Wednesday, May 07, 2014

Makan supplement Shaklee confirm tak sakit..???

Doktor pakar jantung menghidap sakit jantung. Pelik tak?

Mungkin ada sesetengah orang akan pandang sinis jika doktor pakar jantung menghidap sakit jantung. Tapi bagi saya, tentulah tak pelik. Sebab doctor juga adalah manusia biasa yang tak boleh lari dari pelbagai penyakit. Walau dia berusaha sekeras mana untuk menghindarkan diri dari penyakit, tapi jika sudah ditakdirkan dia mendapat penyakit tersebut, maka sakitlah dia.

Begitu jugalah dengan saya. Sebagai pengamal makanan kesihatan Shaklee, saya juga adalah manusia biasa. Tak semestinya bila saya mengamalkan Shaklee, saya akan sihat sepanjang masa. Itu adalah salah dan melanggar hukum-Nya kerana hanya Dia sajalah yang berhak untuk menentukan sakit sihatnya seseorang.

Saya tergerak nak tulis entry ini sebab baru-baru ni saya diserang demam, pakej batuk dan selesema yang agak teruk juga. Sampai sakit dada sebab kerap batuk. Kemudian, seorang kenalan rapat telah mengingatkan saya supaya jangan dihebohkan cerita tentang saya demam di facebook sebab takut orang akan berkata begini, “makan Shaklee pun sakit jugak”.

Ish, sampai begitu sekali pandangan orang ye. Power sangat ke Shaklee ni sampaikan bila dah consume tak boleh kena sakit langsung? Ish…dahsyat…. Kalau macam tu memang tak boleh cari makan la doctor-doktor kat dunia ni ye. Haha..

Anyway, suka saya nak ingatkan kepada pembaca-pembaca yang saya kasihi sekalian (mode perasan ramai pembaca, kakakaka), bahawasanya makanan kesihatan Shaklee ni hanyalah SUPPLEMENT TAMBAHAN, bukan ubat untuk menyembuhkan penyakit. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan pengguna, BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENDIAGNOSIS, MERAWAT, MENGUBATI ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT.



Walaupun terdapat pelbagai testimony yang mengakui akan khasiat produk-produk Shaklee, ia sebenarnya bergantung kepada tahap kesihatan individu tersebut. Pokok pangkalnya, anda perlu mendapatkan nasihat doctor dan kenalpasti tubuh badan dan penyakit anda dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan kesihatan tambahan.

Bagi saya, saya tidak alah kepada sebarang jenis ubat. Jadi, saya serasi dengan Shaklee. So anda yang berada di luar sana, pastikan tahap kesihatan anda dahulu sebelum mengambil sebarang produk makanan tambahan. Dan jangan ingat bila dah amalkan makanan kesihatan penyakit takkan datang pula ye.

AMALKAN CARA HIDUP SIHAT.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.
KITA HANYA BERUSAHA, HANYA DIA YANG TENTUKAN.



H/P: 019-7113601
SID no.: 1067703
COD area: Bandar Segamat / Batu Pahat

No comments:

Post a Comment