hubungi saya dapatkan Vita-lea Shaklee anda hari ini.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Saturday, February 01, 2014

Menu makanan semasa berpantang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..


Tempoh berpantang adalah satu tempoh yang agak menyeksakan jiwa dan raga si ibu sebab kebanyakan makanan yang menjadi ruji makanan harian mereka tidak dibenarkan untuk dimakan.

Makanan pedas tak boleh, makanan berlemak tak boleh, makanan yang berangin seperti keledek pun tak boleh. Jadi, kalau dah semua tak boleh, nak makan apa?

Haha.. Ok so hari ni saya akan ceritakan serba sedikit bahan-bahan makanan yang boleh dimakan ketika berpantang.


Ikan tenggiri, salmon, tuna, kekacang walnut, telur, minyak ikan 
Salmon grill :)
r mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin
r memperbaiki fungsi otak
r membantu membina system saraf bayi

Produk tenusu yang rendah lemak
r membekalkan vitamin B, vitamin D dan protein

Daging tanpa lemak, hati, daging kambing, kerang, tiram, biji bunga matahari, kekacang
r sumber penting untuk zat besi (zat besi adalah komponen penting dalam pembentukan sel darah merah)
r membekalkan tenaga

Buah-buahan
r tidak semua buah boleh diambil ketika berpantang
r buah yang mempunyai warna yang terang seperti anggur, betik dan blueberries sangat baik kerana mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi
r buah oren – mengandungi vitamin C yang sangat tinggi dan baik untuk kulit

Sayur-sayuran (brokoli dan bayam)
r mengandungi kandungan vitamin A yang sangat tinggi dan penting untuk kesihatan mata dan kulit
r mengandungi anti-oksidan dan serat makanan yang tinggi bagi mengelakkan masalah sembelit

Air suam
r pilihan terbaik adalah air suling atau bertapis
r air yang cukup boleh mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan) dan mencegah kehilangan tenaga
r kekurangan air juga boleh mengganggu pelbagai fungsi fisiologi tubuh


Anda sudah bersedia untuk melalui tempoh berpantang? Jangan risau atau takut, Set Bersalin Shaklee pasti dapat membantu anda melalui hari-hari berliku ini dengan tenang, ceria dan bertenaga.


Jom berpantang bersama Shaklee...!!!



FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat