Monday, January 13, 2014

Omega Guard Shaklee Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera             

Pernah dengar tentang omega 3? Tak pernah? Ermm... DHA / EPA pernah dengar... Haa.. pernah kan.. So hari ni nak cerita tentang kaitan antara EPA, DHA dan omega 3. Sebelum tu mari kita berkenalan dulu dengan omega 3 ni...

Omega 3 adalah asid lemak yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Ia mengandungi EPA (Eicosapentaenoic Asid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid) yang berfungsi untuk menyokong perkembangan minda. Ha, nampak tak kaitannya? Dalam omega 3, ade DHA dan EPA. Namun, tubuh kita tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA yang sangat penting ni. Jadi, bagaimana?

Ia boleh didapati daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Namun sumber omega 3 yang terbaik adalah daripada haiwan seperti ikan.

Sumber Omega 3

Okey, sekarang mari kita kaji serba sedikit fungsi-fungsi EPA dan DHA.

Fungsi EPA

8 Mencegah kanser
8 Mencegah pembekuan darah
8 Mengawal kadar kolesterol yang berlebihan
8 Baik untuk pesakit jantung
8 Mencegah penyakit darah tinggi

Fungsi DHA

8 Mencegah asma
8 Makanan untuk otak
8 Mencegah sakit kulit
8 Mengelakkan kanser payudara
8 Mengelakkan kanser prostat
8 Menghindar daripada migraine dan rasa kebas pada anggota badan

Bila kita tengok fungsi-fungsi EPA dan DHA ni, perasan tak bahawa ia boleh digunakan oleh semua orang dan pelbagai peringkat umur. Perkembangan otak untuk kanak-kanak dan para pelajar, mengawal masalah kolesterol dan penyakit darah tinggi untuk individu lelaki dan wanita 30 tahun ke atas; manakala baik untuk penyakit jantung mostly untuk warga tua.

Sebab itulah Omega 3 perlu ada dalam setiap hidangan keluarga anda. Dan sumber omega 3 tambahan yang terbaik adalah daripada Omega Guard Shaklee. Kenapa..?? (tiru gaya anak Wardina dalam iklan susu ;p)

Keistimewaan Omega Guard Shaklee

& Ia dihasilkan dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardine, mackerel, herring dan anchovies)
& Mengandungi omega 3 yang ketumpatannya 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan



& Mengandungi minyak ikan omega 3 yang paling tulen dan lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA (A-linolenat).
& Dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi. Kaedah ini merupakan proses penyulingan 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum, arsenic, dioksindan cadmium.


Siapa Yang Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu hamil dan menyusu
" membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
" mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang atau tidak cukup bulan
" membekalkan khasiat dan meningkatkan system imunisasi kepada anak

Kanak-kanak
" untuk pertumbuhan badan yang sihat dan juga perkembangan otak
" sesuai untuk anak yang kerap/mudah sakit seperti batuk, selesema dan asma
" memperkuat system imunisasi badan
" membantu anak daripada gangguan hiperaktif dan autism (masalah tumpuan)

Warga emas
" Mengandungi omega 3 yang membantu melambatkan kehuasan tulang rawan. Kajian menunjukkan pengambilan glukosamina bersama-sama dengan asid lemak omega 3 dapat membantu meningkatkan kesihatan sendi berbanding dengan pengambilan glukosamina sahaja.
" Bertindak sebagai pelincir yang dapat membantu sendi-sendi tulang bergerak dengan lebih bebas dan selesa.
(baca lebih lanjut di SINI)

Pelajar
" membantu mengatasi masalah tumpuan dan menggalakkan minda berfikir dengan lebih cergas dan kreatif

Semua lelaki dan wanita yang mengalami masalah berikut:
" sering dilanda masalah kesihatan, batuk berkahak-kahak dan selesema berterusan
" sakit-sakit sendi dan kadar kolesterol yang tinggi

Berminat? Hubungi saya segera. Sy akan memberikan harga istimewa kepada anda. Setiap pembeli juga berhak mendapat tips-tips dan khidmat nasihat berkenaan tentang produk Shaklee secara PERCUMA.

Kesihatan diri sendiri dan orang yang tersayang adalah sesuatu yang sangat bernilai jika dibandingkan dengan wang ringgit. Jadi, tak perlu fikir panjang lagi. Dapatkan Omega Guard Shaklee hari ini…!!

Teruskan membaca testimonial dibawah ini jika anda masih ragu-ragu.













FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Sunday, January 12, 2014

Jangan Biarkan Buasir Mengganggu Hidup Anda

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Buasir..buasir…buasir….. Bila sebut buasir pasti kita akan fikir tentang membuang air besar, sakit, berdarah dan daging terkeluar dari lubang dubur kita. Mari kita jamu mata dengan gambar di bawah ni ;p



Buasir, atau nama glamournya ‘hemorrhoids’ berlaku apabila saluran yg terletak di hujung system pencernaan atau lubang dubur mengalami kebengkakan. Salah satu punca utama berlakunya buasir ini adalah disebabkan oleh masalah sembelit. Apabila mengalami sembelit, kita akan meneran dengan lebih kuat ketika membuang air besar dan ini memberi tekanan kepada system pencernaan. Sebab itulah ia membengkak dan terjadilah buasir. Ada juga yang mengatakan bahawa masalah buasir ni adalah penyakit keturunan. Betul ke? Entah, saya pun tak tau and tak pernah jumpa pulak orang buat kajian pasal tu kan. Haha.. Punca-punca lain adalah seperti mengandung, sering berdiri atau duduk terlalu lama dan berat badan berlebihan.

Masa sy study kat UUM dulu, sy ada kenal seorang rakan yang mengalami masalah buasir ni. Memang kronik juga penyakit buasirnya tu. Sampaikan hari-hari kena pakai ‘pad’ (tuala wanita) walaupun tak period. Makan pun kena pantang, tak boleh makan pedas-pedas. Nak makan pun kena tengok kot-kot ada biji cili kat dalam makanan tu, sebab kata orang-orang tua, biji cili tak mudah hadam. Bila nak membuang tu bukan main sakit lagi, hari-hari kena masukkan sejenis ubat dari klinik ke dalam lubang dubur. Waduh..waduh…siksa bangat masa dengar dia cerita. Now tak taula apa dah jadi kat dia. Dah lost contact. Harap-harap dia dah jumpa penawarnya.

So, kita yang masih tak ada masalah buasir ni perlulah mengambil langkah-langkah pencegahan seperti:-
S Banyakkan mengambil makanan-makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan. Boleh juga amalkan makan Alfalfa Shaklee untuk memudahkan proses pelawasan dan mengatasi masalah sembelit.
S Bersenam
S Jika perlu berdiri terlalu lama, sekali-sekala anda perlu duduk mencangkung atau menunduk seperti ruku’ selama lima minit setiap jam. Begitu juga jika duduk terlalu lama, perlu berjalan-jalan sebentar atau bergerak-gerak di kerusi supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari abdomen. 
S Elakkan makan makanan pedas dan berempah atau yang boleh merangsangkan usus seperti kopi dan teh
S Banyakkan minum air suam
S Segera ke tandas apabila terasa hendak membuang air besar bagi mengelakkan najis menjadi keras


Kaedah Rawatan Tradisional

Q Ambil satu pokok belimbing tanah atau belimbing buluh (ambil semua sekali termasuk akar, daun dan buah). Rebuskan sehingga mendidih. Kemudian, minum air rebusan tersebut dua kali sehari.

Belimbing buluh

 Q Petua lain pula, ambil biji betik dan gorengkan tanpa menggunakan minyak sehingga hitam dan garing. Kemudian, tumbuk biji betik tadi sehingga menjadi serbuk halus. Kemudian campurkan satu sudu serbuk biji betik tadi dengan secawan air suam dan diminum. Amalkan minum segelas sehari. Insya-Allah berkesan.


Rawatan tradisional lambat dan kurang berkesan..??

Ubah gaya hidup anda dan amalkan vitamin kesihatan Set Buasir Shaklee.

J Ostematrix – diperkaya dengan kalsium semulajadi yang membantu melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan ketika membuang akibat luka di bahagian dubur

J Omega Guard – baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat tekanan otot dubur ke atas bengkak di saluran pencernaan tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan menjadi mimpi ngeri bagi pesakit-pesakit buasir. Jadi, omega guard membantu mengecutkan otot yang memberi tekanan terhadap pembengkakan tersebut.

J Zinc Complex – membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat dan berkesan



Ha, senang je kan. Tak perlu rebus-merebus, hanya perlu makan je.

Jom kita tengok testimoni pengguna-pengguna Set Buasir Shaklee.
  


“… sejak amek set tu dah da perubahan, buang air besar dah tak sakit dan ketulan pada duburnya dh semakin berkurangan..”




“… dalam masa 3 hari msalah sembelit sy tiada n paling sy tkejut bile buasir sy dah xada (lebihan daging d d***r hilang)…”



“… dalam masa kurang drp 2 minggu, luka jahitan dan buasir sy tu dh baik! ...”



“… Alhamdulillah dengan izin Allah..2 hari selepas pengambilan vitamin Shaklee ini suami dah boleh gerak seperti biasa..dia kata buasir dah kecut..hari ke tiga dah boleh g kerja semula…”


Berkesan kan..?? Jadi, dah bersedia nak menamatkan mimpi ngeri anda? Jom tempah Set Buasir Shaklee anda sekarang dan dapatkan konsultansi secara PERCUMA sepanjang pengambilan set ini.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703

COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Saturday, January 11, 2014

Rahsia Lecithin Terbongkar...!!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera           

Pengguna-pengguna tegar produk Shaklee pasti dah biasa dengar tentang Lecithin kan.. So, bagi yang baru berjinak-jinak dengan Shaklee dan belum pernah dengar tentang kehebatan dan keheroan Lecithin ni, meh sy nak story telling sikit.


Lecithin adalah nutrient yang boleh ditemui dalam semua jenis haiwan dan tumbuhan seperti kacang soya, kuning telur, kobis dan kacang hijau. Soy Lecithin Shaklee pula dihasilkan daripada sumber soybean iaitu sumber yang paling tinggi dalam peratusan bebas kolesterol. Setiap kapsulnya mengandungi 520mg soybean, 80mg kolina dan 48mg inositol.

Lecithin bertindak sebagai ‘excellent emulsifier’ iaitu dalam bahasa mudahnya ia bersifat melekat pada lemak. Melekat pada lemak..?? Cmane tu? Jom tengok demo kat bawah ni.


Gambar bahagian atas: Bahan-bahan yg diperlukan adalah sebiji lecithin Shaklee, segelas air, dan minyak masak

Gambar bahagian tengah: Minyak masak dimasukkan ke dalam segelas air dan dikacau. Minyak tetap terasing dan berada di atas permukaan air.

Gambar bahagian bawah: Lecithin dipecahkan dan dimasukkan ke dalam campuran air dan minyak tadi. Kemudian dikacau. Hasilnya, kelihatan minyak tadi larut bersama air.

Kesimpulan: Lecithin bertindak memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Apabila lemak telah dipecahkan, maka mudahlah kerja-kerja pembuangan lemak dijalankan oleh En Alfalfa..


Ha, Nampak tak macam mana lecithin Shaklee berfungsi? Best kan?

Selain membakar dan memecahkan lemak-lemak degil, terdapat banyak lagi khasiat dan keistimewaan Lecithin Shaklee. Jom kita baca satu persatu.


KHASIAT LECITHIN

♪ Bertindak sebagai pembersih salur darah. Lemak-lemak yang melekat pada salur darah akan diemulsikan dan kadar kolesterol akan automatic dapat diturunkan. Sebab tu ia dapat membantu mengatasi high blood pressure, stroke, dan heart disease.

♪ Membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K yang bersifat larut dalam lemak dengan lebih berkesan

♪ Menghalang enapan lemak pada hati

♪ Soya lecithin yg terdapat dalam lecithin Shaklee membantu membentuk membrane sel, melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih cantik, gebu dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

♪ Sifatnya yang mengemulsi kolesterol boleh menghalang pembentukan batu karang.

♪ Membantu memperbaiki tekanan darah tinggi. Ia menghalang penebalan pembuluh darah dan melancarkan peredaran darah

♪ Berperanan dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Jika lecithin tidak cukup, membrane sel akan mengeras dan menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting.

♪ Lecithin membantu meningkatkan system imunisasi dengan membalut sel darah merah kita daripada serangan bacteria dan virus.

♪ Makanan kepada otak dan saraf. Ia membantu mecegah penyakit nyanyuk. Pakar pemakanan juga menyarankan kita mengambil 7000mg lecithin bg memulihkan system ingatan.


Nah, banyak kan khasiat Lecithin Shaklee ni. Sungguh tak rugi untuk dicuba. Tak de lemak, badan pun sihat


Seperti biasa, mari kita tengok apa kata mereka yang telah mencuba lecithin ni.











Berminat? Hubungi sy utk maklumat lanjut.

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat








Friday, January 10, 2014

10 Cara Minum ESP

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera           

Ramai customer yg tanya sy macam mana cara nak minum ESP ni. Rasanya ramai lagi yang tak tau bahawa ESP ni tak boleh diminum atau dicampur dengan air atau minyak panas. Ha, nak tau kenapa..? Baca kat SINI. Juga tak boleh dicampur dengan bahan-bahan berasid seperti limau kasturi dan limau nipis.

Dah baca dah? Ok, bagus.. So lepas ni jangan campur dengan air atau minyak panas ye..

Kat bawah ni sy ada senaraikan serba sedikit pelbagai cara utk minum ESP.

♣ ESP + Milo: ni yg paling femes skali & ramai yg suka

ESP dan milo
♣ ESP + air suam: Sy suka cara simple ni. Biasanya saya letak 1 ½ sudu ESP dicampur dengan air masak ¾ cawan. Kemudian kacau bagi ESP larut sepenuhnya takde ketul-ketul. Dah larut semua baru letak air panas ¼ cawan. Air panas ni bukan yang baru mendidih tu ye. Selalunya sy biarkan dia sejuk sikit selama 10-15 minit.

ESP dan vitagen
♣ ESP + Horlicks

♣ ESP + Vitagen: Yang ni sedap. Rasa lemak-lemak gitu, sy suka tambah sedikit air masak supaya bancuhan tak pekat and tak manis sangat..

♣ ESP + Jus buah kegemaran seperti epal atau carrot: Carrot is my first choice. Baik utk kesihatan mata.. hohoho..

♣ ESP + Sunquick: Yg ni sy tak pernah cuba. Akan dicuba try test soon. Korang dah cuba?

♣ ESP + Ribena: Rasa masam-masam manis

♣ ESP + Nestle Bliss: Yang ni pun sodappp... macam vitagen jugak, saya akan tambah sedikit air supaya dia tak pekat sangat

ESP dengan susu strawberry Dutch Lady



♣ ESP + Susu Dutch Lady (perisa coklat atau strawberry)


♣ ESP ice-cream:

Bahan-bahannya: 1 tin susu cair, ½ tin susu pekat, 1 biji telur, 1 sudu kecil esen vanilla, 1 sudu besar ovalette (cari yg halal k), Milo, ESP, perasa strawberry.

Cara-caranya:
þ Masukkan semua susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla dan ovalette dlm mangkuk adunan. Then guna mixer utk gaul sebati selama 15-20 minit.
þ Simpan dalam freezer sehingga separa beku.
þ Keluarkan dan putar lagi guna mixer sampai adunan jadi pekat dan likat.
þ Buat 2 bekas. Satu bekas masukkan Milo dengan 1 sudu ESP. Satu bekas lagi Strawberry dengan 1 sudu ESP.
þ Lepas tu boleh masukkan kedua-dua adunan tadi dalam satu bekas. Letakkan sebelah-menyebelah. Then kat atas ice cream tu boleh tabur choc rice ke, kismis ke, choc chips ke, badam ke...
þ Last sekali, boleh keraskan dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA..!!!

Utk maklumat lanjut tentang produk-produk Shaklee, pembelian dan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi sy. Insya-Allah sy akan membantu anda.


FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat

Thursday, January 09, 2014

Menjelang Kelahiran Ahli Keluarga Baru

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera           

Salam ceria semua.. Hari ni sy nak share serba sedikit maklumat tentang keperluan-keperluan yang perlu disediakan oleh first timer parents. Bagi ibu-ibu yang dah melalui pengalaman bersalin ni, bolehla share-share pengalaman anda nanti ye..

Bagi ibu bapa baru, menyediakan barangan keperluan ahli keluarga baru ni pastinya pengalaman yang sangat mengujakan dan ditunggu-tunggu. Berbeza dengan ibu bapa yang dah melahirkan untuk kali kedua dan seterusnya. Saya pernah berjumpa dengan sorang akak ni, dia sedang menunggu hari untuk melahirkan anak ke-8. Tapi, dalam masa nak menunggu hari bersalin tu, beliau boleh lagi berniaga kat pasar tani menjual pakaian-pakaian wanita. Berniaga sorang-sorang plak tu. Suaminya berniaga kat tempat lain. Wah, sy punya la hairan ngan akak ni. Boleh selamba dia je, tak risau ke kot-kot nanti terberanak kat pasar tu kan. Huhu.. Tapi yela kan, dah banyak pengalaman. Kali ke-8 plak tu. Mesti dah kurang rasa takut atau rasa keterujaan nak menyambut baby baru tu.

Ok, back to our topic. Walaupun rasa teruja dan excited melebihi segalanya, namun, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi mengelakkan pembaziran dan keciciran barang-barang yang penting. Keperluan-keperluan tersebut adalah seperti berikut:-

Pakaian asas bayi:
þ Baju lengan panjang (3  helai)
þ Baju lengan pendek (3 helai)
þ Seluar pendek (2 helai)
þ Seluar panjang (2 helai)
þ Barut (2 helai)
þ Sarung kaki dan tangan (mittens & booties) – sepasang
þ Kain bedung (2 helai)

Keperluan hygene bayi:
þ Pampers saiz ‘newborn’ dan saiz S (1 pek bagi setiap saiz) atau kain lampin tradisional @ moden (6-7 helai); pampers saiz S adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana kita tidak tahu saiz bayi kita yang keluar itu nanti besar atau kecil. 

Lampin tradisional
þ Wet tissue
þ Alas pelapik getah untuk menukar lampin
þ Pemancit air
þ Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin dan barang-barang keperluan lain ketika berada di luar rumah)

Barang-barang mandian dan penjagaan bayi:
Gripe water
þ Tuala mandi
þ Besen mandian
þ Sabun mandian
þ Minyak telon
þ Gripe water (bagus utk melegakan kembung perut) 
þ Minyak bayi
þ Bedak bayi
þ Kapas muka
þ Putik kapas bayi
þ Krim ruam lampin (boleh gunakan Herbal Blend Cream Shaklee)





Bantal karipap
Keperluan tidur:
þ Tilam
þ Bantal karipap
þ Bantal peluk
þ Kelambu

Keperluan penyusuan (bagi penyusuan susu ibu):
þ Pam susu
þ Plastik penyimpanan stok susu
þ Nursing cover utk proses penyusuan di luar rumah
þ Kain lap (digunakan utk mengelap susu yg meleleh ketika bayi menyusu; boleh juga menggunakan kain lampin sebagai kain lap)


Keperluan penyusuan (bagi penyusuan susu formula):
þ Botol susu bebas BPA (1 botol sudah memadai)
þ Berus botol
þ Termos air panas dan bekas air suam (untuk kegunaan jika berada di luar rumah)
þ Bekas untuk menyimpan susu formula supaya kepanasannya tahan lebih lama (untuk kegunaan jika berada di luar rumah)

Oh ye, sebelum terlupa, ada satu lg keperluan yang agak penting juga iaitu set periuk tanah untuk menanam uri bayi. Set ni terdiri daripada periuk tanah, asam jawa, garam, kain putih dan sarung tangan. Dah ada set ni mudahla proses penanaman uri dijalankan.

Set periuk tanah

KEPERLUAN IBU

OK, tadi baru keperluan bayi. Keperluan ibu, jangan dilupa. Ibu yang baru melahirkan juga perlu mendapat penjagaan yang sewajarnya selepas bersalin. Penjagaan ibu selepas bersalin juga tidak kurang pentingnya sebab ia melibatkan emosi dan ketahanan mental si ibu. Jika tersilap langkah si ibu boleh bentan dan seterusnya meroyan. Pernah diceritakan oleh mak bidan di kampung sy tentang kematian wanita yang sedang dalam tempoh berpantang. Wanita tersebut tidak mengamalkan amalan-amalan berpantang seperti berurut, bertungku, berparam dan sebagainya.

Bila tidak beurut dan bertungku semua tu, darah dalam badan tidak berjalan dengan lancar dan darah nifas masih tak keluar habis. Badan pulak dah masuk angin, angin naik sampai ke kepala dan urat-urat menjadi kembang. Maka, bentanlah wanita tersebut dan meninggal selepas 21 hari bersalin...

Jadi, ayah-ayah di luar sana, don’t take it easy okay. Once your wife dah tunggu hari nak bersalin, segera sediakan keperluan-keperluan berikut:-

I Param dan pilis
I Tukang urut
I Kain batik (mudah utk dipakai berbanding seluar panjang)
I Stoking tebal (bukan stoking yg nipis warna kulit tu ye)
I Getah rambut yg kuat (utk ikat rambut ibu bg mengelakkan angin masuk ke dalam badan)
I Jamu atau Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee
Dari segi pemakanan-pemakanan semasa berpantang akan sy story pd entry akan datang ye. Tunggu...

Ok, itu saje perkongsian utk hari ni. Harap ianya bermanfaat kepada pembaca semua.

P/S: Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk Shaklee, pembelian serta pendaftaran sebagai ahli keluarga Shaklee, boleh terus hubungi saya:-

FB: Suraya Abdul Rasat (boleh add me as ur fren)
FB page: Suerieza BabyKids
H/P: 019-7113601
SID: 1067703
COD area: Batu Pahat / Bandar Segamat