Saturday, January 11, 2014

Rahsia Lecithin Terbongkar...!!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera           

Pengguna-pengguna tegar produk Shaklee pasti dah biasa dengar tentang Lecithin kan.. So, bagi yang baru berjinak-jinak dengan Shaklee dan belum pernah dengar tentang kehebatan dan keheroan Lecithin ni, meh sy nak story telling sikit.


Lecithin adalah nutrient yang boleh ditemui dalam semua jenis haiwan dan tumbuhan seperti kacang soya, kuning telur, kobis dan kacang hijau. Soy Lecithin Shaklee pula dihasilkan daripada sumber soybean iaitu sumber yang paling tinggi dalam peratusan bebas kolesterol. Setiap kapsulnya mengandungi 520mg soybean, 80mg kolina dan 48mg inositol.

Lecithin bertindak sebagai ‘excellent emulsifier’ iaitu dalam bahasa mudahnya ia bersifat melekat pada lemak. Melekat pada lemak..?? Cmane tu? Jom tengok demo kat bawah ni.


Gambar bahagian atas: Bahan-bahan yg diperlukan adalah sebiji lecithin Shaklee, segelas air, dan minyak masak

Gambar bahagian tengah: Minyak masak dimasukkan ke dalam segelas air dan dikacau. Minyak tetap terasing dan berada di atas permukaan air.

Gambar bahagian bawah: Lecithin dipecahkan dan dimasukkan ke dalam campuran air dan minyak tadi. Kemudian dikacau. Hasilnya, kelihatan minyak tadi larut bersama air.

Kesimpulan: Lecithin bertindak memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Apabila lemak telah dipecahkan, maka mudahlah kerja-kerja pembuangan lemak dijalankan oleh En Alfalfa..


Ha, Nampak tak macam mana lecithin Shaklee berfungsi? Best kan?

Selain membakar dan memecahkan lemak-lemak degil, terdapat banyak lagi khasiat dan keistimewaan Lecithin Shaklee. Jom kita baca satu persatu.


KHASIAT LECITHIN

Bertindak sebagai pembersih salur darah. Lemak-lemak yang melekat pada salur darah akan diemulsikan dan kadar kolesterol akan automatic dapat diturunkan. Sebab tu ia dapat membantu mengatasi high blood pressure, stroke, dan heart disease.

Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang bersifat larut dalam lemak dengan lebih berkesan

Menghalang enapan lemak pada hati

Soya lecithin yg terdapat dalam lecithin Shaklee membantu membentuk membrane sel, melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih cantik, gebu dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

Sifatnya yang mengemulsi kolesterol boleh menghalang pembentukan batu karang.

Membantu memperbaiki tekanan darah tinggi. Ia menghalang penebalan pembuluh darah dan melancarkan peredaran darah

Berperanan dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Jika lecithin tidak cukup, membrane sel akan mengeras dan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting.

Lecithin membantu meningkatkan system imunisasi dengan membalut sel darah merah kita daripada serangan bacteria dan virus.

Makanan kepada otak dan saraf. Ia membantu mecegah penyakit nyanyuk. Pakar pemakanan juga menyarankan kita mengambil 7000mg lecithin bg memulihkan system ingatan.


Nah, banyak kan khasiat Lecithin Shaklee ni. Sungguh tak rugi untuk dicuba. Tak de lemak, badan pun sihat


Seperti biasa, mari kita tengok apa kata mereka yang telah mencuba lecithin ni.











Berminat? Hubungi sy utk maklumat lanjut.

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat








Friday, January 10, 2014

10 Cara Minum ESP

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera           

Ramai customer yg tanya sy macam mana cara nak minum ESP ni. Rasanya ramai lagi yang tak tau bahawa ESP ni tak boleh diminum atau dicampur dengan air atau minyak panas. Ha, nak tau kenapa..? Baca kat SINI. Juga tak boleh dicampur dengan bahan-bahan berasid seperti limau kasturi dan limau nipis.

Dah baca dah? Ok, bagus.. So lepas ni jangan campur dengan air atau minyak panas ye..

Kat bawah ni sy ada senaraikan serba sedikit pelbagai cara utk minum ESP.

ESP + Milo: ni yg paling femes skali & ramai yg suka

ESP dan milo
ESP + air suam: Sy suka cara simple ni. Biasanya saya letak 1 ½ sudu ESP dicampur dengan air masak ¾ cawan. Kemudian kacau bagi ESP larut sepenuhnya takde ketul-ketul. Dah larut semua baru letak air panas ¼ cawan. Air panas ni bukan yang baru mendidih tu ye. Selalunya sy biarkan dia sejuk sikit selama 10-15 minit.

