Saturday, January 18, 2014

Kalsium dan Tulang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Entry kali ni sy nak cerita tentang pengalaman sendiri mengamalkan supplement kesihatan Ostematrix. Actually bukan sy yang makan tapi mak sy yang ambil supplement ni. Hehe.. Kira pengalaman sendiri jugak la kan..

Bertitik tolak pada hari mak saya menjaga kakak saya yang sedang berpantang anak keduanya. Biasalah kan, jaga orang berpantang ni agak memenatkan juga sebab bila baby terbangun and menangis waktu pukul 3-4 pagi, mak sy pun akan bangun sekali untuk tolong tengok-tengok kot-kot baby kembung ke apa ke.

Bila dah asyik bangun awal pagi macam tu dan tidur pun tak menentu, mula lah mak saya rasa penat-penat dan sakit badan. Jadi, saya pun belikan mak Ostematrix sebab ramai kawan sy cakap Ostematrix ni sangat berkesan menghilangkan sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh tulang. Mak saya plak jenis yang tak minum susu. Nak suruh minum susu Anlene memang tak la kan. Makan oat pun dengan air teh je. Haha..

Then, nak dijadikan cerita, mak saya pun makanla Ostematrix tu. Mula-mula memang payah jugak nak suruh mak makan sebab kena makan sekali 4 biji tu…. Tak ke naya namanya nak telan sebijik-sebijik. Lepas sesi pujuk-memujuk akhirnya mak pun makanla jugak. 4 biji sekali telan je. Peh, dahsyat betul mak aku ni...

Lepas tu, keesokan harinya, masa saya tengah mamai-mamai baru bangun tidur tu, mak dah excited bagitau yang pil tu berkesan. Mak sy bangun pagi tu rasa segar je, sakit-sakit badan pun dah berkurangan. Masih sakit and lenguh-lenguh lagi tapi tak macam selalu la. Tu selepas sehari makan, bila dah seminggu lepas tu, mak ckp sakit-sakit badan dah tak ada langsung. Selera makan pun dah berkurangan.

Alhamdulillahh...... Bersyukur sangat sy masa tu. Niat nak tolong mak tercapai. Mak saya punya happy sampai kakak sy yg tengah berpantang tu pun dia suruh makan jugak ostematrix tu. Actually memang Ostematrix tu adalah salah satu vitamin yang diperlukan ketika berpantang untuk memberi tenaga kepada si ibu yg kerap bangun malam menyusukan anaknya. Nanti sy akan ceritakan tentang set bersalin ni pada next entry ye.

Ok, now mari kita tengok apa yang terkandung dalam Ostematrix ni sampai begitu hebat sekali memulihkan sakit belakang dan lenguh-lenguh badan ni (baca: Allah jua yang mengizinkan, Ostematrix adalah penyebabnya saja).

! 1,000 mg kalsium daripada sumber-sumber alam semula jadi yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap oleh tubuh badan
! 400 mg magnesium untuk membantu mengasimilasikan atau menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
! 400 IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
! Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
! Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
! Mangan, copper, dan zink – co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang

Sakit-sakit belakang dan lenguh-lenguh badan ni selalunya berkait rapat dengan tulang. Seperti yang kita sedia maklum, tulang memerlukan kalsium untuk memastikan ianya kuat dan sihat. Tapi, kalsium saja tak cukup okey… Ibarat membina rumah yang kukuh dan tahan lama. Batu-bata saja tak cukup, ia juga memerlukan simen, mortar, plaster dan sebagainya sebagai penguat. Begitu juga tulang. Kalsium saja tak cukup, ia juga memerlukan magnesium, zinc, boron dan sebagainya untuk menguatkan lagi tulang dan memastikan kalsium dapat diserap ke dalam tulang secara optimum.

Di sinilah Ostematrix memainkan peranannya. Kandungannya yang cukup lengkap bukan sekadar Kalsium tapi turut mengandungi zat-zat lain seperti magnesium, boron, zinc dan vitamin D sebagai pelengkap kepada Kalsium.


Antara kebaikan-kebaikan Ostematrix
? membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat
? mengurangkan risiko osteoporosis
? memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
? membekalkan tenaga dan mengurangkan stress
? menstabilkan tekanan darah
? membantu dalam pengecutan otot dan melancarkan saraf
? mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, mudah meradang dan retensi air

Siapa yang perlukan Ostematrix?

B Mereka yang mudah stress, kekejangan dan pre-haid
B Penghidap buasir – ostematrix membantu melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan ketika membuang akibat luka di bahagian dubur
B Mereka yang bekerja dan sering mengalami keletihan
B Mereka yang terlalu kurus dan kekurangan zat-zat penting dalam badan
B Perokok dan penggemar minuman beralkohol
B Ibu mengandung – menyokong tulang belakang
B Ibu yang sedang menyusukan bayi – memberi tenaga berpanjangan
B Penghidap obesiti – menguatkan tulang bagi menyokong berat badan yang berlebihan
B Lelaki dan wanita yang berumur 30 tahun ke atas – bagi mencegah osteoporosis


Sekarang jom kita tengok apa kata pengguna-pengguna Ostematrix Shaklee








Ha, ramai yang dah mencuba dan merasai kesan positif. Jadi tak perlu ragu-ragu lagi. Tak salah mencuba. Harga pun tak lah semahal yang disangka. Nak tau harga? Hubungi sy sekarang. Pasti anda akan rasa terkejut dengar betapa murahnya Ostematrix yang sangat awesome ni.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Friday, January 17, 2014

Buang Lemak: Lecithin atau Omega Guard..??

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Sy mendapat banyak respon daripada customer tentang artikel Cara Berkesan Menurunkan Berat Badan. Majoriti nak tau either Lecithin or Omega Guard, which one is better.



                                                         
Lecithin bertindak sebagai ‘excellent fat emulsifier’ iaitu dalam bahasa mudahnya ia bersifat melekat pada lemak. ‘Fat emulsifier’ bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem pencernaan. Seperti perumpamaan batu dan pasir. Batu lebih sukar untuk dimasukkan ke dalam lubang yang kecil berbanding pasir. Begitu juga dengan lemak, semakin kecil molekul lemak, semakin mudah ia disingkirkan melalui saluran pencernaan. Baca lanjut tentang Lecithin di SINI.

Ok, sekarang kita tengok Omega Guard pula.

Kandungan omega 3 nya yang 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan membantu melancarkan perjalanan darah ke otot. Seperti yang telah dikongsikan dalam ENTRY INI, otot berfungsi sebagai pembakar lemak. Jadi, apabila perjalanan darah ke otot berjalan lancar, maka pembakaran lemak lebih mudah berlaku.

Selain itu kandungan asid lemak Omega-3 iaitu EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) yang terdapat dalam Omega Guard Shaklee juga berupaya menurunkan paras insulin kita. Jadi, apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar dan ditukarkan kepada tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan

Omega 3 juga adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan ia membantu meningkatkan kadar metabolism badan anda. Apabila kadar metabolism meningkat, proses pembakaran lemak juga akan menjadi lebih cepat.


Baca lanjut tentang Omega Guard di SINI.

Ha.. sekarang nampak tak perbezaan antara Lecithin dan Omega Guard dalam fungsi masing-masing untuk menyahkan lemak-lemak degil dalam badan kita?

Lecithin sebagai pemecah lemak, ia bukan membakar lemak. Manakala Omega Guard pula mengandungi omega 3 yang bukan sahaja menukarkan kalori kepada tenaga tetapi turut membantu otot untuk membakar lemak, bukan memecahkan lemak.

Jadi, mana satu yang paling baik?

First, kena tengok saiz badan anda. Jika saiz badan anda agak besar dan anda mahu kesan yang lebih cepat, lebih baik ambil Omega Guard. Ia ibarat basikal dengan kereta. Lecithin adalah basikal dan Omega Guard adalah kereta. Jika nak ke tempat yang jauh, lebih baik menggunakan kereta; jika tempat yang dekat-dekat, lebih baik gunakan basikal saja. Jika tempat yang dekat kita menggunakan kereta, sudah tentulah kita akan lebih cepat sampai dan menjimatkan masa.