ESP dan vitagen
ESP + Horlicks

ESP + Vitagen: Yang ni sedap. Rasa lemak-lemak gitu, sy suka tambah sedikit air masak supaya bancuhan tak pekat and tak manis sangat..

♣ ESP + Jus buah kegemaran seperti epal atau carrot: Carrot is my first choice. Baik utk kesihatan mata.. hohoho..

ESP + Sunquick: Yg ni sy tak pernah cuba. Akan dicuba try test soon. Korang dah cuba?

ESP + Ribena: Rasa masam-masam manis

ESP + Nestle Bliss: Yang ni pun sodappp... macam vitagen jugak, saya akan tambah sedikit air supaya dia tak pekat sangat

ESP dengan susu strawberry Dutch Lady



♣ ESP + Susu Dutch Lady (perisa coklat atau strawberry)


ESP ice-cream:

Bahan-bahannya: 1 tin susu cair, ½ tin susu pekat, 1 biji telur, 1 sudu kecil esen vanilla, 1 sudu besar ovalette (cari yg halal k), Milo, ESP, perasa strawberry.

Cara-caranya:
þ Masukkan semua susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan ovalette dlm mangkuk adunan. Then guna mixer utk gaul sebati selama 15-20 minit.
þ Simpan dalam freezer sehingga separa beku.
þ Keluarkan dan putar lagi guna mixer sampai adunan jadi pekat dan likat.
þ Buat 2 bekas. Satu bekas masukkan Milo dengan 1 sudu ESP. Satu bekas lagi Strawberry dengan 1 sudu ESP.
þ Lepas tu boleh masukkan kedua-dua adunan tadi dalam satu bekas. Letakkan sebelah-menyebelah. Then kat atas ice cream tu boleh tabur choc rice ke, kismis ke, choc chips ke, badam ke...
þ Last sekali, boleh keraskan dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA..!!!

Utk maklumat lanjut tentang produk-produk Shaklee, pembelian dan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi sy. Insya-Allah sy akan membantu anda.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, January 09, 2014

Menjelang Kelahiran Ahli Keluarga Baru

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera           

Salam ceria semua.. Hari ni sy nak share serba sedikit maklumat tentang keperluan-keperluan yang perlu disediakan oleh first timer parents. Bagi ibu-ibu yang dah melalui pengalaman bersalin ni, bolehla share-share pengalaman anda nanti ye..

Bagi ibu bapa baru, menyediakan barangan keperluan ahli keluarga baru ni pastinya pengalaman yang sangat mengujakan dan ditunggu-tunggu. Berbeza dengan ibu bapa yang dah melahirkan untuk kali kedua dan seterusnya. Saya pernah berjumpa dengan sorang akak ni, dia sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ke-8. Tapi, dalam masa nak menunggu hari bersalin tu, beliau boleh lagi berniaga kat pasar tani menjual pakaian-pakaian wanita. Berniaga sorang-sorang plak tu. Suaminya berniaga kat tempat lain. Wah, sy punya la hairan ngan akak ni. Boleh selamba dia je, tak risau ke kot-kot nanti terberanak kat pasar tu kan. Huhu.. Tapi yela kan, dah banyak pengalaman. Kali ke-8 plak tu. Mesti dah kurang rasa takut atau rasa keterujaan nak menyambut baby baru tu.

Ok, back to our topic. Walaupun rasa teruja dan excited melebihi segalanya, namun, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi mengelakkan pembaziran dan keciciran barang-barang yang penting. Keperluan-keperluan tersebut adalah seperti berikut:-

Pakaian asas bayi:
þ Baju lengan panjang (3  helai)
þ Baju lengan pendek (3 helai)
þ Seluar pendek (2 helai)
þ Seluar panjang (2 helai)
þ Barut (2 helai)
þ Sarung kaki dan tangan (mittens & booties) – sepasang
þ Kain bedung (2 helai)

Keperluan hygene bayi:
þ Pampers saiz ‘newborn’ dan saiz S (1 pek bagi setiap saiz) atau kain lampin tradisional @ moden (6-7 helai); pampers saiz S adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana kita tidak tahu saiz bayi kita yang keluar itu nanti besar atau kecil. 

Lampin tradisional
þ Wet tissue
þ Alas pelapik getah untuk menukar lampin
þ Pemancit air
þ Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin dan barang-barang keperluan lain ketika berada di luar rumah)

Barang-barang mandian dan penjagaan bayi:
Gripe water
þ Tuala mandi
þ Besen mandian
þ Sabun mandian
þ Minyak telon
þ Gripe water (bagus utk melegakan kembung perut) 
þ Minyak bayi
þ Bedak bayi
þ Kapas muka
þ Putik kapas bayi
þ Krim ruam lampin (boleh gunakan Herbal Blend Cream Shaklee)





Bantal karipap
Keperluan tidur:
þ Tilam
þ Bantal karipap
þ Bantal peluk
þ Kelambu

Keperluan penyusuan (bagi penyusuan susu ibu):
þ Pam susu
þ Plastik penyimpanan stok susu
þ Nursing cover utk proses penyusuan di luar rumah
þ Kain lap (digunakan utk mengelap susu yg meleleh ketika bayi menyusu; boleh juga menggunakan kain lampin sebagai kain lap)


Keperluan penyusuan (bagi penyusuan susu formula):
þ Botol susu bebas BPA (1 botol sudah memadai)
þ Berus botol
þ Termos air panas dan bekas air suam (untuk kegunaan jika berada di luar rumah)
þ Bekas untuk menyimpan susu formula supaya kepanasannya tahan lebih lama (untuk kegunaan jika berada di luar rumah)

Oh ye, sebelum terlupa, ada satu lg keperluan yang agak penting juga iaitu set periuk tanah untuk menanam uri bayi. Set ni terdiri daripada periuk tanah, asam jawa, garam, kain putih dan sarung tangan. Dah ada set ni mudahla proses penanaman uri dijalankan.

Set periuk tanah

KEPERLUAN IBU

OK, tadi baru keperluan bayi. Keperluan ibu, jangan dilupa. Ibu yang baru melahirkan juga perlu mendapat penjagaan yang sewajarnya selepas bersalin. Penjagaan ibu selepas bersalin juga tidak kurang pentingnya sebab ia melibatkan emosi dan ketahanan mental si ibu. Jika tersilap langkah si ibu boleh bentan dan seterusnya meroyan. Pernah diceritakan oleh mak bidan di kampung sy tentang kematian wanita yang sedang dalam tempoh berpantang. Wanita tersebut tidak mengamalkan amalan-amalan berpantang seperti berurut, bertungku, berparam dan sebagainya.

Bila tidak beurut dan bertungku semua tu, darah dalam badan tidak berjalan dengan lancar dan darah nifas masih tak keluar habis. Badan pulak dah masuk angin, angin naik sampai ke kepala dan urat-urat menjadi kembang. Maka, bentanlah wanita tersebut dan meninggal selepas 21 hari bersalin...

Jadi, ayah-ayah di luar sana, don’t take it easy okay. Once your wife dah tunggu hari nak bersalin, segera sediakan keperluan-keperluan berikut:-

I Param dan pilis
I Tukang urut
I Kain batik (mudah utk dipakai berbanding seluar panjang)
I Stoking tebal (bukan stoking yg nipis warna kulit tu ye)
I Getah rambut yg kuat (utk ikat rambut ibu bg mengelakkan angin masuk ke dalam badan)
I Jamu atau Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Dari segi pemakanan-pemakanan semasa berpantang akan sy story pd entry akan datang ye. Tunggu...

Ok, itu saje perkongsian utk hari ni. Harap ianya bermanfaat kepada pembaca semua.

P/S: Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Shaklee, pembelian serta pendaftaran sebagai ahli keluarga Shaklee, boleh terus hubungi saya:-

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Wednesday, January 08, 2014

Sakit sendi dan Osteoporosis

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

“Anak itik Tok Wi, mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wi, sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wi, ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wi, sakit sengal tulang”

Oh, kesian Tok Wi sakit sendi tulang.. Siapa tau dalam badan kita ada berapa banyak tulang? Ce teka, ce teka..

Ha, kalau nak tau masa kita baru-baru lahir dulu kita memiliki 270 tulang. Banyakkan.. Then, apabila kita semakin membesar,  beberapa tulang akan bercantum dan menjadikan jumlah tulang kita setelah dewasa sebanyak 206 tulang. Pada bahagian pusat, terdapat 74 tulang termasuk 26 tulang punggung, 22 pada bahagian tengkorak, dan 26 pada bahagian-bahagian yang disebut rusuk. Tangan dan kaki memiliki sebanyak 126 tulang, 62 tulang di kaki dan 64 tulang di kanan. Telinga kita pula memiliki 6 tulang.