Then, tengok pulak bajet anda. Jika bajet anda tinggi, anda boleh ambil Omega Guard, tetapi jika bajet anda kurang, Lecithin lah jawapannya. Jika bajet anda super duper tinggi, ambillah kedua-duanya sekali. Kesannya pasti mantop...


So, dah temui jawapan? Apa keputusan anda?

Hubungi sy segera. Harga yang menarik pasti menanti anda. Tips-tips dan khidmat nasihat PERCUMA akan diberikan secara eksklusif kepada pelanggan-pelanggan sy. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan set penghapus lemak anda sekarang..!!!









FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, January 16, 2014

Usus Bersih, Badan Sihat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari ni sy nak berkongsi tentang satu lagi hero detox yang terbaik selain Alfalfa, iaitu Herb-lax. Kedua-dua supplement ini berfungsi sebagai detox iaitu membersihkan usus kita di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar dan ia juga membantu melancarkan proses pelawasan. Kenapa nak keluarkan produk yang sama fungsinya? Haa.. jangan terkeliru pulak ye. Walaupun major function kedua-duanya adalah detox, tetapi bukan semua orang boleh guna kedua-dua supplement ni ye.


 Contohnya, ibu menyusu. Ibu menyusu tidak digalakkan untuk mengambil Herb-lax sebab bimbang boleh menyebabkan anaknya cirit-birit. Kenapa? Nanti sy explain lebih lanjut kat bawah ni ye. Maka, ibu menyusu sesuai mengambil Alfalfa sebab Alfalfa juga bertindak membantu menambahkan susu badan. Begitu juga dengan orang sembelit. Orang sembelit lebih sesuai mengambil Herb-lax sebab ia membantu melembutkan najis. Bagi yang tiada sembelit pula, boleh mengambil kedua-dua Alfalfa dan Herb-lax.

Boleh faham semua?

Bagus. Ok, sekarang jom kita tengok what is Herb-lax all about....

Ramuan asas Herb-lax terdiri daripada kombinasi perubatan tradisional dan teknologi perubatan barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi. Setiap satu herba tersebut mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.

♣ Alfalfa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.
♣ Sienna leaves - Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
♣ Anise seed - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
♣ Blue malva flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
♣ Bark licorice - Membantu proses detoksifikasi
♣ Root rhubarb - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic.
♣ Root fennel - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus
♣ Seed Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Disebabkan Herb-lax ni mostly terdiri daripada bahan-bahan berherba, ia tidak sesuai diambil oleh ibu menyusu sebab herba ni kan bersifat panas, jadi dikhuatiri anak akan mengalami cirit-birit. Namun, tak semua ibu menyusu tak boleh ambil. Ia bergantung kepada ketahanan bayi tersebut. Macam kawan sy, anak dia ok je masa dia consume Herb-lax walaupun anaknya yang berumur 2 tahun masih lagi menyusu badan.


KEBAIKAN HERB-LAX


" Membersihkan najis yang tersekat dengan menggalakkan gerakan peristalsis oleh usus. Gerakan peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan inilah yang membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

" Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
" Membantu masalah sembelit
" Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement)
" Mengempiskan perut
" Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


SIAPAKAH YANG PERLU AMALKAN HERB-LAX?

Ã’ mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
Ã’ mereka yang banyak jerawat (jerawat sering dikaitkan dengan ketidakstabilan hormone dan kelancaran usus menyahkan bahan-bahan toksik dalam badan)
Ã’ pesakit gout
Ã’ mereka yang hendak memulakan mengambil supplement-suplement kesihatan kerana setelah usus dibersihkan, maka mudahlah badan kita untuk menyerap zat-zat yang terkandung dalam makanan dan vitamin-vitamin tambahan yang diambil.

Herb-Lax akan menampakkan kesan dalam  masa 8-12 jam selepas pengambilan. Ramai yang menganggap tablet kecil ini adalah julap. Actually Herb-lax ni bulan julap okay. Ia takkan buat anda cirit-birit macam kebanyakan teh herba dan ubat-ubat kurus di pasaran. Memang tidak dinafikan apabila kita mengambil Herb-lax, kita akan sering ke tandas. Tapi bukan seperti pil-pil julap yang lain yang menyebabkan kita terlari-lari tidak tahan hendak ke tandas berkali-kali. Ia cuma meningkatkan fungsi usus supaya isi perut yang kotor itu mudah dikeluarkan daripada kebiasaannya.

Ok, jom kita tengok testimoni di bawah.









Jika anda berminat nak mencuba, boleh hubungi sy segera. Harga yang menarik menanti anda.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Wednesday, January 15, 2014

Kenapa Perlu Minum Air Suam?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera             

Ada yang panggil air suam, ada yang panggil air masak, air mati, dan ada juga yang panggil air kosong. Korang panggil air apa? Hihi.. Ramai yang tahu bahawa antara air suam dengan air manis atau air sejuk berais, air suamlah yang paling baik dan bagus untuk kesihatan. Tapi masih ramai yang tak mahu menjadikan air suam sebagai minuman utama mereka.


Air suam ni banyak khasiatnya. Jom kita tengok satu persatu.

Melancarkan System Pencernaan
Selepas makan, tentu syok minum air manis yang sejuk dan berais berbanding air suamkan? Tapi korang tau tak, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan dan ini menyukarkan lagi proses pencernaan. Teorinya, air sejuk boleh menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses pencernaan. Dengan minum air suam sebanyak 2-3 liter sehari boleh meghindarkan diri kita dari masalah sembelit.

Menguruskan Badan
Air suam tidak mengandungi kalori, lemak mahu pun gula. Jadi, ia mampu membantu kita menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan individu yang banyak minum air manis atau air berkarbonat lebih berpotensi menghidap obesiti atau masalah berat badan berlebihan. Jadi, untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat, hindarkan diri dari air-air manis dan berkarbonat. Kalau tak percaya, cuba tinggalkan air-air tersebut dan hanya minum air suam setiap hari selama 2 minggu dan lihatlah kesannya.

Kecantikan Kulit
Air suam dapat membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. 70% daripada kulit kita terdiri daripada air. Jadi, kekurangan air suam akan menyebabkan kulit kita kekeringan dan berkedut. Selain itu, kulit kita juga memerlukan lebih Vitamin E dan C bagi mendapatkan kulit yang lebih cantik, halus dan berseri.

Menyihatkan jantung
Minuman sejuk akan mengentalkan lemak dalam badan. Apabaila lemak-lemak terbentuk dan berkumpul, ia akan menyempitkan banyak saluran termasuk saluran yang paling penting iaitu saluran jantung. Jadi, amalkan minum air suam atau air panas bagi mengelakkan lemak-lemak beku terbentuk.

Meningkatkan kesuburan
Air suam amat penting dalam proses penguraian protein dalam badan. Protein pula penting
untuk pembentukan sel, hormone dan tisu dalam badan. Oleh yang demikian, air suam dapat menggalakkan penghasilan hormone testosterone bagi kaum Adam dan hormone estrogen bagi kaum Hawa. Salah satu contoh sumber protein tambahan terbaik adalah ESP Shaklee.

Tubuh lebih segar dan sihat
Kita mungkin dapat bertahan jika tidak makan untuk beberapa hari namun tidak mungkin kita dapat bertahan tanpa minum air sehari. Walaupun minum air sejuk atau manis, kita akan tetap terasa haus dan ia hanya akan hilang apabila meminum air suam. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Mencegah strok
Air suam dapat membantu menguatkan ligament-ligament dan otot-otot badan. Ia juga dapat membantu melancarkan peredaran darah dan system pernafasan dan sekaligus dapat mengelakkan masalah strok.

Membuang toksin dan mencegah batu karang
Kekurangan air akan menyebabkan racun-racun dalam badan kita terkumpul. Dengan meminum air suam yg secukupnya akan membantu buah pinggang kita untuk memproses bahan-bahan toksik dan buangan dengan lebih lancar dan kemudian dikeluarkan melalui air kencing. Sebab itulah kita disarankan minum air suam sebanyak 2-3 liter sehari supaya buah pinggang kita tidak dibebani dengan pelbagai jenis makanan dan ubat-ubatan yang diambil setiap hari. Ini sekaligus dapat mencegah penyakit batu karang. Sebab ini jugalah sy sering menasihatkan customer-customer sy supaya banyakkan minum air suam. Sayangi diri dan buah pinggang anda.