Rangka manusia dewasa
 Tulang sangat penting sebagai penyokong kepada tubuh badan kita. Tanpa tulang kita akan jadi lembik macam sotong.. Kalau dah lembik macam sotong, macam mana kita nak berdiri, berjalan dan berlari? Ha, Nampak tak peri pentingnya tulang kepada kita. Syukur kepada Allah sebab mengurniakan tulang kepada kita. Jadi, sebagai tanda mensyukuri nikmat-Nya, kita perlulah menjaga kesihatan tulang kita dengan sebaiknya.

Jom kita tengok beberapa jenis masalah yang melibatkan tulang.



 Pernah tak anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami salah satu masalah seperti dalam gambar kat atas ni?

Masalah sendi dan osteoporosis adalah dua jenis penyakit tulang yang kerap menyerang individu yang semakin lanjut usia. Sendi adalah pertemuan di antara dua tulang pada bahagian tubuh. Macam engsel pada pintu, makin lama ia digunakan ia semakin berkarat dan pintu akan semakin sukar dibuka atau ditutup. Jadi, engsel perlu diletakkan pelincir seperti minyak bagi membolehkan pintu dibuka dan ditutup dengan lebih lancar.

Begitu jugalah dengan sendi kita. Apabila usia semakin lanjut, tulang rawan akan semakin nipis dan haus. Kemudian, tulang-tulang pada sendi akan bergesel dan lama-kelamaan akan membengkak dan kebas.

Masalah osteoporosis atau dalam bahasa mudahnya disebut tulang reput atau rapuh. Salah satu tanda masalah osteoporosis adalah tulang belakang membengkok. Penyakit senyap ini sering berlaku kepada wanita yang telah menopous dan juga wanita dan lelaki yang mempunyai jisim tulang yang rendah akibat kekurangan kalsium. Tulang lebih mudah retak atau patah sekiranya penghidap osteoporosis terjatuh. Jadi, amat penting untuk kita mencegah berlakunya osteoporosis ni.

BAGAIMANA CARANYA…??

Senang saja. Hanya perlu amalkan mengambil 3 jenis supplement ni:
  1. Advanced Joint Health Tablet
  2. Omega Guard
  3. Ostematrix

Jom kita tengok apa khasiat dan manfaat setiap vitamin ni.

Advanced Joint Health Tablet
  • Mengandungi ekstrak Boswellia yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan sekaligus menyokong keselesaan sendi. Ia juga digunakan dalam perubatan Ayurveda (system perubatan tradisional masyarakat India yang menggunakan bahan-bahan herba semulajadi). Ekstrak Boswellia mengandungi asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-keradangan semulajadi.
  • Mengandungi zink, tembaga, mangan dan vitamin C yang berupaya membekalkan nutrient kepada tisu penyambung dan memberikan kekuatan struktur sendi.
  • Ekstrak jagung yang terkandung dalam tablet ini bertindak sebagai kusyen yang membantu mengekalkan tulang rawan daripada kehausan. Ekstrak jagung merupakan sumber yang membekalkan glukosamina pekat yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga tutur ditemui dalam tendon dan ligament.


Omega Guard
  • Mengandungi omega 3 yang membantu melambatkan kehuasan tulang rawan. Kajian menunjukkan pengambilan glukosamina bersama-sama dengan asid lemak omega 3 dapat membantu meningkatkan kesihatan sendi berbanding dengan pengambilan glukosamina sahaja. 
  • Bertindak sebagai pelincir yang dapat membantu kita bergerak dengan lebih bebas dan selesa.



Ostematrix
  • Mengandungi Kalsium yang penting untuk kekuatan tulang, otot dan ligament.
  • Juga mengandungi Magnesium yang diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang



Testimoni pengguna-pengguna Set Sendi dan Tulang. Apa kata mereka..???










Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian shaklee & pembelian produk, boleh berhubung dengan saya melalui:-

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as urfren)
FB page: SueriezaBabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: BatuPahat / Bandar Segamat

Tuesday, January 07, 2014

Having problem with your eyesight..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Bila cakap pasal masalah mata, automatic sy akan teringat pesan mak sejak sy kecik-kecik lg supaya selalu makan lobak merah. Mak cakap kalau tak makan lobak merah nanti mata rabun. Takut punye pasal, setiap kali makan kt luar, sy mesti order air carrot susu.. Haha, I’m a good daughter, right..?? Alhamdulillah sy tak pernah mengalami masalah mata seperti rabun jauh ke, rabun dekat ke, rabun silau ke.. Alhamdulillah..