Makanan Otak
Otak kita memerlukan 75% air. Seluruh system saraf adalah serangkaian saraf yang dilalui air. Kekurangan air akan mengakibatkan penebalan saluran air dan ini akan menyebabkan terjadinya masalah seperti Attention Deficit Disorder, Chronic Fatigue Syndrome, Depression, dan Alzheimer.

Jumlah air yang diperlukan oleh setiap organ dalaman manusia bagi memastikan ianya berfungsi dengan sebaiknya

Meningkatkan metabolisme badan
Banyak meminum air suam juga dapat membantu meningkatkan metabolism badan. Ini dapat membantu kita dalam menjalani diet yang seimbang dan sihat.


TAHUKAH ANDA..???

Untuk mengenal pasti sama ada badan kita mendapat bekalan air yang secukupnya atau tidak, cuba lihat warna air kencing kita. Jika warnanya pekat kekuningan, itu tandanya badan kita tidak cukup air. Dan jika warnanya kuning pucat dan cerah, maka kandungan air dalam badan adalah mencukupi.

Sebab itulah apabila kita bangun pagi, air kencing adalah berwarna pekat kekuningan kerana kita tidak mendapat air yang secukupnya ketika sedang tidur.



CARA MENGGALAKKAN DIRI MINUM AIR SUAM

Bagi yang ingin memulakan azam untuk minum air suam secukupnya, sy ada beberapa tips untuk anda:
  • Sediakan satu bekas air yang boleh mengisi 2 liter air. Setiap pagi isikan air dalam bekas tersebut sehingga penuh dan pastikan ianya dihabiskan menjelang waktu malam.
  • Elakkan menyimpan air bergas atau air sejuk dalam peti sejuk anda.
  • Jangan menyimpan ais ketul.
  • Sentiasa sediakan satu jag air suam di atas meja makan dan satu botol air suam di dalam bilik tidur.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah tabiat pemakanan kita. Elakkan air sejuk dan banyakkan minum air suam. Sayangi diri anda.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as urfren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Tuesday, January 14, 2014

Bila Si Manja Pandai Bercakap

Kanak-kanak biasanya berlajar melalui pengalaman yg diperolehinya setiap hari melalui persekitaran di sekelilingnya. Malah anak ini akan meniru kata-kata yg didengari tanpa mengira ianya positif atau negatif. Biasanya anak yang baru boleh bercakap akan bersikap begini. Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yang baru dikuasai membuatkan anak kecil ini sentiasa mencuba bercakap dan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindakbalas daripada ibu bapa.

Terdapat beberapa panduan mudah untuk memastikan anak ini bercakap dgn cara yang betul dan berhemah:

Biarkan mereka bercakap - Jika anda melarang ia akan membuatkan anak ini hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya. Biarkan sahaja si kecil meniru percakapan anda kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.


Mencari kata-kata baru - Sebagai ibu bapa anda adalah orang yang paling rapat dengan anak anda. Jadi ungkaplah perkataan baru yang boleh anak anda tiru untuk menambahkan perbendaharaan katanya. Banyakkan berbual dengan anak-anak anda.


Sebutan yang jelas dan perlahan - Anda perlu berbicara dengannya dengan perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan dan sebutan disebut dengan betul.

Penjelasan makna - Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik, jangan terus memarahinya. Jelaskan kepadanya bahawa kata-kata itu tidak baik. Anda perlu menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan dengan perkataan yang sopan.

Awasi kata-kata - Pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mula meniru dan anda jangan terkejut jika si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik kepada anda. Sentiasa mengamalkan panduan yang keempat di atas. 

Berikan penghargaan - Jika si kecil meniru perkataan yang baik, sentiasa berikan tindakbalas positif seperti memberikan pujian, pelukan dan senyuman kepadanya sebagai tanda anda menyukai sikapnya itu. Ini memberikan dorongan kepada mereka untuk terus bersikap begitu.

Untuk menggalakkan perkembangan minda anak-anak anda, berikan mereka makanan tambahan yang mengandungi DHA dan EPA.


SUMBER: MAJALAH PA&MA (Perkembangan Anak 1-2 tahun)