Satu lg petua orang-orang tua berkenaan masalah mata. Ni pun mak sy jugak yg pesan. Mak sy cakap, kalau nak bg rabun tu pulih, setiap hari bangun awal pagi dan kemudian tengok tumbuh-tumbuhan yang sedang menghijau. Jangan tengok yg dah layu plak. Haha.. Amalkan setiap hari, insya-Allah berkesan.

Okey.. Pernah tak kita terpikir ape yang terkandung dalam lobak merah sampai ia dikatakan boleh mencegah masalah mata ni? Actually lobak merah kaya dengan Betacarotene (sumber Vitamin A yg diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrient untuk melindungi mata dari sinar UV), dan Lutein (nutrien yg melindungi kerosakan pada radikal mata). Lobak merah juga mengandungi Carotenoids.

Apa itu Carotenoids?
Carotenoids atau bahasa mudahnya, Provitamin A, adalah pigmen yg memberi warna kepada sayur-sayuran seperti warna oren kepada lobak, warna merah oren kepada tomato, hijau kepada timun, dan sebagainya.

Fungsi dan kebaikan Carotenoids
8 Sumber vitamin A terbaik
8 Mencegah kanser
8 Melindungi sel daripada pemusnahan radikal bebas
8 Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit dan membrane di dlm saluran penghadaman dan pernafasan
8 Meningkatkan system kekebalan dengan memperbaiki sel darah putih
8 Menjaga kesihatan mata
8 Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat
8 Melindungi mata dari rabun malam

Selain lobak, Carotenoids juga boleh didapati dalam banyak sumber sayuran yang lain seperti tomato, bayam, dan kentang. Tapi, seperti protein, ia juga akan termusnah apabila dikenakan pada suhu yang tinggi. Jadi, untuk mendapatkan khasiat carotenoids yg berkesan, sayur-sayuran tu perlulah diambil dalam keadaan MENTAH, tanpa dimasak. Korang nak ke? If tomato tu bolehla juga makan mentah-mentah kan. Kalau bayam makan mentah cemane ek… Huhu..

Jadi, Shaklee telah mengeluarkan satu produk khusus utk membekalkan Carotenoids dan Vitamin A yg sangat diperlukan untuk kesihatan mata kita. Nak tau produk apa..??


Tada… inilah supplementnya. CAROTOMAX.

Carotomax dihasilkan dengan gabungan lutein, lycopene, beta-carotene, alpha-carotene, astaxanthin dan zeaxanthin yang menghasilkan carotenoids yg lengkap.


Setiap hidangan Carotomax mengandungi 89 biji buah rasberi, 718 biji buah aprikot, 102 biji buah pisang, 35 biji buah ceri, 589 biji lobak merah, dan 285 biji buah limau gedang

 Keistimewaan Carotomax Shaklee berbanding Vitamin A yg lain

Vitamin A terbahagi kpd 2 iaitu Vitamin A yang biasanya boleh didapati dari makanan seharian seperti sayur dan sebagainya; dan Provitamin A (atau Carotenoids). Provitamin A pula adalah nutrient yang boleh ditukarkan kepada Vitamin A apabila badan kita memerlukan dan akan disingkirkan apabila ia berlebihan.

Untuk pengetahuan pembaca semua, terdapat pantang larang untuk mengambil Vitamin A iaitu ia tak boleh diambil secara berlebihan sebab Vitamin A larut dalam lemak dan jika diambil overdose, ia akan tersimpan dalam organ-organ badan kita terutamanya pada hati. Bila tersimpan lama, ia akan menghasilkan toksik…!!! So, utk lebih selamat, kita perlu mengambil lebih Provitamin A atau Carotenoids.

Carotomax Shaklee adalah dalam bentuk Provitamin A. Vitamin A hanya akan terbentuk apabila mendapat signal dari organ dalaman bahawa badan kita kekurangan Vitamin A dan akan disingkirkan apabila ianya berlebihan. Jadi, tiada masalah vitamin overdose akan berlaku di sini ye. Itulah istimewanya Carotomax Shaklee.

Mari kita tengok testimoni pengguna-pengguna Carotomax yang telah berjaya mengurangkan power cermin mata mereka, dan memulihkan pembagai masalah mata.












Ha, awak yang rabun tu.. Ape tunggu lagi? Cepat dapatkan Carotomax pada harga yg termurah di pasaran. Hubungi saya segera..!!


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat